Ahad, 31 Julai 2011

Taman Desa Sri Qaseh 29/07/2011

Pada pagi jumaat, kami pergi ke rumah kami di Taman Desa Sri Qaseh untuk mengetahui perkembangan terkini rumah kami. Keadaan jalan yang becak di tapak projek perumahan kami ini disebabkan hujan yang lebat di waktu awal pagi sedikit pun tidak melunturkan semangat saya untuk meninjau perkembangan terkini. Kasut saya yang tebal dengan tanah merah menemani kami disepanjang kunjungan kami pada kali ini.
Ternyata pada kunjungan kali ini kami dapat melihat perubahan besar pada proses pembinaan rumah ini. Palang besi pintu sudah mula dipasang di setiap unit rumah setelah proses membina tiang kronkrit selesai. Menurut En. Jef yang merupakan menyelia perumahan ini, proses ini dibuat berperingkat mengikut fasa lot rumah. Lot rumah yang berhadapan padang sudah mula dinaikkan batu bata dinding setelah bingkai pintu besi dipasang manakala lot rumah kami pula baru dalam proses pemasangan bingkai pintu tersebut. Begitu juga dengan lot rumah yang seterusnya hingga ke lot rumah yang berada berhampiran pintu utama jalan masuk.

Apa yang saya amati mengenai fasa-fasa pembinaan yang telah dilakukan ialah fasa tersebut dibina mengikut turutan seperti berikut :-

 1) Fasa Pengukuran - Iaitu kerja-kerja mengukur setiap tapak lot rumah dan juga keluasannya di Taman Desa Sri Qaseh yang dilakukan pada bulan april 2011.

Pacak tiang kayu sebagai penanda di setiap lot


2) Fasa membina Struktur Tapak dan Lantai - kerja-kerja ini dilakukan sekitar awal bulan mei dengan bantuan jentera dan masih berjalan sehingga kini mengikut peringkat-peringkat lot rumah. dalam masa yang sama, pemasangan paip saluran air/tandas juga dilakukan.



Struktur tapak yang telah siap

Struktur lantai  yang telah siap

Pemasangan saluran tandas dan sisa air

3) Fasa membina Struktur Tiang -  Dari besi struktur lantai yang telah siap akan di sambungkan dengan besi struktur tiang pula. kemudian papan acuan tiang pula di pasang di setiap besi struktur tapak yang disambungkan untuk menjadi tiang.


Besi struktur tiang yang telah habis di pasang

Struktur tiang yang telah siap dikonkrit

4) Fasa membina struktur palang bumbung - Seterusnya apabila proses struktur tiang siap maka besi struktur palang bumbung pun di sambungkan dan seterusnya papan acuan dipasang. Selepas itu simen konkrit di tuangkan ke dalam acuan dan terbentuklan palang bumbung konkrit. Pada pemerhatian saya, kerja pembinaan palang bumbung konkrit ini memakan masa yang lama juga dan itu memang standard yang perlu dipatuhi oleh pemaju. Sedikit kesilapan boleh mengakibatka kerosakan besar pada struktur rumah tersebut.


Papan acuan yang di pasang pada struktur palang bumbung

Struktur bumbung yang telah siap

5) Fasa memasang bingkai besi pintu ( sehingga kini ) - Setiap bingkai besi pintu akan di pasang terlebih dahulu sebelum proses menaikkan bata dinding manakala bingkai tingkap pula di pasang semasa kerja-kerja mengikat bata dinding dilakukan.

Pemasangan bingkai pintu yang telah dilakukan
Begitulah serba ringkas fasa-fasa pembinaan yang telah dilalui oleh Taman Desa Sri Qaseh sehingga kini dan semoga kerja-kerja tersebut mengikut plan dan tidak bermasalah. Dari apa yang difahamkan kepada saya bahawa projek perumahan ini dijangka siap pada bulan Jun 2012 dan selewat-lewatnya boleh diduduki pada December 2012.

Gambar-gambar di bawah pula adalah diambil pada sekitar lawatan saya pada pagi Jumaat dan merupakan yang terkini mengenai Projek perumahan Taman Desa Sri Qaseh ini. Sambil meninjau saya juga melihat sekeliling rumah bakal-bakal jiran yang di dalam pembinaan mengikut fasa masing-masing. Tanpa saya sedari tapak kasut saya juga sudah tebal dengan tanah merah yang melekat. Bila langkah semakin berat saya pun berehat di warung sambil menikmati secawan kopi berbual-bual dengan penyelia projek perumahan tersebut sambil bertanyakan tentang perkembangan pembinaan perumahan ini.



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini