Khamis, 30 Jun 2011

Berkunjung ke Taman Desa Sri Qaseh

Balik kerja ni kami nak pergi ambil gambar perkembangan taman perumahan kami iaitu Taman Desa Sri Qaseh. Rasanya sudah seminggu lebih kami tak menjenguk perkembangan taman perumahan kami sambil menjamu selera di bandar baru salak tinggi. Nasi kukus Ayam dara begitu sinonim dengan selere kami walaupun lauknya sekadar ayam, timun dan kuah kari.







Dari pukul 6 kami bertolak ke Bandar Baru Salak Tinggi menuju ke Taman Desa Sri Qaseh untuk meninjau perkembangan pembinaan perumahan kami. Lagi pun setelah seminggu yang penuh dalam keadaan tekanan maka untuk meredakan tekanan kerja kami melawat rumah baru kami untuk meredakan tekanan. di mana-mana kerja pun memang ada tekanan dan semakin besar kedudukan kita maka semakin besar la tanggungjawab yang hendak di pikul.


Di dalam perjalanan yang sesak pun kena kawal emosi dan banyak bersabar. Jika sekarang pun laluan ke BBST dah sesak apatah lagi pada tahun hadapan jika kami berpindah ke sana. Mungkin perjalanan yang hanya mengambil masa 20 minit menjadi 45 minit untuk sampai ketika di waktu puncak orang balik dari kerja. Trafik light di persimpangan dengkil sudah sepatutnya di bina jejantas jalan raya untuk mengurangkan kesesakan lalulintas.


Segala peristiwa tersebut kami rakamkan bersama :

Jalanraya yang semakin ramai pengguna

Perumahan kota warisan yg baru

Lori bermaharaja di jalanraya

Berhampiran Persimpangan menuju ke BBST

Iklan perumahan Warisan Bistari

Pemandangan jalanraya di BBST
Pada kunjungan kami kali ini kelihatan kebanyakkan lot rumah telah dibina tiang-tiang rumah dan yang lain-lain rumah pula acuan tiang konkrit sedang rancak di bina. Tanah yang diratakan untuk membina jalan juga sudah diratakan sepenuhnya. Ini menambahkan lagi keyakinan kami di dalam perlaksanaan projek perumahan tersebut. Gambar-gambar perkembangan selanjutnya seperti di bawah ini.


Projek perumahan Semi D
 
Pemandangan deretan Taman DSQ yang telah siap pembinaan tiang.

Deretan lot rumah di bahagian hadapan pintu masuk sedang menjalani pembinaan acuan beam lantai

Beam lantai yang siap dibina dan yg di dalam pembinaan

Deretan lot rumah di bahagian belakang telah siap di bina beam lantai dan tiang

Jentera yg digunakan untuk mempercepatkan lagi proses pembinaan


Lot-lot semi D
 

Lot rumah yg berhadapan dengan padang telah siap pembinaan beam lantai

Cerun yang telah siap diratakan

Proses penanaman rumput di cerun sedang giat dijalankan
Ternyata kunjungan kami pada kali ini menampakkan perubahan pembinaan landskap taman perumahan tersebut. Begitu juga dengan proses pembinaan struktur rumah yang rancak dijalankan. Biasanya pemaju memang cepat nak siapkan struktur rumah sebab nanti dia boleh claim dengan bank 10% dari harga rumah. Cepat siap pembinaan maka cepatlah pemaju dapat duit dari bank.

Dari pemandangan kami ketika lawatan di anggarkan ada lebih 40 warga indonesia yang membuat projek perumahan tersebut. Dibantu lagi dengan jentera pembinaan menambahkan lagi kecepatan pembinaan tersebut. Proses pembuatan simen konkrit juga dilakukan di kilang simen dan di hantar oleh lori simen ke tapak projek perumahan ini.

Semoga kunjungan kami setiap 2 minggu menampakkan hasil yang baik dan memuaskan. Maka hilanglah rasa gusar kami tentang projek perumahan ini sebab ketika kami beli pun dalam suasana hutan lagi di tapak projek perumahan ini. Apa yang kami nampak hanya signboard jualan taman perumahan ini sahaja. Tetapi ada kebaikannya, ketika ini kami beli dapat lebih murah sedikit jika dibanding sekarang. Dengan keluasan 20x80 kami rasa memadailah untuk kami sekeluarga.

Sekian untuk tatapan kali ini.

1 ulasan:

  1. pacai1971@yahoo.com12 Julai 2012 2:52 PTG

    bestlah baca cerita kat sini memang keluarga bahagia memang hapening rasanya

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini