Isnin, 29 Ogos 2011

Menganyam ketupat

Hari ni aku nak bercerita sedikit mengenai aktiviti aku malam-malam gini iaitu mengayam ketupat. Almaklum dah nak raya ni maka kalau tak de ketupat macam tak sah la pulak.... Dipendekkan citer... aku yg mengambil tender mengayam ketupat sepenuhnya. Biasalah... skrg ni aku dah tak manjat pokok kelapa macam zaman aku budak-budak dulu. Skrg ni main beli daun ketupat kat pasar je...satu ikat ada 50 helai dgn harga RM6 hinggit. Kalau dah siap anyam harganya pulak 50 sen sebijik. baik aku ngayam sendiri lagi jimat...sambil layan TV aku pun mengayam la...


aku cuma pandai menganyam ketupat bawang dan ketupat satay jee... so aku pun beli la seikat daun kelapa untuk di buat ketupat. setelah aku pilih daun yang elok dan segar lagi maka aku pun beli la macam gambar di bawah yg aku ambik dari google searching.....


Lepas tu aku pun balik kat rumah memulakan anyaman aku ni.. satu bijik tak makan masa yg lama pun... sambil layan tv tak lama pun habis la seikat daun kelapa tu aku anyam ketupat. Cara buatnya aku ambik dari you tube... ni la masalahnya bila handphone lupa nak bawak kad reader dan USB cable... terpaksa ambik gambar dari pihak lain dalam google searching... jangan aku kena saman udah lee sebab ambik ciplak hak orang lain... Tapi yang pasti makcik ni buat sebijik la macam aku buat... heeee3x.....





Ok..aku pun tak pasti kenapa namanya ketupat satay dan ketupat bawang cuma yang aku boleh agak mungkin ketupat satay ni dapat namanya sebab dimakan dengan satay dan ketupat bawang pula kerana bentuknya yang seakan bawang. Ketupat yang aku buat adalah dari jenis ketupat bawang dan ketupat satay yg merupakan ketupat kegemaran aku untuk mengayam sebab senang nak menganyam seperti gambar di bawah ni...


Ketupat Satay

Ketupat Bawang
 Begitulah aktiviti aku tengah malam-malam begini. Nak bubuh gambar dalam laptop ni tak de kabel la pulak. Harap-harap bila ada yang balik nanti ada la bawak kad reader... boleh pinjam untuk transfer gambar kejap... Sekian untuk aktiviti malam ni...


Dan bersambung ke esokkan harinya aku memasukkan beras ke dalam ketupat... senang aje...nisbah isipadu beras hendaklah 1/3 dari isipadu ketupat tu... seperti gambar di atas....

itu lah aktiviti aku...

3 ulasan:

  1. Info bermanfaat , kalau pandai menganyam memang jimat. Kalau tak ada masa atau tak pandai menganyam boleh saja beli yang daah siap, sarung ketupat atau ketupat yang da siap masak di https://ketupatnasi.com

    BalasPadam