Isnin, 10 Oktober 2011

Taman Desa Sri Qaseh 10/10/2011 Pemasangan Genting Bumbung

Selepas pulang dari kerja kami menyinggah ke Taman perumahan Desa Sri Qaseh untuk melihat tahap sejauh mana kemajuan pembinaan rumah kami ini. Syukur alhamdulillah segalanya masih berjalan dengan lancar. Walaupun hari mendung dan waktu pun dah nak magrib kami gagahkan juga melangkah untuk melihat kemajuannya. Keadaan jalan yang becak selepas hujan menyukarkan sedikit perjalanan kami untuk menuju ke rumah yang sedang di dalam pembinaan. Ikutilah kemajuan Taman Desa Sri Qaseh melalui cerita bergambar kami.

 Antara rumah jiran kami yang telah siap dipasang genting bumbung berwarna kelabu gelap. Berkilat-kilat kami perhatikan dari bawah apabila melihat bumbung genting tersebut siap di pasang.

 Antara perkembangan rumah jiran kami yang lain yang telah siap pembinaan tiang dan palang konkrit rumah. Rumah ini sedang menunggu masa untuk dinaikkan dinding batu bata iaitu proses seterusnya selepas ini.

 Rumah jiran kami di baris hadapan pintu masuk hinggalah ke atas sedang dalam proses menaikkan dinding natu - bata berperingkat-peringkat. Bermula dari di bahagian unit hadapan dan seterusnya ke unit belakang.

 Beginilah unit rumah yang telah siap pemasangan bumbung genting. Proses pemasangan mengalami kelewatan sedikit seperti yang saya telah siarkan pada ruangan yang lalu apabila warna yang di tempah berlainan dengan warna yang tiba ke tapak projek perumahan ini.

Beginilah rumah kami dan juga jiran-jiran kami yang mana proses pemansangan bumbung genting akan dilakukan pada minggu ini. Susunan genting juga telah diletakkan di hadapan rumah kami untuk proses pemasangan.

 MARSEILLE TIL - Itulah nama type untuk atap genting yang tertera di gambar di atas ini. Ia merupakan type yang utama dan banyak sekali digunakan untuk pemasangan genting bumbung. Pada amatan kami genting ini berkualiti dan bagus ketahanannya kerana genting ini siap di varnis ( sejenis ubat untuk ketahanan cuaca dan kulat ). Ia juga akan menampakkan lagi kekemasan sesebuah hasil bumbung genting.


ANGULAR RIDGE TILE - Merupakan atap genting berbentuk V yang berada di atas puncak setiap bumbung. Digunakan pada rabung mendatar/utama terbentuk oleh 2 cerun bumbung dan rabung menaik yang terhasil dari 2 bumbung yang bercantum di cerunnya. Lebar dalaman 220mm. Litupan: 3 keping/meter



Cara pemasangannya :


1. BATTEN ( penyangkut ) kayu mestilah sekurang-kurangnya bersaiz 25mm x 50mm. Gunakan kayu yang
berkualiti baik dan lurus  untuk mengelakkan bumbung dari melendut selepas seketika. Untuk di unit rumah Taman Desa Sri Qaseh kami ini mereka menggunakan BATTEN dari campuran besi dan aluminium sepenuhnya tanpa menggunakan kayu.

2. Batten kayu mestilah lurus serenjang dengan kasau (rafters). Pada deretan yang sama,
batten mestilah sama rata untuk memudahkan pemasangan genting yang lebih baik.

3. Jarak di antara kedua-dua batten tepat di bawah Ridge Tile seharusnya  75mm-100mm
sahaja.

4. Jarak pertengahan antara batten, diukur dari bahagian atas satu batten ke bahagian
atas batten yang satu lagi hendaklah sebanyak 345mm.

5. Jarak di antara batten yang kedua bawah dan batten yang paling bawah ( di cucur
atap), diukur dari tepi atas batten pertama ke tepi bawah batten kedua, hendaklah
300mm.

6. Dengan menggunakan arahan (3),(4) dan (5), tentukan ukurannya di sepanjang cerun
bumbung dengan teliti untuk mengelakkan penggunaan genting yang dipotong di
bahagian atas. Panjang cerun bumbung =  345x mm + 300mm (x ialah bilangan
genting Standard), diukur dari batten yang paling atas kepada yang paling bawah.

7. Ketinggian  batten yang paling bawah atau bahagian tepi atas papan pemuka/papan
fasia hendaklah 25mm lebih tinggi dari batten lain.

8. Batten besi (bahagian berongga) lebih banyak digunakan kerana kelurusannya di mana
ia memudahkan pemasangan genting dan menghindar bumbung dari melendut ( melengkung ke bawah ).


 Inilah genting yang telah sampai di hadapan rumah kami untuk menunggu proses pemasangan. Gambar di atas menunjukkan genting jenis MARSEILLE TIL ( di bahagian kanan gambar yang bersusun panjang ) dan jenis ANGULAR RIDGE TILE ( di bahagian kiri gambar yang berbentuk V yang bilangannya sedikit  )

 Rumah jiran-jiran kami yang sama seperti unit rumah kami untuk menunggu pemasangan genting.

 Pemandangan di bahagian belakang rumah kami. Di setiap hujung bumbung rumah akan dipasang papan pemuka atau papan FASIA untuk menambahkan lagi kekemasan bumbung di rumah kami.

Unit rumah jiran kami di bahagian belakang yang telah siap proses menaikkan dinding batu bata. Selepas ini unit ini akan di naikkan BATTEN ( palang besi bumbung genting ).

Kaki pun dah tebal dengan tanah merah.... Inilah hasil yang kami dapat bila meninjau kemajuan Taman Perumahan Desa Sri Qaseh  semalam. Bagaimana beratnya untuk kaki melangkah begitulah berat hati kami hendak meninggalkan rumah kami ini.




5 ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini