Rabu, 30 November 2011

Tip Pemanduan di Highway

Kira entri ni macam sesi luahan pendapat aku jugak la... Statistik dari Plus menyatakan faktor kecuaian manusia dikenalpasti sebagai punca utama berlakunya kemalangan kenderaan berat di lebuh raya PLUS pada tahun 2007. Berdasarkan kajian oleh Jabatan Keselamatan Trafik PLUS, 38 peratus kemalangan kenderaan berat berpunca daripada pemandu yang mengantuk, manakala 33.4 peratus pula melibatkan pemandu yang memandu terlalu laju. 14 peratus kemalangan pula disumbangkan oleh pemandu yang hilang kawalan ke atas kenderaan mereka.7.7 peratus dan 5.8 peratus pula berpunca daripada masalah teknikal seperti kegagalan brek dan tayar pecah atau pancit.

Daripada fakta ini boleh kita simpulkan bahawa penyumbang utama kejadian kemalangan ini adalah dari :-

1) Memandu dalam keadaan Mengantuk - 38 %
2) Memandu dalam keadaan Laju - 33.4 %
3) Pemandu Hilang Kawalan - 14 %
4) Masalah Teknikal pada Kenderaan - 7.7 %
5) Masalah Tayar pada Kenderaan - 5.8 %

Jadi, pada hari ini saya ingin berkongsi mengenai punca-punca kemalangan yang berlaku di Highway. Walaupun statistik adalah untuk kenderaan berat tetapi faktornya hampir serupa. Semoga sedikit sebanyak boleh kita manfaatkan bersama.

MEMANDU DALAM KEADAAN MENGANTUK

Biasanya kita di syorkan berhenti berehat bila kita telah memandu pada jarak 80 hingga ke 100km atau 2 jam pemanduan atau mana-mana yang terdahulu. Tujuan kita berhenti rehat adalah untuk memberi sedikit kelegaan pada otot-otot badan kita dan juga pancaindera kita. Semasa memandu kita telah menggunakan keseluruhannya untuk tumpuan di jalan raya ketika memandu. Untuk kaki rokok tu memang dah wajib dah berhenti kalau 2 jam memandu...Layan dengan kopi panas... peerghh...nikmattt...


Isteri atau pasangan pemandu juga perlu memainkan peranan untuk berbual-bual dengan topik yang menarik untuk dibahaskan... SEPERTI "BILA ABANG NAK TUKAR KERETA BARU? AYANG DAH ADA DUIT MUKA NI..!!!.....Dan janganlah marah atau bergaduh dengan pemandu ketika ini. Ini akan mejejaskan penumpuan dan menghilangkan cara pemanduan berhekmah. Pemandu kalau dah tension mula la bawak gila2x di jalan raya. senang cerita berbuallah seperti pasangan yang baru bercinta... bergurau senda yang tidak membabitkan gerakan fizikal. TAPI INGAT!!!!  Jangan sampai seronok sangat berbual kita memandu sehingga terlalu perlahan atau keadaan kereta ketengah-ketepi. Memang menyusahkan pengguna lain!!!.

MEMANDU DALAM KEADAAN LAJU dan HILANG KAWALAN

PASTIKAN

- Memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunaanya kepada penumpang lain.
- Kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan di hadapan. Jika memandu ketika hujan lebat,  
   kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang.
- Pastikan kereta di hadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi 
   merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.
- Peka dan berhati-hati jika sesebuah kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau 
   lubang besar di jalan raya atau mengelakkan kon pembahagi jalan atau kereta rosak.
Highway di Senawang
- Dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat maka pemanduan akan menjadi sangat sukar. 
  Tayar kereta mungkin hilang kuasa cengkaman kerana tarikan pada permukaan jalan basah. Pandulah kereta 
  dengan perlahan jika jalan dipenuhi air.
- Memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tib-tiba untuk 
   keluar.
- Pandang ke belakang menerusi cermin supaya anda tahu jika ada kenderaan yang datang atau tidak jika 
  anda ingin menukar lorong atau ingin kelaur dari highway ketika menghampiri susur keluar.

Susur keluar Air Keroh


JANGAN

- Memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan yang dibenarkan dalam apa jua keadaan. Tetapi jika memotong di lorong PALING KANAN anda memang dikehendaki memotong laju. Jangan terhegeh-hegeh untuk memotong. Kalau kena saman sendiri jawab laa....
- Memandu perlahan di lorong TENGAH atau PALING KANAN. Ini memang menyusahkan pengguna lain. Kalau buat juga memang tak ada sivik punya pemandu.
- Memotong di barisan KIRI ATAU LORONG KECEMASAN.
- Memandu dalam keadaan merasa letih, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan untuk menyegarkan badan atau berhenti untuk menikmati secawan kopi yang pastinya membuatkan diri lebih segar dan peka.

Hentian Jejantas Air Keroh

- Pandang secara tepat lampu kereta dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke
   bahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.
- Biarkan lampu berada pada kedudukan TINGGI KERANA AKAN MENYILAUKAN MATA pemandu   
   lain!!!. Guna lampu tinggi hanya mengikut keperluan sahaja...
- Biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awasi  
   tahap panas baran anda ketika memandu di jalan raya.Jangan kena "blow" atau "pancung" dengan keter 
   sebelah terus hendak berlumba di jalan raya.

KETIKA

- Memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung 
   kepada pengguna jalan raya lain untuk memastikan keselamatan anda.
- Memandu, pastikan mata kita awas dengan tanda peringatan di Highway atau jalanraya seperti Angin 
   Lintang. Jika kon kuning tegak melintang itu menunjukkan aingin lintang bertiup dengan kuat. ini 
   membahayakan kenderaan kecil atau sederhana kecil.

Penunjuk corong kon kelajuan angin 

-Memandu laju tempat paling selamat untuk kanak-kanak ialah di bahagian tengah tempat duduk belakang.
  Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan 
  dipasangkan tali pinggang keselamatan


MASALAH TEKNIKAL dan TAYAR PADA KENDERAAAN

ANDA

- Dinasihatkan memandu kenderaan yang diselenggara dengan baik. Periksa sistem penyejukan, sistem brek, tahap cecair brek, tali sawat, tayar, minyak enjin, lampu dan pengilap cermin sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.

- Keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman yang baik. Ia penting untuk menjamin keselamatan anda ketika memandu di halan raya terutamanya semasa cuaca buruk.

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman sebagai pemandu selama 21 tahun... 2 tahun tak de lesen (jangan ikut yee) dan 19 tahun berlesen . Saman speed trap pun dah lebih RM2000 aku dah kena bayar... aduhhh... boleh buat muka keter baru... tapi kalau tak bayar nanti Polis tak leh beli keter EVO ...heee3x...jangan marah ye polis... Saya saman dah bayar yee...Mungkin banyak lagi untuk ditambahkan tapi sehingga ini sahaja aku larat nak taip.... Semoga sedikit ilmu yang boleh dimanfaatkan sesama kita.

15 ulasan:

  1. saya dah memandu sejak 21 tahun yg lalu..
    masalah utama skrg...mengantuk masa drive
    minum kopi pun tak jln..
    berhenti dan tidur tepi jalan..huhu

    BalasPadam
  2. salam ..maaf ye. foto kat atas pemandu ke penumpang yg ambil?..
    jangan memandu sambil ambil foto...bahaya

    BalasPadam
  3. good tips.. hari2 dgr berita kemalangan maut.. ngerikan..

    BalasPadam
  4. bagus info mcm ni, kdg2 ramai yang alpa dgn aspek keselamatan :)

    BalasPadam
  5. anim - itu la jawapan untuk sakit mengantuk... sama laa kita...

    Suraya - sekadar berkongsi...

    shaiful - haaa3x... memandu sambil mengambil foto bahaya jugak tu....

    BalasPadam
  6. blog bang kaz and sis sue ni e selalu memaparkan tentang info yang berguna .. best2 ..umi suke :)

    BalasPadam
  7. wah...simpang tangkak... dah lama tak balik kg serom sejak arwah mak tok dah tak de....

    BalasPadam
  8. memandu memalam bahaya sikit...byk kenderaan berat...huhu

    BalasPadam
  9. memang gambar ni kami ambil sepanjang laluan kami dari Pagoh ke Nilai... cuma gambar gerai makan je kami ambil di hentian perak....hati2x semua ketika memandu...

    kurangkan risiko eksident... tingkatkan jarak perjalanan...

    BalasPadam
  10. bagus entry ni :) bagi peringtan kepada semua yg bawak kete di lebuh raya. sedih bila tgk ada accident :(

    BalasPadam
  11. info yang bagus....bosan dengan sikap orang yang gelojoh dan tak sabar,astaqhfirrullah

    BalasPadam
  12. nice! mmg akan berhenti rnr jika ngantuk... tak suka org memandu yang tak ikut peraturan huhu mmg menysahkan pemandu lain...

    BalasPadam
  13. berhati2lah di jalan raya..ingatlah org yang tersayang..=]

    BalasPadam