Jumaat, 25 November 2011

Hospital Serdang

Semalam kami pergi melawat ibu kepada rakan kami yang sakit di Hospital Serdang..... Lama dah ibunya berada di hospital...hampir 50 hari sudah... tapi biasa la kan... bawak budak kecik tak leh naik ke dalam wad so kami bergilir2x jaga adam ni kat bawah. Mula-mula dengan mak nya...pas tu barulah dengan abahnya... Kami tiba pada waktu petang lepas kerja.

Hospital Serdang

Biodata Hospital Serdang....

Hospital Serdang terletak di Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan. Lokasinya bersempadanan dengan South Kajang Valley Expressway (SKVE) di sebelah timur dan Fakulti Perubatan UPM di sebelah barat. Pembinaan hospital ini adalah untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada lebih kurang 570,000 penduduk di kawasan Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi.

Hospital Serdang merupakan hospital kerajaan yang beroperasi berkonsepkan persekitaran teknologi maklumat iaitu‘Sistem Maklumat Hospital Bersepadu’ (THIS). Disamping itu, ia adalah sebuah hospital rujukan yang mempunyai 620 katil yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang terkini serta ia mengandungi ‘Specialist Secondary Unit dan Tertiary Levels of Care’. Hospital ini selain daripada memberi khidmat perubatan dan rawatan mengikut keperluan semasa untuk pesakit dalaman dan luaran, ia juga merupakan ‘teaching hospital’ bagi pelajar perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM)

Bila parking kat hospital ni sure kena menapak jauh sebab parkingnya sentiasa penuh...apa lagi kena bersenam jalan le jawabnya... Yang paling steady pastilah si adam... sambil jalan sambil mulutnya yang kepoh tu cakap itu ini.


Sementara abahnya di atas pergi melawat Adam pun tunggulah di bawah dengan mamanya... first sekali dia paw maknya nak aiskrim...Bila dapat baru lah dia diam... kalau tak...mahu satu floor kat hospital tu dengar suara dia....Pas tu giliran abahnya pula jaga dia nak paw juga sekali lagi aiskrim...haa3x .....Lain orang lain pawnya...sebab dia tahu mintak kali kedua dengan mamanya sure mama tak bagi.... inilah kedai yg jual aiskrim tu...


Bila dah dapat Aiskrim.... senyummm jeee....


Pas tu dia dah boring mulalah tak reti duduk diam sampai kami pulang.... kehulu...ke hilir dia bermain dekat ruangan utama Hospital Serdang tu....


Kami doakan semoga Ibu rakan kami cepat sembuh dah segera pulang......

21 ulasan:

  1. Umi doakan agar rakan bang kaz n sis sue cepat sembuh .. kecian die huu

    BalasPadam
  2. kita doakan yg terbaek buat beliau

    BalasPadam
  3. umi & khairul - gitulaa keadaannya... kami pun doakan ibu rakan kami tu cepat sembuh...

    BalasPadam
  4. moga ibu kawan Kaz dan Sue cepat sembuh..
    Pandainya Adam, dapat aiskrim banyak kali...hehe

    BalasPadam
  5. ummiross - adam tu pandai dia helah nak aiskrim...haaa3x

    BalasPadam
  6. Salam Kazman,

    semoga Mak kawan Kazman tu cepat sembuh..Hebat sungguh hospital ni kan....semuanya ada...

    BalasPadam
  7. kalau kat hospital kerajaan mmg susah nak carik tmpat parking...maklum lah org ramai...

    moga cepat sembuh ibu kawan tu yer..:)

    BalasPadam
  8. budak2.. mcm2 ragamnya.. hu3..

    http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. anak2 mmg suka mkn aiskrim.. sama la ngan anak sy.. dulu2 x suka.. dah besar ni pantang nampak aiskrim..

    BalasPadam
  10. kak ros - kemudahan untuk rakyat setempat....

    ikatan kasih & Nazira & ct rahani - aiskrim punya penangan...susah kita...heee3x

    BalasPadam
  11. eh da elok ea lobi utama tu?hee

    around bln 6 kot aritu, mmg hosp ni sntiasa jd ulang alik ira n family..sbb mak ira kena admit untuk operation fibroid..tp duduk xlama..dlm 2minggu lebih je..:)..

    weekend bdk2 boleh msk..weekdays je xleh..heee

    BalasPadam
  12. juliet ira - ha'ah ... weekend budak boleh naik... syukur mak ira dah sembuh...

    BalasPadam
  13. mm smge smua pesakit tu cpt sembuh.....
    salam perkenalan juga dr sy :)
    alhamdulillah kali ke 2 masuk expo under Matrade!
    yup Matrade mmg byk mbantu..alhamdulillah Matrade jgk da penah bawak sy ke Bangkok, tgk market sane..

    BalasPadam
  14. salam,mmg begitu kalau bawa budak2,tambah2 tgh nak membesar ni..

    BalasPadam
  15. melawat org sakit leh menggembirakan hati pesakit..=]

    BalasPadam
  16. memang besar hospital tu..akak pernah ke sana.menapak jugak nak jln kaki dari tempat parking tu kan?..hehe
    semoga makcik tu cepat sembuh..insyaAllah..:)

    BalasPadam
  17. hospital yang bari cenggini memag dah hebat, Macam Hospital Sultanah Bahiyah Aloq Staq, wow ! canggih...tapi kalau pi tunku ampuan rahimah klang...huhhhh...tatau nak cerita. Parking tu adat la la, semua hospital memang masalah parking dan jadi adat org kita suka melawat orang sakit....amalan mulia turun temurun..heeee

    BalasPadam
  18. semoga mereka cepat sembuh... suka juga ke hospital ni, lain dari hosp gomen yg lain

    BalasPadam
  19. "haha...jenuh la nak layan...kalaulah budak dibenarkan, maunya org sakit,bertambah tenat agaknya...smga dgn melawat org yg sakit akan sedikit menginsafkan kita..insyaallah...."

    BalasPadam
  20. salam...biasa lalu depan hospital tu, tp x pernah singgah...design lebih kurang HSB Alor Setar.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini