Jumaat, 23 September 2011

Sambutan Raya Peringkat MMU dan Daerah Sepang

Sambutan raya terus berjalan lagi... rasanya dah berapa hari makan kenyang tahap kolestrol... Tiap-tiap hari ada je majlis sambutan hari raya diadakan. Dari sekecil-kecil peringkat sehinggalah ke sebesar-besar peringkat semua aku cuba memenuhi jemputan.... tak rugi kalau kita ramai bergaul dan tak lokek senyuman barulah hidup bermakna.... Jadi setelah perut yang kekenyang ini cuba untuk menaip catatan mulalah idea pun senak nak keluar sesenak di perut ku yang membesar ini.... Diringkaskan cerita mari kita layan catatan bergambar seperti di bawah ini :-

1) Majlis Sambutan Raya Peringkat ITSD ( Jabatan ) di MMU.


 Itulah dia juruacara majlis yang sentiasa menghidupkan suasana sambutan raya dengan gelagatnya yang bersahaja...

 Makanan intimewa yang terdapat di sini iaitu buah-buahan di salut dengan coklat yang cair... Peerghh...nyummiii.... sedappppp....

 Antara hadirin yang hadir ke majlis sambutan hari raya ini. memasing beratur menanti giliran
 Ahli tetap penyeri majlisss... memasing dah tak boleh bangun dari kerusi masing-masing... ada gam....haaa3x...

 Inilah dia acara menyalut buah-buahan dengan coklat cair... memasing nak cuba tunjuk skil menyalut coklat... skil membaham coklat buah aku tak paparkan kerana menjaga aib kenkawan.... haaa3x...

Wah... memasing nak tunjukkan hasil kerjatangan @ kraftangan masing-masing sebagai tanda betapa lahapnya diorang ni nak makan semua benda... heee3x...

2) Majlis sambutan raya peringkat Daerah Sepang

Majlis sambutan raya peringkat Daerah Sepang pula diadakah di hadapan Bangunan Majlis Daerah Sepang yang dihadiri oleh penduduk daerah Sepang dan sekitarnya. Aku yang merupakan pembayar cukai pintu tegar pastinya terpanggil untuk menghadiri ke majlis sambutan hari raya pada kali ini. Bersama rakan-rakan yang tidak mengenal erti kebulur terus menjejakkan kaki ke sini walaupun baru pulang dari menghadiri majlis sambutan di tempat kerja. Waktu kerja pun jenjalan ke sana-sini... heee3x best jugak kerja kat sini.....

 Inilah dia bangunan Majlis Daerah Sepang yang baru yang terletak di Cyberjaya, Selangor

 Gerai dan khemah yang terdapat di sana untuk sambutan majlis hari raya peringkat daerah pada kali ini.

 Makanan dan juadah yang disediakan mengikut gerai-gerai yang terdapat di sini. Ini merupakan gerai Ayam Golek... peerghh... lembut dan lemakkk... mahu terbaboo meter penunjuk kolestrol badan aku ni tinggi....

 Ayam golek yang sedang digolek bakar.... bau asap dia pun dah bangkitkan selera.....

 Inilah hasil beratur panjang-panjang di gerai juadah....

 Ayam golek inilah menu yang paling special untuk kami....

 Antara orang ramai dan kenamaan yang hadir di majlis sambutan hari raya peringkat daerah....

Antara rakan-rakan yang tidak kenal erti kenyang... makan jee kerjanyaaa... Begitulah kesudahannya aktiviti sambutan majlis hari raya pada petang ini... hujung minggu ni pun dah penuh dengan undangan majlis rumah terbuka dari kenalan... rasanya banyak rumah yang tidak terpegi agaknya kerana sehari sampai 3 rumah dan jauh-jauh pula antara satu rumah ke satu rumah... Tapi aku akan sedaya upaya untuk memenuhi jemputan sambil menghulurkan duit raya kepada anak-anak member yang buat open house nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini