Rabu, 12 Oktober 2011

Uptown Shah Alam

Uptown Shah Alam di Seksyen 24 merupakan pusat penjaja yang pesat di kunjungi oleh orang ramai di sekitar Shah Alam. Dibuka dari Pukul 6 petang sehinggalah larut malam. Di sini banyak gerai-gerai dengan pelbagai jualan sedia untuk di kunjungi. Di kelapangan masa, kami sekeluarga berkunjungan bersama-sama anak kami untuk melihat perkembangan dan kemajuan pusat jualan penjaja kecil di Uptown Shah Alam ini. Pada awal kemunculannya aku pernah membantu rakan sekerja aku untuk berniaga di sini. Memori yang terpahat di gerai jualan seluar jeans rakan aku masih kuat terpahat di fikiranku. Sambil berniaga aku dan rakan-rakan berbual dan melayan kerenah pelanggan. Kalau mata sudah mengantuk mulalah aku meronda-ronda di sekitarnya sambil menarik perhatian pelanggan untuk berkunjung ke gerai rakan aku.

Namun semuanya  sudah berlalu dan rakan aku pun sudah tidak berniaga di situ lagi. Bila aku berkunjung pada kali ini aku rasakan bilangan pengunjungnya bertambah berkali ganda ramainya. Kemeriahannya juga turut bertambah dengan pelbagai kemudahan yang tersedia. Semuanya aku rakamkan di sini sebagai koleksi peribadi yang mana aku pernah lepak menolong rakan aku berniaga.

 Pentas utama untuk mereka yang hendak berkaraoke sambil menghiburkan pengunjung yang datang.


 Di sini merupakan tempat aku pernah melepak menolong rakan aku berniaga....

 Suasana di dalam gerai Uptown Shah Alam yang tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai.

 Di bahagian gerai yang tidak berbumbung di luar bangunan pusat penjaja Uptown Shah Alam.

 Isteri aku yang tengah memilih kasut. Aku pun pelik tengok isteriku ini yang hobinya suka bertukar-tukar kasut. Dalam kereta ada kasut dia...Dalam bonet kereta ada kasut dia juga... Dalam rak kasut pun banyak kasut dia jugak....

 Tengah malam pun mintak aiskrim anak-anak aku ni... Biasanya mereka ini menjual nama si kecik tu untuk beli aiskrim... kalau yang kecik dapat...tak kan aku nak beli satu je kan!...sure abang dan kakak dia tumpang sekali....

 Antara gerai yang terdapat di Uptown Shah Alam. Gerai ini pula menjual binatang peliharaan kepada pengunjung yang hadir. kami sekeluarga tertarik dengan haiwan Sugar Glider ( macam tupai tapi ada sayap antara kaki ). Jinak sungguh.... boleh baling-baling haiwan tu ke langit nanti dia boleh terbang....

Inilah dia haiwan yang dinamakan Sugar Glider. tenang je dia memanjat dan melepak di atas bahu Syafiq. Adik-adiknya yang lain hanya memerhatikan sahaja haiwan tersebut. Memang jinak haiwan ni bermain dengan pengunjung...

Deretan kereta pengunjung yang hadir....

keterengan dan jenis jualan di Uptown Shah Alam ini boleh juga di layari di :http://www.uptownshahalam.com.my/index.php?option=com_htmlmap&view=htmlmap&id=2&tmpl=index&Itemid=1

P/s: Sibuk dengan kerja sampai lambat nak update blog tapi singgah ke blog rerakan tetap singgah....



8 ulasan:

  1. ritu singgah sini utk beli sweater ad hardy...
    huhuhu

    BalasPadam
  2. tu laa.... macam-macam adaaa....

    BalasPadam
  3. SP pun ada uptown tapi xpenah p
    kazman: org pompuan kena byk kasut. kasut p market, kasut p kerja, kasut p masjid, kasut p shopping, kasut p ronda makan angin, kasut balik kampung..kasut untuk raya..

    BalasPadam
  4. anim... ayat anim tu yg tak tahan tu...haa3x memang banyak... kalau saya terbuang kasutnya ( sebab nampak dah macam buruk ) mahu mengamok diaa...

    BalasPadam
  5. fulamak sempo la tempat ni bos

    BalasPadam
  6. khairul... malam2 lepak sini pun meriah... cuci mataa...haaa3x

    BalasPadam
  7. Mat tengahari bang ..wahhh best entri ni ..best ni kalau dapat singgh bang ..lepak2 rehatkan minda :)

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini