Sabtu, 20 Ogos 2011

Lailatul Qodar

Hari ni aku merasakan hidup dalam awang-awangan. Entah kenapa semua yang aku buat terasa tidak menjadi aje...satu-persatu kerja di rumah yang aku buat macam tak kena dan sebelah petangnya pula hujan turun secara tetiba membasahi bumi.... Adakah ini semua Petanda Malam Lailatul Qodar!!!!...mungkin jua... kerana malam ni malam yang ke 21....malam ganjil...getus hati aku ni...Aku perhatikan suasana sekeliling pun terasa tenanggg sahaja.... Kenapa aku dikurniakan perasaan seperti ini ?... adakah ini merupakan tanda-tanda ramadhan yang terakhir untuk diriku?..... Atau adakah aku yang banyak berdosa kepada ilahi.....



Lepas sahur, tetiba aku mendapat masej dari hamba allah yang aku tidak kenali memberikan aku masej yang berbunyi " Daripada Dato Mazlan Astrologi malam ini pukul 3.25 pagi di mekah, semasa itu bulan akan tegak di atas kaabah, ini akan menyebabkan pintu langit dibuka seluasnya. Langit akan mempunyai cahaya berwarna biru. Pada masa ini, Allah akan menerima doa hamba2nya. Ini akan berlaku selepas 10 juta tahun. Tolong maklumkan pada semua org". Saya pun tak terfikir ianya betul atau tidak cuma nak ambil fikiran positif sahaja. Betul atau tidak kita serah pada Allah sahaja kerana Dia yang maha mengetahui.


Ayat Al Quran mengenai Malam Lailatul Qodar :

Firman Allah :
”Sesungguhnya kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi  dan Sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi kami. Sesungguhnya kami adalah yang mengutus rasul-rasul.” (QS. Ad Dukhan : 3 – 5)

Al Qurthubi mengatakan bahwa pada malam itu pula para malaikat turun dari setiap langit dan dari sidrotul muntaha ke bumi dan mengaminkan doa-doa yang diucapkan manusia hingga terbit fajar. Para malaikat dan jibril as turun dengan membawa rahmat atas perintah Allah swt juga membawa setiap urusan yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di tahun itu hingga yang akan datang. Lailatul Qodar adalah malam kesejahteraan dan kebaikan seluruhnya tanpa ada keburukan hingga terbit fajar.



Hadis nabi mengenai Malam Lailatul Qadar pula :

1. Sabda Rasulullah saw,”Lailatul qodar adalah malam yang cerah, tidak panas dan tidak dingin, matahari pada hari itu bersinar kemerahan lemah.” Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang dishahihkan oleh Al Bani.

2. Sabda Rasulullah saw,”Sesungguhnya aku diperlihatkan lailatul qodar lalu aku dilupakan, ia ada di sepuluh malam terakhir. Malam itu cerah, tidak panas dan tidak dingin bagaikan bulan menyingkap bintang-bintang. Tidaklah keluar setannya hingga terbit fajarnya.” (HR. Ibnu Hibban)

3. Rasulullah saw bersabda,”Sesungguhnya para malaikat pada malam itu lebih banyak turun ke bumi daripada jumlah pepasiran.” (HR. Ibnu Khuzaimah yang sanadnya dihasankan oleh Al Bani)

4. Rasulullah saw berabda,”Tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya cerah tanpa sinar.” (HR. Muslim)

1 ulasan:

  1. mengenai masej yang aku terima tu boleh dibaca kebenaranya di http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0929&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini