Isnin, 8 Ogos 2011

Taman Desa Sri Qaseh 07/08/2011

Pada kunjungan kali ini kemajuan yang kami perhatikan pula adalah di dalam proses pembinaan dinding dan bumbung rumah. Syukur alhamdulillah pada kali ini lot 3810 hingga 3815 telah menampakkan kemajuan yang memberangsangkan. Proses menaikkan palang besi bumbung dan mengikat bata dinding sedang rancak dijalankan. Batu-bata dan Besi palang dinding tersusun rapi di hadapan setiap rumah untuk proses pemasangan dan begitu juga mesin pembancuh simen juga terdapan di situ untuk membancuh simen bagi proses memplaster dinding.

Pada kunjungan minggu lepas di lot 3810 hingga 3815 sedang rancak menaikkan bingkai pintu besi di setiap bilik dan pintu di bahagian hadapan dan belakang rumah. Setelah kami datang pada kali ini proses menaikkan palang bumbung dan mengikat bata pula giat dijalankan. Rumah kami pula dalam proses pemasangan palang bumbung dan kami lihat di hadapan rumah kami juga batu bata banyak terdapat yang sedia menanti untuk proses mengikat bata dinding. Kami paparkan unit lot rumah ini sebagai rujukan bahawa rumah yang seterusnya akan jua di bina sebegini rupa.

 Rumah di lot 3810 yang sedang didalam proses mengikat bata dinding dan pemasangan kerangka bumbung

 Bata jenis pasir digunakan di bahagian dinding antara bilik dan ruangan dalaman rumah

 Proses mengikat bata

 Setelah proses pemasangan bingkai pintu barulah proses mengikat bata boleh dilakukan

 Mengikat bata di ruangan bilik nombor 3 dan bilik nombor 4

 Ruangan dapur dan bilik air kedua

 Dinding antara rumah sebelah menyebelah pula menggunakan bata jenis tanah merah

 Pemandangan pintu bilik air dan pintu masuk ke bilik utama

 Pemandangan pintu bilik air dan pintu masuk ke bilik utama serta pintu bilik nombor 2. Di antara pintu bilik nombor 2 dan pintu bilik utama ada ruang dan pintu bilik air. Ini bermakna pintu bilik air utama mempunyai 2 pintu yang boleh kita msuk melalui ruang tamu dan bilik utama. Pada pandangan kami mungkin kami tutup terus pintu yang dibahagian mengadap ruang tamu jika kami ada modal nanti. Rasa seperti kurang menarik jika ruang tamu mengadap pintu tandas. Itu semua sekadar pandangan kami sahaja dan belum tentu kami buat lagi.

 Pemandangan ruang dapur dan tandas dapur. Pada pengamatan kami rasanya cukup la untuk meletak satu set meja makan 4 kerusi dan ruang memasak yang simple-simple sahaja.

 Melihat ruang bilik tidur nombor 3 dan nombor 4 dari dekat. Kiranya keluasannya tidak lah terlalu kecil sangat dan boleh memuatkan katil bujang anak-anak kami.

 Memasuki bilik tidur nombor 4 sambil meninjau keluasanya.

 Ruangan memasak yang bersebelahan dengan tandas. Kalau ikut size isteri yang comel ni rasanya tiada masalah untuk menyelit keluar di bahagian belakang rumah agaknya.

 Palang bumbung yang diperbuat dari besi.

 Mesin pembancuh simen untuk membuat plaster dinding dan mengikat bata dinding.

 Batu bata tanah merah yang digunakan untuk membuat dinding antara rumah.Kelebihan batu bata merah ini adalah ia tidak menyerap haba dan rumah akan rasa sedikit sejuk berbanding batu bata pasir. Ia juga keras dan kukuh. kelemahannya pula ialah harganya yang mahal berbanding batu bata pasir. Di anggarkan sebijik batu bata merah ini berharga 70sen ke 90sen sebijik mengikut harga runcit dan boleh jatuh ke 60sen sebijik jika kita membeli dalam jumlah yang banyak iaitu sekurang-kurangnya satu palate ( seikat ) seperti di gambar atas.

Batu bata pasir yang digunakan untuk mengikat dinding di bahagian dalaman rumah. Kelebihan batu bata pasir pula ialah mudah untuk di ubahsuai dinding rumah seperti menebuk lubang, menambah atau memecahkan dinding untuk pengubahsuaian kerana ia lebih rapuh berbanding dengan batu bata merah. Batu bata pasir juga boleh menyerap bunyi dengan lebih berkesan berbanding batu bata merah. Batu bata pasir juga jauh lebih murah harganya jika dibandungkan dengan harga batu bata merah dan dianggarkan sebijik batu bata pasir hanya 30sen ke 50sen pada harga runcit serta manakala harga untuk satu palate pula boleh jatuh ke 15sen ke 20sen sebiji. Kelemahanya pula ialah ia mudah panas ( serap haba ) dan rapuh. 
Rumah kami yang baru naik rangka bumbung.

 Deretan batu bata di hadapan rumah lot kami.

Rumah di sekeliling kami yang baru hendak naik tiang bumbung.

Rumah kai dari pandangan sisi.

Rumah yang kami tinjau

Rumah yang sudah siap dinaikkan tiang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan