Isnin, 24 Oktober 2011

Taman Desa Sri Qaseh 24/10/2011 Saluran Perparitan Rumah

Syukur kerana kita dapat bertemu lagi untuk segmen pembinaan perumahan Taman Desa Sri Qaseh pada kali ini. Kemajuan yang dapat diperhatikan ialah mengenai fasa-fasa pembinaan terus berjalan seperti dijadualkan. Kita juga amat bersyukur dengan progres pembinaan perumahan ini yang tiada terhenti walaupun sekarang ini cuaca sentiasa hujan di sebelah petang atau malam. Seterusnya kami ingin berkongsi dengan bakal-bakal jiran kami dan juga follower entri ini untuk sama-sama meninjau perkembangan taman ini.

Inilah pemandangan kemajuan perumahan Taman Desa Sri Qaseh yang menyambut kedatangan kami sekeluarga.
Nampaknya boleh tahan tebal tanah merah yang melekat pada tayar di sebabkan musim hujan yang melanda. Sampai sini sahaja kami sanggup redah sebab jalan yang becak kerana hujan.

 Pemandangan blok unit rumah di bahagian hadapan rumah kami yang sedang di bina.

 Deretan rumah di blok rumah kami juga sudah siap untuk progres pemasangan bumbung.

 Inilah rumah kami yang semakin hari semakin jelas bentuk dan apa yang kami di fahamkan oleh lawyer kami bahawa kami akan berjiran dengan seorang guru di Nilai di sebelah kiri kami manakala di sebelah kanan pula merupakan pekerja sektor awan di Putrajaya.

 Pemandangan blok unit rumah di bahagian hadapan rumah kami yang sedang di bina. Proses memplaster dinding akan menyusul.
Inilah dia perparitan di sekeliling rumah kami yang dalam proses pembinaan.

SISTEM PERPARITAN

Antara syarat yang perlu dipenuhi oleh pemaju ialah : 

1) Menunjukkan dengan jelas ‘discharge outlet’ dari kawasan pembangunan yang disalur keluar 
ke longkang sedia ada dan terus menghubungkan ke anak sungai yang terdekat. 

2) Gradient bagi longkang  yang dibina hendaklah 1:200.

3) Tembok longkang yang melebihi 915mm dari ‘invert level’ hendaklah dibina 100mm x 100mm 
‘strut’ dengan 2 R 12 at 3m c/c.

4) Semua binaan longkang hendaklah daripada ‘half round clay drain’.

5) Semua tembok pada longkang-longkang hendaklah dibina daripada ‘R.C.Concrete’.

6) Saiz ‘culvert’ yang digunakan hendaklah tidak kurang dari 900mm diameter.

7) Semua struktur longkang dan dikeliling bangunan dan sekeliling tapak padang permainan, 
surau, tadika, sekolah dan lain-lain kemudahan awam hendaklah ditutup dengan ‘m.s grating 
hot dipped galvanised’ dan yang setaraf dengannya.

8) Semua binaan  ‘sump’ hendaklah ditutup dengan  ‘heavy duty m.s grating hot dipped 
galvanised ’ dan yang setaraf dengannya.

9)Cadangan kolam takungan / perangkap kelodak yang kekal sama ada :
a) kering dalam bentuk padang permainan
b) basah dalam bentuk tasik / kolam buatan.


 Proses pembinaan perparitan di bahagian belakang rumah kami. apa yang kami tinjau didapati bahawa belakang rumah kami tiada rezeb jalan dan begitu juga di rumah yang lain-lain. Hanya yang terdapat adalah lorong pejalan kaki sahaja yang boleh melaluinya. Mama Sue tengah meninjau sistem perparitan sambil mulutnya yang sering memecah kesunyian dengan pelbagai pertanyaan di tapak perumahan ini. Saya pun naik pening dengan soalannya...

 Setelah habis meninjau perparitan kami meninjau pula keluasan belakang rumah kami pula.... Tengah berfikir berapa keluasan dapur basah kami yang boleh dibina untuk sambungan ruangan dapur.

 Tebing dinding tembok yang telah siap di bina untuk unit rumah di belakang rumah kami. Tinggi juga kelihatanya tembok ini yang di bina menggunakan Batu Granit yang disusun sedemikian rupa.

Pemandangan tembok yang bertingkat-tingkat mengikut paras ketinggian sudut muka bumi. Kalau beli rumah di pinggiran bukit memang beginilah rupanya....

Beginilah rupanya sistem perparitan di sekeliling rumah kami. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
 Pemandangan keseluruhan perumahan rumah kami yang di ambil dari atas jejanbat lalulintas.

 Pemandangan keseluruhan perumahan rumah kami yang di ambil dari atas jejanbat lalulintas.

Inilah dia gerai tempat kami melepak seketika (di belakang Hilux ) sambil minum air tin di gerai tersebut bersama anak-anak. Manakala cabin biru pula merupakan pejabat jualan dan pemaju yang membina taman rumah kami ini.



6 ulasan:

  1. Tq Encik Kazman...sbb selalu update

    BalasPadam
  2. Sama-sama... sebagai kenangan untuk suatu masa akan datang kepada generasi penduduk Taman Desa Sri Qaseh.....

    BalasPadam
  3. bestnya dapat duduk rumah sendiri nanti... masih menyewa. huhuhu

    BalasPadam
  4. Santri... tak pe...insyallah boleh duduk rumah sendiri nanti....

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...sebenanye saya la cikgu dr Nilai yang dimaksudkan tu...

    BalasPadam
  6. Cikgu zie... wa'alaikumussalam.... salam perkenalan dari kami jua ..... Baru kami tengok rumah cikgu zie ni hujung minggu yg lalu.... sambil kami tertanya-tanya siapalah jiran kami ini....semoga kita dapat menjadi jiran yang baik...insyallah...

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini