Rabu, 5 Oktober 2011

Gigit Jagung Tanpa Gigi

Hari ni aku nak mencatat peristiwa anak perempuan aku yang baru mula tanggal gigi susu. Biasalah... kalau nak membesar maka tercabut la gigi susunya. Diringkaskan cerita kami sekeluarga pergi ke pasar malam berhampiran rumah untuk membeli juadah makan malam kami sekeluarga. Ketika berjalan-jalan di pasar malam maka si Syafiqah terjumpa jagung bakar yang sedap baunya ketika dibakar. Apa lagi, dia pun minta la jagung bakar dengan abahnya. Aku pun seperti biasa belikanlah jagung bakar tersebut.  Bila dah sampai rumah teruslah kami sekeluarga menikmati juadah yang dibeli di pasar malam tadi. Jadi 3 beradik ni terus hendak makan jagung bakar dulu. Kami pun makan la seperti biasa sehingga baru aku terperasan kenapa la si syafiqah ni lambat habis makan jagung berbanding dengan abangnya. Bila aku tengok jagung tersebut aku hendak marah la anak aku tu sebab makan main-main... Last-last baru aku terperasan yang gigi anak aku dah rongak sebab dah kena cabut tempoh hari yang lepas....terus tak jadi aku nak marah dan aku tergelak bila tengok si syafiqah sengih menunjukkan giginya yang rongak.....

Ini la rupanya perbezaan untuk jagung yang dimakan dengan gigi yang cukup dengan gigi yang rongak. Sebelah kiri untuk gigi rongak (Syafiqah ) dan sebelah kanan untuk gigi yang cukup ( syafiq )


Rupa bentuk jagung yang dihasilkan oleh pemakan yang giginya rongak......

Rupa bentuk jagung yang dihasilkan oleh pemakan yang giginya cukup......

Gigi Syafiq yang masih untuh tidak tanggal-tanggal lagi gigi susunya berbanding adiknya..... bakal menyusul untuk dicabut nanti.

Gigi Syafiqah yang dah rongak gigi depannya........

Adam pun nak tunjukkan giginya jugak.....

4 ulasan: