Sabtu, 10 September 2011

Bila Lampu penunjuk bateri menyala

Sekadar nak syer pengalaman aku yang melayan kerenah kereta proton waja ni mengenai lampu penunjuk bateri di panel meter kereta. Apabila lampu penunjuk bateri ni menyala pasti ada yang tidak kena pada 1) sistem pendawaian kuasa,  2) komponen ( seperti fius ), 3) penjanakuasa ( alternator ) , dan 4) penyimpanan  kuasa ( bateri ) . Perlu di ingat : hanya 4 bahagian ini sahaja yang berkaitan dengan lampu penunjuk bateri ini. Simbol yang biasanya terdapat di papan muka meter adalah seperti berikut :


Sebenarnya, keadaan dan cara lampu penunjuk itu menyala juga sudah memberi kita insyarat mengenai kerosakan yang di alami ketika itu. Kadang-kadang kita sahaja yang tidak sedar atau memahami bahasa isyarat kereta kesayangan kita. Mereka juga ada bahasa mereka tersendiri jika kita mendalami dan memerhatikan gelagat kereta kesayangan kita ini. Apabila enjin telah dihidupkan sepatutnya lampu isyarat ini akan terpadam tetapi jika sebaliknya bermakna kereta anda di dalam bermasalah. Di pendekkan cerita, aku hendak berkongsi pengalaman ini bersama-sama mengenai lampu isyarat bateri ini seperti di bawah ini.

Jika Lampu isyarat bateri ini terkedip-kedip / terkelip-kelip / terkebil-kebil secara rawak.
 
Ini bermakna sistem penyambungan wayar dari alternator ke bateri ada masalah. Periksa setiap penyambungan wayar tersebut samada ikatannya ketat atau longgar. Jika longgar sila ketatkan. Biasanya ini selalu terjadi di bahagian bawah fius di tepi bateri seperti gambar di bawah ini.


1) Masalah : Kadang-kadang penyambungan wayar di bahagian ini mengalami pereputan berkarat setelah sekian lama dan menyebabkan helaian wayar yang tertinggal semakin sedikit. Selain itu tahap kepanasan yang di tanggung oleh wayar ini juga tinggi kerana ia mengalirkan arus yang tinggi sehingga maksimum 80Ampere ke dalam bateri.  Maka makin cepatlah proses pereputan helaian wayar ini berlaku.  Dan ditambah lagi dengan wap yang terhasil dari bateri menambahkan lagi kesengsaraan wayar ini akibat proses pereputan (berkarat). Inilah yang menyebabkan kuasa yang dihasilkan oleh alturnator tidak stabil dan menyebabkan lampu penunjuk bateri berkelip-kelip secara rawak.



Cara baikinya : Kikis dan bersihkan hujung wayar tersebut sehingga berkilat. Kemudian sambungkan hujung wayar tersebut dengan kepala pengikat menggunakan soldering iron. Ia lebih selamat dan kuat.

Gambar ini diambil setelah disolder wayar tersebut dengan kepala pengikat kaki fius 80 Ampere.

Setelah siap di solder kotak fius 80Ampere ini di tutup dan di lilit kembali dengan tape supaya nampak kemas dan menyakinkan.

2) Masalah : Lagi satu perkara yang boleh menyebabkan lampu isyarat bateri terkebil-kebil ialah ikatan wayar di dalam kotak fius 80Amp tersebut longgar. Apabila ikatan telah longgar maka kestabilan arus akan terganggu. Apabila arus yang terhasil tidak stabil akan menyebabkan lampu ini berkelip-kelip juga.

Cara baikinya : Ketatkan skrew penyambungan anatara wayar dan kaki fius tersebut.

3) Masalah : Jika kepala bateri tidak diikat dengan sempurna ini juga boleh menyebabkan lampu isyarat bateri boleh terkedip-kedip. Kepala bateri bahagian grounding jika tidak kuat diikat akan menyebabkan simptom tersebut seperti gambar di bawah. Masalah ini juga menyebabkan radio seperti kurang menerima signal atau berbunyi berdesirrr...

Cara baiki : Ketatkan skrew kepala bateri di bahagian grounding.




Jika Lampu isyarat bateri terus menyala tidak padam selepas enjin dihidupkan.

Jika masalah ini berlaku maka ini menunjukkan ada kerosakan kekal kepada sistem kuasa kenderaan kita. Cara untuk memeriksa kerosakan adalah seperti di bawah:

1) Cara memeriksa kerosakan Alturnator : Apabila enjin dalam keadaan hidup dan kita tanggalkan sambungan ke bateri. Jika enjin mati ini menunjukkan Alturnator mengalami kerosakan. Jika enjin terus hidup ini menunjukkan alturnator masih dalam keadaan baik. Gambar di atas menunjukkan rupa alturnator.

2) Cara memeriksa Kerosakan Fius : Biasanya kerosakan fius dapat dilihat dengan mata kasar dan kita boleh lihat jika wayar halus yang menjadi penyambung telah putus.


3) Cara memeriksa kerosakan Bateri: Kita biasanya akan memeriksa bateri menggunakan Multimeter. Namun tidak semua yang ada alatan ini.

Maka perkara paling asas sekali jika bateri tersebut sudah tidak berupaya untuk start enjin maka bateri itu sudah dianggap tidak berkuasa lagi. Dan yang paling penting dan mudah ialah kita geselkan hujung wayar yang disambung ke kepala bateri. Jika semasa geselan ( gesel hanya beberapa second sahaja ) mengeluarkan percikan api maka bateri itu masih dikira berupaya lagi.

Sekian dahulu dengan pengkongsian ilmu yang di timba melalui pengalaman hidup ini. Semoga berjumpa lagi dengan lain segmen penjagaan kereta.



45 ulasan:

  1. bro, tahu x bateri kereta dpt tahan brp lama (brp km @ brp jam) tnpa alternator? aku ingt bateri kong sbb dah 2 thn lbh bateri tu, so aku beli bateri baru. tp bila tkr bateri, lmpu isyarat btri tu masih menyala. mknanya alternator crv aku ni dah rosak..bateri masih full charge sbb baru beli. so brp lama ye dpt thn? aku nak bwk gi workshop 42 km dari rumah. (x ada yg lebih dekat sbb kwsn pedalaman). TQ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak... jauhnya bengkel tu yee.. kalau 42 Km rasanya tak sempat sampai.... biasanya kalau bateri baru dengan full cas boleh jalan 5-10km aje... itu pun kena 1) offkan aircond 2) offkan radio 3)offkan Lampu 4) dan semua peranti (alatan) yang menggunakan sumber elektrik... Betul2 start utk jalan sahaja.... Saya syorkan bukak saja alturnator tu dan bawak pi tukar baru...

      Padam
    2. saya dah selamat smpai ke bengkel tu tadi...bila cek power btri msa smpai tu, masih ada 70%... boleh pegi sejauh 50km lagi rasanya... :)

      Padam
    3. x pun mungkin sejauh 100km lagi... :)

      Padam
    4. OOooo.... itu maknanya altenator tak rosak sepenuhnya... cuma penghasilan cas letrik dah lemah di sebabkan carbon rod dah pendek nak habis.... syukurlah dah selamat semuanya...

      Padam
  2. Yang terdapat di dalam alternater adalah karbon brush..karbon tersebutt telah habis @
    tiada lagi berfungsi semasa pully alternater berpusing..Terdapat juga 2 biji bearing kecil di dalam alternater..Jika masalah lampu bateri menyala..ia adalah kerosakan karbon brush alternater @ tukar baru cari yang original sama dengan yang lama..atau mengikut cc enjin kenderaan anda..selamat mencuba

    BalasPadam
  3. Salam...kereta sy baru tukar bateri dan alternator baru..tapi lampu bateri masih menyala malap..kereta jenis vios 2009.. Ape masalah dia eik..mntk jasa baik sesiapa yg tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan dh dapat ke penyelesaian nya...???

      Padam
    2. kete saye pun mgalami mslh yg same....

      Padam
    3. Short circuit ni. Saya mengalami masalah sama. Dah selesai pun

      Padam
    4. mcm mana nak settle masalah ni?

      Padam
  4. Siapa tahu apa problem kalo masa sebelum start lampu penunjuk batteri langsung tak menyala?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klaw lampu x menyala mungki fius ada yg putus..kdang2 kereta staart pun x hidup..ini cuma pengalaman aqu la yg pnah trjadi..try check fius bwah dashbord..

