Isnin, 17 Oktober 2011

Tasik Titiwangsa

Tasik Titiwangsa merupakan antara tasik yang yang terdapat di ibukota Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Pada 1 Februari tahun 1980, Perdana Menteri Datuk Hussein Onn telah mengisytiharkan Taman Tasik Titiwangsa sebagai nama baru kepada Taman Jalan Kuantan yang merupakan satu lagi tempat beristirehat di Kuala Lumpur. Beliau memilih nama itu dari beberapa nama yang dikemukakan kepadanya memandangkan Titiwangsa adalah banjaran gunung yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia dan nama itu sesuai dengan taman tersebut kerana pemandangan tanah datar kawasan taman itu serta kehijauannya menggambarkan suasana pemandangan dan iklim banjaran gunung itu. 


Taman Tasik Titiwangsa ini meliputi kawasan lebih kurang 110 ekar dan kerja-kerja membinanya telah bermula pada tahun 1975 dan akan dilengkapkan dengan berbagai kemudahan sukan seperti kolam renang, gelanggang tenis, rumah kelab, padang permainan dan lain-lain. Pengisytiharan ini dibuat sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-6, yang di sambut dengan penuh meriah oleh lebih 40 ribu orang dalam suasana warna warni. Pelbagai acara sukan, kebudayaan dan pameran diadakan sempena sambutan itu sama ada di taman itu sendiri atau pun di tempat-tempat lain di Wilayah Persekutuan. 


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Yaakub Latiff yang turut hadir berharap Taman Tasik Titiwangsa menjadi kemegahan Kuala Lumpur dan dapat memenuhi keperluan para penduduk di sekitarnya seperti di Ulu Kelang, Datuk Keramat, Kampung Bharu, Jalan Pekeliling, Jalan Pahang, Sentul, Setapak, Gombak dan Batu Caves. Sementara itu Perdana Menteri berkata dengan nama yang baik akan tercapailah hasrat dan cita-cita kita hendak menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar dalam taman. Dengan adanya Taman Tasik Titiwangsa ini masyarakat Kuala Lumpur tidak lagi akan tertumpu di satu-satu Taman sahaja untuk beristirehat pada hujung minggu dan musim cuti.


 Antara gerai yang terdapat di Tasik Titiwangsa.

 Di sinilah suatu ketika dahulu terdapatnya Eye On Malaysia iaitu permainan buaian bulatan berputar yang sekarang ini telah berpindah ke Melaka Bandara bersejarah.

 Orang ramai dan pengunjung yang berjogging di waktu petang mengelilingi Tasik Titiwangsa. Banyak aktiviti yang disediakan oleh pihak pengurusan untuk pengunjung mengisi masa lapang yang berfaedah di sini.

Unit petugas berkuda yang bertugas pada hari itu sudi untuk bergambar dengan anak dan isteriku sebagai kenangan. Kudanya pula yang tersipu malu untuk bergambar....

 Pemandangan di salah satu tasik yang terdapat di Tasik Titiwangsa.

 Anak dan Isteriku yang berehat selepas berjalan-jalan.

 Air pancut utama yang terdapat di tengah-tengah tasik titiwangsa menambahkan lagi seri di tasik ini.

Selepas penat meronda kita boleh nikmati Cendol atau ABC di parking kereta Tasik Titiwangsa ini. Makanannya pula ialah rojak.... Kami sekeluarga menikmati makanan di sini untuk melepaskan penat berjalan kaki seketika tadi.



5 ulasan:

  1. klu boleh buat autoshow kt sini pon best gak nie

    BalasPadam
  2. memang ada... kat sini selalu ada buat program hujung minggu... kawasan parking pun luas utk buat autoshow.... selalu buat autoshow kat sni kalau tak silap..

    BalasPadam
  3. dah lame dah umi takkesini ..rindu pulak ..dulu umi msh ingat lagi ..time tu umur umi 5 tahun ..best2!

    mesti banyak perubahan yang berlaku hihi. Nice entri bang :)

    BalasPadam
  4. jujur cakap, lame dah x dtg sini...
    huhuhu

    BalasPadam
  5. memang banyak dah berubah dah kalau lama tak pergi...

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini