Khamis, 11 Ogos 2011

Hati Seorang Ibu

Assalammualaikum,
Syukur kehadrat Ilahi, sudah 11 hari kita menjalani ibadah berpuasa..... Harini hatiku luluh lagi dengan syafiqah.... Sudah 10 hari dia berpuasa... Harini dia tidak ceria, mungkin panas, penat tengah hari buta balik dari sekolah kebangsaann nak bersiap pula untuk kesekolah agama pulak....


mama: adik kenapa nih? monyokjer... penatker? x mahu pergi sekolah?
Syafiqah: Tanpa berkata apa-apa dia menggeleng... tapi air matanya meleleh
mama: Kalau adik letih, takpelah x payah sekolah harini..
Syafiqah: Menggeleng lagi.... dia tak berdaya untuk berkata apa, cuma air matanya yang mengalir
mama: nak buka puasa ker? nak duit ker buat belanja?
Syafiqah: Menggeleng lagi...
mama: Adik sabar yer...puasa, nanti petang adik fikirlah nak makan apa, mama carikan.
Syafiqah: Mengangguk.
mama: mama pujuknya... "sabarlah sayang yer.... dah separuh hari... tinggal sikit lagi yer...." adik rehat dekat rumah ciksu dulu yer.. nanti pukul 2 baru adik pergi sekolah naik van cik ton.
mama menenangkan syafiqah yang menangis

mama sayu sungguh melihat dianya.... walaupun letih, lapar dan dahaga, hatinya masih kental untuk pergi kesekolah... Dalam lemah longlai dianya akur.

Syukur kami sekeluarga kerana anak-anak kami dapat berteduh dan menumpang kasih dirumah Cik Su dan Pakcik Zaiful sementara kami bekerja.sungguh besar jasa mereka menjaga anak2 kami.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini