Jumaat, 9 Disember 2011

Panduan Membeli Kereta Terpakai

Hari ni nak berkongsi panduan memilih kereta terpakai pula.... Kepada yang hendak membeli kereta terpakai ni aku syerkan sedikit panduan cara kita hendak membuat pemeriksaan kereta tersebut. Semoga dengan sedikit sebanyak dapat membantu pembaca menilai sendiri kereta yang hendak dibeli nanti....

Antara koleksi kereta aku yang tinggal kenangan

Pemeriksaan Enjin - Bukalah penutup minyak enjin depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat. Tutup semula penutup minyak enjin. Kemudian sila hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.


Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar. Biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak.

Pemeriksaan Dalaman - Duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.

Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.

Pandu Uji Kenderaan Tersebut - Jurujual mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain.

Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.

Pemeriksaan Gear Box - Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak ( Bunyi Kelekuk ). Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 10 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.
Gear Box Waja
Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.

Pemeriksaan Sistem Brek - Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi seretan. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri.

TINGKATKAN kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti.

Pemeriksaan Aligment Kenderaan - Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.
Stabilizer bar di bahagian belakang untuk menambat kestabilan 

Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. 

Pemeriksaan Sistem Suspension - Kemudian, pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.

Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.

Pemeriksaan Dokumen - Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Kemudian sila periksa nombor enjin dan nombor chasis serta pastikan mesti betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.

Selamat Memilih kereta semuaaa...........

P/S : agak-agaknya berapa aje kedai use car yang akan berani bagi kita test run dulu yee...




15 ulasan:

  1. Nak beli kereta 2nd hand ni kena hati2 sket. kena banyak buat pemeriksaan. Takut ada masalah dengan engine. Sakit kepala nanti

    BalasPadam
  2. kalau beli kereta baru terus kan senang :P

    BalasPadam
  3. yep...kena titikberatkn semua tu klau nk beli yg sekeng heng nih..hi

    BalasPadam
  4. mmg risiko klu nk beli keta 2nd hand ni..silap hb kos repair dh mcm keta baru !

    BalasPadam
  5. heeee3x... beli keter second jangan ada kompromi... nanti naya kalau dah terbeli.... pastikan harga belian tu berbaloi dengan kereta tu....

    BalasPadam
  6. wah..maklumat yang berguna...terima kasih..bagi yang ndak mampu membeli kereta first hand nie lah tips yang sesuai

    BalasPadam
  7. wahhhhhhhhhhhh semakin hari semakin best info yang abang bagi .. baru umi cara memilih kereta yang pernah dipakai hrmmm .. best2 ..thank u bang kaz n sis sue :)

    BalasPadam
  8. KALAU LELAKI MMG TAU BAB2 KETAKAN?MCM HUBBYLAH..BGUS INFONIE..KDG2 KAUM WANITA MCM MUMMYNIEPUN KENALAH HATI2 NAK BELI KETA TERPAKAI..ORG POMPUAN TAU BAWAK JER.hehe

    BalasPadam
  9. memang berguna info nih.. sy pun sedikit sebyk amik atau gak mengenai kereta nih.. at least ader pengetahuankan..

    BalasPadam
  10. sekadar berkongsi ilmu.... tapi kalau nak yakin bawak member mekanik sekali...

    BalasPadam
  11. wahh terima kasih abg kazman n k.sue..:)

    ada juga terfikir nak beli myvi lama 2nd..

    ok ke ek?heee..sbb ira xcekap bw kereta lagi pastu br nk mula keje..so xnk byr duit kereta mhl bln2..lgpon tkt langgar tembok heee..kalo bli 2nd ni xkisah sgt..;p

    BalasPadam
  12. hehe....banyak benda nak ken check..saya sendiri pun klau ikutkan hati nak kereta terpakai je dulu, berangan nak bayar cash lagi......maybe kena minta tolong saudara lelaki la yang tengokkan..haha

    BalasPadam
  13. Tips Membeli Kereta
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/08/tips-membeli-kereta.html

    BalasPadam
  14. Tq atas info..lg 2-3 hari dah nk beli keta seken..nasib baik dah baca info ni,x lah terkontang kanting main beli je..tq tuan tanah.

    BalasPadam