Ahad, 25 September 2011

Taman Desa Sri Qaseh 26/09/2011 Elektrik dan Paip Air

Syukur alhamdulillah projek perumahan ini terus menerus berjalan dan pembinaan rumah-rumah juga terus berjalan dengan di sokong lebih 40 tenaga kerja manusia untuk menyiapkan projek ini mengikut jadual. Rumah kami juga telah siap dipasang casing pendawaian elektrik dan paip air di dalam rumah. Cuma kerja menaikkan genting bumbung mengalami kelewatan sedikit sebab warna genting yang hendak dipasang tersalah warna. Sebab itu kami perhatikan susunan stok genting tidak terusik dan masih tersusun rapi di tempatnya berbanding dengan kunjungan kami yang lepas.

Pemasangan paip ( casing ) pendawaian elektrik.
*( semua data hanyalah dari pemerhatian kami dan mungkin akan ada sedikit berubah dari kenyataan ini bila kami dapat melihat drawing pendawaian nanti.)

Punca kuasa lampu ada 11 unit, Punca kuasa Kipas ada 1 unit  manakala punca kuasa plug ada 8 unit. Apa yang saya perhatikan susunan semua adalah seperti berikut :-

1) Punca kuasa lampu : 2 di ruang tamu, 1 di ruang dapur, 4 di ruang bilik, 2 di ruang bilik air, 1 di ruang hadapan rumah dan 1 di ruang belakang.
2) Punca kuasa plug : 4 di ruang bilik, 2 di ruang tamu, 2 di ruang dapur,
3) Punca soket ariel TV : 1 unit di ruang tamu.
4) Punca soket Telepon : 1 unit di ruang tamu.

Punca kuasa plug di ruang tamu yang ada 2 unit, 1 unit arial TV dan 1 unit soket talipon.

Punca kuasa plug di ruang dapur yang mempunyai 2 unit dan 1 unit suis lampu.

Punca kuasa plug di ruang bilik tidur utama yang mempunyai 1 unit plug di sebelah kiri gambar dan 1 unit suis lampu di sebelah kanan untuk bilik utama dan bilik air.

Punca kuasa plug di ruang bilik tidur kedua dengan 1 unit di bahagian bawah dan 1 unit suis lampu di bahagian atas.

Punca kuasa plug di ruang bilik tidur ketiga dengan 1 unit di bahagian bawah dan 1 unit suis lampu di bahagian atas.

Punca kuasa plug di ruang bilik tidur keempat dengan 1 unit di bahagian bawah dan 1 unit suis lampu di bahagian atas.

Satu unit kotak fius akan terpasang di dinding ini.

 Pendawaian elektrik untuk lampu dan kipas yang terdapat di ruang tamu.

Pendawaian elektrik untuk lampu di ruangan dapur.

Pemasangan Paip Air

Pada kali ini kami merakamkan gambar laluan pair air yang ada di setiap bilik air dan paip air tersebut semuanya menuju ke atas bilik tidur kedua  di mana terletaknya tangki air simpanan untuk setiap unit rumah.

1)Bilik air utama di ruang tamu :
Punca paip air yang datang dari atas menuju ke tangki simpanan. Di sebelah kanan pula adalah punca air untuk sinki.

Di sebelah kanan inilah pancuran air akan diletakkan.

2) Bilik air kedua di ruang dapur :
 Punca saluran paip air yang menuju ke bilik ke dua di mana terletaknya tangki air simpanan.

 Di sebelah kanan punca paip air adalah untuk singki dan paip putih tersebut untuk laluan air keluar dari singki.
Tempat pancuran mandi yang bersebelahan dengan tingkap udara.

Begitulah perkembangan rumah kami sehingga kini. Rasa-rasanya lokasi punca kuasa plug banyak yang kami ubah untuk kesesuaian kedudukan peralatan elektrik di rumah kami nanti terutama di dalam bilik atau mungkin kami susun peralatan mengikut kedudukan plug sekarang ini sahaja untuk menjimatkan tenaga dan kos. Apa-apa pun boleh!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini