Rabu, 24 Ogos 2011

Suasana shopping kompleks SOGO dan Jaya Jusco menjelang Hari Raya

Sajer nak berkongsi kehangatan orang ramai dan keluarga membeli belah untuk menghadapi Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Puas la juga meronda-ronda walaupun belinya cuma sehelai dua jee... penat yang dapat tetapi suka tengok isteri puas hati memilih. Sampai rumah terus "gantung kaki" sebab penat pusing-pusing dan memandu kereta. Maka kami bawakan liputan bergambar ragam-ragam orang ramai membeli belah untuk berhari raya.

Berbuka puasa di Classic Seafood Kampung Baru. Menarik juga tempat ni dan harga yang berpatutan.

 Tinggal beberapa minit nak berbuka tapi hidangan belum sampai lagi... sebab kami pun baru sampai kedai baru nak order.

 Yang ni dah kenyang membalun makanan sambil tersandar duduk pun dah senget-senget sebab kekenyangan.

 Beredar dalam perjalanan menuju ke mesjid jamid Kampung baru.

Antara ruang makanan yang disediakan untuk pengunjung.

Anak-anak masih berbaju sekolah agama masing-masing. Adam melangkah cargas. Sekali aku langkah dia terpaksa langkah 2 kali.....

Suasana Di SOGO

 Kompleks membeli belah SOGO. Ramai tu orang serbu.........

 Isteri yang memilih pakaian untuk anak-anak...... Anak-anak pun boleh tahan selere mereka ni...

 Berbincang mengenai kesesuaian pakaian raya untuk anak-anak. Si suami tak kesah pun asalkan bersesuaian dengan poket. Heee...hee..heee...

Punya lah ramai orang kat SOGO ni berbelanja... Makin nak tutup makin ramai la pulak kami rasa.

 Aku dah boring tunggu binik aku maka aku menerangkan kegunaan Fire Extinguisher kepada anak-anak. Dapat lah mereka sedikit ilmu mengenai cara-cara penggunaannya. Itulah salah satu cara nak menerangkan pada anak-anak sambil menunjukkan barang memang mereka berminat nak dengar. Isteri tak boleh dikacau ketika sedang memilih pakaian jadi aku la yang menjaga anak-anak ni.
 Rakan-rakan aku yang dah tahap boring menunggu....

Fizzy menunjukkan sudah pukul 11 malam SOGO dah tutup dah tapi kami masih ada di dalamnya lagi. Itulah dia suasana di SOGO Kuala Lumpur.

Suasana di Jaya Jusco      

Suasana di Jaya Jusco IOI Mall Puchong kami rakamkan pada hari sebelumnnya kami ke sogo. Biasalah jika masih ada lagi apa yang dihajati tidak dapat maka dari satu shopping ke satu shopping kami explore. Kekadang tu sebenarnya di setiap shopping kompleks ni dia main-mainkan harga je dengan Sogo murah di pakaian lain manakala Jusco pula murah di pakaian jenama lain. Mana ada company ni nak rugi berniagaaa...malahan untungnya sajer sudah boleh buatkan tauke goyang kaki.

 Hiasan di tengah-tengah IOI Mall Puchong untuk menarik kedatangan pelanggan....

 Ruangan tengah di jadikan ruangan jualan Jaya Jusco....

 Lampu yang terdapat di tengah hall IOI Mall ni kelihatan menarik...

 Isteri aku yang sibuk memilih pakaian....

Isteri yang tekun mencarikan baju untuk suami..........

Itulah serba sedikit suasana yang dapat kami rakamkan ketika kami menjelajah dan rasanya tak larat untuk kami menjelajah ke jalan TAR dan sekitarnya.

2 ulasan:

  1. sakan punya pusing bang...saya pulak ahad ni baru nk p serang shoping kompleks kt Penang lak

    BalasPadam
  2. haaaa3x... layan orang rumah jee...

    BalasPadam