      Padam
  5. say drive savvy, tadi masa saya nak kuar p lunch tiba2 keta x boleh start,dan lampu gambar bateri tu menyala,saya tunggu sat pastu try start lagi baru boleh dan lampu tu x menyala dah.tapi pagi tadi masa saya nak p keja ok je, kenapa ye? saya memang x tau pape pasal keta ni :/

    BalasPadam
  6. Bgus bro,.tambah share lg bro

    BalasPadam
  7. Sy pemandu viva.pemasalahan sy ialah kerera sy akan menyala icon bateri setiap kli dhidupkn kereta.da berjalan 5km atau lbh br padam simbol dr menyala.bw ke perodua, alternator n kondisi kereta ok.bole bantu apa sebenarnya penyakit kereta ni..xpndai sgt.

    BalasPadam
  8. apabila lampu bateri menyala~kemungkinan paling besar ialah alternator sudah tak bekerja..hati-hati jangan pandu laju kerana kereta anda akan mati secara tiba-tiba.
    saya handle banyak kes sebegini setiap minggu..

    sila layari www.ahmadbateri.blogspot.com

    BalasPadam
  9. selamat pagi, saya ada masalah nak start enjin pagi tadi.... bila sudah dapat start, simbol btry muncul, then simbol gear hilang, meter minyak tak naik.... lepas press minyak kuat2...., terus simbol btry tu hilang, meter minyak pun bgerak..... boleh tanya kenapa? masalah apa? sebab saya baru lepas servis batery dan batery belum setahun lagi guna.....

    BalasPadam
  10. masalah bateri better check betul2 sbb kkdg bateri bole je pakai lagi..mcm kt area kl n s.alam ada je servis percuma mcm bateriku sdn bhd..check n pemasangan percuma jer..servis pon pcma..no dorg 0122458027..skdr bkongsi ..TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai . nak tanya, dekat bateri kereta, fuse yg bntuk petak kecil tu memang tak ada ke?

      Padam
  11. Assalamualaikum encik kazman,tq krn beri info terbaik,bermanfaat serta jelas.saya ada satu soalan berkenaan alternator kereta saya. saya tukar alternator yg punyai soket bulat 3 kaki..selepas tukar masih dalam keadaan yang sama iaitu lampu gambar bateri di meter masih berkelip serta hidup..semasa saya beli alternator sudah diperiksa di halfcut bahawa alternator tersebut masih berfungsi dengan baik..kesimpulannya bagaimanakah cara penyambungan wayar yg punyai 3 kaki iaitu hitam+kuning,merah+biru,putih+hijau....semasa saya buka alternator saya tidak perasan cara penyambungannya..saya menyambung semula wayar soket mengikut 3 wayar warna sama tetapi keadaan bertambah teruk apabila dan bateri cepat lemah dan semasa enjin hidup saya cuba cabut terminal lalu enjin terpadam..saya memohon encik berikan tunjuk ajar bagaimana cara penyambungan wayar soket tersebut..terima kasih kerana sudi membantu.

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. mohon pencerahan bro..
    tngah2 jlan baru lampu bateri tuu menyala..knape ekh??
    sebelum dri td ok jek..

    BalasPadam
  14. Enjin dh start tp lampu bateri tak padam habis...dia malap2 je..apa nak check ni

    BalasPadam
  15. Enjin dh start tp lampu bateri tak padam habis...dia malap2 je..apa nak check ni

    BalasPadam
  16. semasa memandu lampu bateri hidup.. perlahan2x bateri kereta lemah dan enjin mati. bila buka bonet kereta ada seperti ada karat putih timbul di penjuru bateri. saya ada isi air bateri dan cuba guna jumper boleh hidup tetapi sekejap enjin mati. adalah ini punca altornator atau bateri?

    BalasPadam
  17. Saya baru lps tukar alternator crv saya. Masalahnya kadang2 lampu bateri tu nyala sesaat je. Apabila hantar semula ke bengkel tu, x nyala la plk. Puas dia bengkel tu cek siap test drive 3 kali tp x nyala la jgk. Apa masalahnya ye?

    BalasPadam
  18. Salam nk tnye skit...kereta sy kenari 2006, sy baru biarkan kete seharian tanpa hidupkan engine tp bile esok nk startkan engine,engine xnk hidup...sy da beli bateri baru dr bulan 6 2016 alternator pon baru tp masih ade mslh yg same adekh mslh dtg dr mslh wiring wire ground body,engine or alternator...mcm xde solution mlsh kete sy nie..sy buntu skrng nie... mntk pencerahan

    BalasPadam
  19. Salam..kenape ye kete audi tt saye bile jalan dan bile on aircond je meter air naik mendadak ??

    BalasPadam
  20. Salam..kenape ye kete audi tt saye bile jalan dan bile on aircond je meter air naik mendadak ??

    BalasPadam
  21. Salam. kreta waja 1.6 mmc sy bru je lepas jumper krte org. Lepas hidup krte org tu. Krte sy plk lampu battery kluar x nk hilang. Ape mslh nya. Mohon bantua kepade otai2 .. tq

    BalasPadam
  22. Salam..saya ada masalah sikit nak tnya..sy bru tukar bateri baru 2 hri lepas..tp bila sy start kereta lmpu bateri msih menyala..bila dh bawa jln lama sikit hilang la lampu tu.apa msalah ny ya?start memang ok cuma lepas start akan muncul la lampu bateri tu

    BalasPadam
  23. Salam saya ada wira1.5 fullinjet vdo.masalahya bateri cpat habis.altonator dgn bateri sy tukar.masalahnya jd sama juga.

    BalasPadam
  24. Kat mner nk beli skru nk ikat kepala bateri?

    BalasPadam
  25. Salam.. Saya memandu waja baru pagi tadi lampu bateri tu menyala.. Lama sikit padam dlm beberapa saat kembali menyala...cuma masa balik nih lama2 rpm dan meter minyak meter temperature dan semua padam.. Lampu pon tak menyala da.. Bila berhenti saya turun dengar bunyi autanator kuat.. Bila mati kan enjin lepas tu terus tak boleh idup dah enjin.. Adakah autanator rosak atau sambungan yg perlu saya Check?

    BalasPadam
  26. besar kemungkinan altunator rosak... Cari yg original atau second hand... jangan cari yg recond.

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum... Blh bantu sy tak,kereta Honda jazz thn 2005 semua lampu kecuali lampu pada meter je yg x berkelip.keadaan tu berlaku selepas 2 minggu sy tukar antenatal..blh bagi tahu X ape sebab ye tuan..

    BalasPadam
  28. hai...sya nk tanya sikit saya ada wira 1.5 se..bila sya hidupkan enjin simbol bateri tersebut menyala tetapi agak tidak berapa terang(malap) hanya akan kelihatan bila dlm keadaan gelap sahaja..tetapi bila sy mula tekan pedal minyak dan meter RPM naik ke 1-1.5 simbol bateri tersebut terus terpadam..alternator masih baru lagi dan dh check vol bateri masih ok lagi..mana mna ni erk??

    BalasPadam
  29. Mcm tu jgk dgn kereta sy..simbol bteri menyala...check bteri nak kong tukar baru simbol bteri tetap menyala... Sy redah hmpir 900km penang ke kelantan patah blk...spai sekarang simbol menyala,,,bajet hujung bulan nii,,nk tukar alternator baru...harap2 xda apa2 berlaku tgh jalan...esok nk ke s.p plak...emergncy...

    BalasPadam
  30. salam. sy nk tnya otai2 nhe. wira auto 1.5. bila sejuk smua nya ok. tapi bila da jln dlm 15\20 minit. tekan minyak da x da power. bila berhenti enjin kadang mati kadang tak. dn string jadi berat dn lampu batry menyala skjp2. lps 2 wayar nagetev jadi panas.. sblm nhe batry sllu kong. ada kah masalah padah alternator ¿?

    BalasPadam
  31. Salam, Maaf nak tanya lampu bateri kereta mnyala, bila dh lama bawa bru lampu tu hilang. Sebab apa ye ?

    BalasPadam
  32. Da sesiapa tau tak kenapa lampu batteri kereta saya menyala malap apabila pedal minyak ditekan.hari tu baru keluar dari workshop utk repair eksiden.lagi satu bila kepala batteri dicabut engine akan mati.adakah ianya masalah altenator atau ada masaalah lain.

    BalasPadam
  33. Salam tuan,
    Boleh tahu kenapa icon battery kereta dok menyala semasa drive & stearing kereta jd berat. Kereta wira

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini