Isnin, 25 Julai 2011

Minggu Sedih

Salam Semua...
Hari ini aku nak menceritakan pasal hari2 yang kami lalui sepanjang minggu lepas....
isnin mulakan hari yang baru di minggu yang baru... tiada apa yang begitu penting sangat untuk diceritakan cuma balik dari kampung kerana menghadiri kenduri doa selamat merangkap kenduri arwah abah, atuk,nenek khususnya dan umat islam umumnya... sempena menyambut puasa. Ups lupa pulak kami telah berjunjung ke rumah Amal Limpahan Kasih dan kami telah terbitkan cerita tersebut bertajuk kunjungan ke dua di rumah amal limpahan kasih. Terdapat beberapa rintangan yang kami hadapi untuk sampai kesana, di antaranya barang yang kami beli untuk dibawa ke RALK tidak dijual di beberapa kedai dan yang paling tidak disangka apabila tertinggal kunci kereta didalam kereta yang enginenya masih hidup.

Selasa- hatiku tersentuh apabila aku bertemu seorang pelajar master dari bumi Palastin.... dia ingin membukukan thasisnya.... aku sekadar membantu yang termampunya, .... tapi aku begitu tersentuh, sayu dan kagum dengannya kerana walaupun negaranya kucar-kacir peperangan dengan yahudi laknatullah masih lagi mahu menyambung pelajaran di bumi malaysia ini.... dia bercerita denganku dia akan pulang kenegaranya esok kerana terlalu rindu dengan keluarganya...., bermakna rabu minggu lepas. Perjalanan untuk sampai dari KLIA ker Jordan mengambil masa 12 jam, kerana Bumi Palastin tidak mempunyai lapangan terbang, setelah sampai Jordan, dan merentasi negara Israel barulah sampai bumi Palastin negaranya....  buat masa ini tiada gambar untuk aku paparkan untuk tatapan kalian semoga bila ada camera yang baru bolehlah aku tunjukkan .

Sepanjang minggu lepas emosiku sedikit tidak stabil... begitu banyak sebab aku beremosi....ada saje salahnya perbuatan suamiku di mataku.... aku berkonfrantasi dengannya...(kesian dia melayann kerenahku). Macam2 cara dia cuba memujukku sehingalah menghadiakan  aku seutas rantai tangan untuk memujukku....walaupun nilainya tidaklah seberapa, tetapi sentimental valuenya tetap tinggi dan bernilai padaku..terima kasih suamiku... terlalu banyak sebab yang membuatkan aku merajuk..... yerlah, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan suami isteri bak kata Tan Sri P Ramli. Itulah asam garam rumah tangga.

Aku juga dikejutkan dengan Hp ku hilang..... huaaa sedih sungguh....Hp tu bukanlah mahal tapi mahal lah juga... macam mana pun semua yang ada pada amat2 bernilai....  ia hasil titik peluh suamiku menjadi pekerja kontrak x bertauliah... di bandar baru Bangi bersama rakan-rakan fakultinya. Sungguh kejam pencuri itu.... kau rampas Hp ku bersama memori2 kehidupan keluargaku yang ada bersamanya....
Tinggal kenangan

Culah bayangkan bahayanya  suamiku berada diatas bumbung yang tingkat 3 kerana nak memasang asrto yang mempunya satu penerima signal dan dipecahkan ke setiap 5 bilik di rumah 3 tingkat itu dan satu di ruang tamu. Begitu juga dengan penambahan pendawaian punca kuasa plug, pendawaian aircond dan pendawaian lampu di setiap bilik dan ruang di dalam rumah. Hasil dari titik peluh berkerja overtime sampai malam di MMU dan pekerja kontark x bertauliah di hujung minggu jualah suamiku dapat kumpulkan untuk membeli rumah baru kami di Salak Tinggi.



Di atas bumbung itulah suamiku memancat memasang piring Astro


rakan-rakan suamiku yang sama-sama bekerja


Kerja-kerja pengubahsuaian dapur dan pendawaian elektrik

Kerja-kerja pengubahsuaian bilik tidur utama dan pendawaian elektrik, aircond dan astro
Rakan-rakan suamiku yang turut serta

Suamiku yang berehat melepaskan lelah
Kerja mengecat rumah iaitu kerja yang terakhir dilakukan



Kadang kala hidup ini begitu perit untuk dilalui dan kadangkala begitu indah juga untuk di kenang. Semoga ada rahmat disebalik kesedihan yang dilalui ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini