Isnin, 20 Jun 2011

Perkembangan Taman Desa Sri Qaseh

Pada Petang jumaat 17 jun 2011 pukul 6:15 petang kami sekeluarga pergi untuk melihat perkembangan projek perumahan kami di Taman Desa Sri Qaseh, Bandar baru salak Tinggi. Kebetulan pada hari tersebut merupakan hari yang cerah dan indah untuk ke sana.




Setibanya kami ke sana, kami sempat berbual dan beramah mesra dengan mereka yang menjaga projek taman perumahan tersebut sambil bersembang mengenai kemajuan pembinaan taman perumahan kami. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehingga ke tahap ini. Taman perumahan 16 unit semi D yang bersebelahan lot rumah teres setingkat juga sedang rancak membangun.

Semasa kami datang, kerja-kerja membina beam lantai dan tiang rumah sedang rancak dilakukan. Kerja-kerja menuang simen konkrit disetiap acuan beam dan tiang giat dijalankan sehingga pukul 7 malam. Lori simen dan lori kren menghiasi lanskap perumahan tersebut. Pekerjanya dengan gigih cuba untuk menyiapkan perumahan tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Kami juga bertanyakan siapakah latar belakang kerja bakal-bakal jiran kami, dan apa yang kami difahamkan bahawa pembeli perumahan ini kebanyakkan dari Polis Sepang, LHDN, Putrajaya dan lain-lain. Kami sekeluarga berharap dapat hidup bersama-sama dalam satu komuniti dengan aman dan damai di dalam satu taman. Kami harap setelah siapnya perumahan nanti dapat saling bantu membantu sesama jiran.


Rumah Pekerja pembinaan.

Pemandangan Projek perumahan dari jejantas.

Jejantas untuk kegunaan pejalan kaki dan motorsikal.
Adam sedang menguji turun naik jejantas

Kami gembira melihat perkembangan pembinaan. Sementara pemandangan dibelakang pula merupakan tapak projek perumahan 16 unit rumah semi D.
Papan tanda bagi projek perumahan semi D di sebelah lot perumahan kami.


Kami berjalan menuju masuk ke taman perumahan.


Besi tetulang konkrit giat dibina dan kerja-kerja menuang simen ke dalam acuan giat dijalankan.


Kerja-kerja pembinaan papan acuan beam dan tiang giat dijalankan.

Tapak perumahan Semi D dalam proses penambakkan tanah.

Kerja - kerja membuat beam lantai giat dijalankan untuk lot yang di hadapan.

Lot rumah 20x70 yang berhampiran dengan padang telah siap naik tiang dan palang bumbung.

Kerja menuang simen dalam acuan giat dijalankan walaupun jam dah menunjukkan pukul 6:30 petang.
Lori hantu giat memunggah tanah untuk di tambak di bahagian kawasan padang.

Rumah Lot yang hampir siap pembinaan beam lantai, tetulang tiang dan palang bumbung.

Rumah kami yang telah siap pembinaan beam lantai dan tiang.
Kami melihat dari dekat hasil pembinaan lot rumah kami.
Isteri meninjau keluasan ruang bilik tidor dari simen lantai di hadapan ke baris papan konkrit. Agaknya ada la apa yang hendak dibayangkannya  tu.
Antara jentera-jentera yang digunakan di dalam pembinaan perumahan ini.
Jalan utama Taman Desa Sri Qaseh.
Senja yang hampir berlabuh. Dalam kegembiraan melihat kemajuan perumahan tersebut rupanya dah 45 minit kami disitu.



2 ulasan:

  1. Cantek kawasan tu. Rumah double story ke? Agak nya ada lg tak lot yg available.hmm

    BalasPadam
  2. single story jee... dah habis dah... dulu beli sebab suka dgn viewnya di lereng bukit.. boleh nampak IKBN dan jauh mata memandang...tapi nanti bila siap rasanya ada la nak jual tapi harga tak tahu la pulak berapanya.... yg semi D tu belum open sale lagi... ada 16 unit...dengar kata dari kontraktor tu bila nak siap baru nak lancarkan jualan .... kalau tak silap la...

    BalasPadam