Rabu, 7 Disember 2011

Panduan Menilai Susut Harga Kereta Terpakai

Dah 4 hari aku servey avanza second..... punya la merayau sampai lama tak update blog. Bukan apa... sekarang ni Avanza second hand dah murah sebab Toyota nak kuarkan Avanza Model baru.... So bila aku dah servey ni area Selangor dan Kuala Lumpur bayaran bulanannya pun hanya lebih kurang RM400 je dah boleh dapat dah...Biasa la.. apa-apa jenama keter pun begitu ... Jika model baru kuar maka model yang lama akan jatuh harganya.... Kereta Waja aku pun sementara masih ada harga mulalah aku gatal tangan nak menukar kereta... heeee3x....Sementara Loan Avanza masih tinggi manakala pasaran kereta pula dah jatuh maka kebanyakkan kedai use car banyak memberi Avanza second hand dengan "0"  Downpayment untuk clear stok. 
Avanza Model 2012



Pandangan Avanza dari belakang
Ni harga Avanza di Indonesia.... sebijik cuma 137,200 000.00 rupiah bersamaan RM 47,310.80 . Kat Malaysia nanti berapa harganya pula bermula dari RM63,864 di atas jalan....heee3x.... nak tengok senarai harga di Indonesia pi lihat kat bawah ni...

Senarai harga Avanza di Indonesia

Pelancaran Avanza di Indonesia

Pandangan Avanza dari depan
Aku mampu yang second hand jeee..... sekarang ni dengan bayaran bulanan kecil pun dah mampu milik untuk yang berbajet. Pandangan aku hanyalah suka beli kereta dalam usia 5 tahun dan jual balik sebelum mencecah 10 tahun. Bukan apa... Aku dah gigil untuk mengalami kerugian besar bila beli kereta baru ni... contohnya Waja auto masa keluar dulu harga baru dalam RM65K.... bila dah berusia 5 tahun nilai susutan mampu mencapai sehingga RM40K dengan menganggar harga maket dalam RM25K sahaja. Itu belum lagi kira harga trade in use car lagi... namun Bila aku beli kereta waja aku sekarang dengan harga RM25K untuk usia yg 5 tahun dan jual balik sebelum mencecah usia 10 tahun ....  susut nilai hanya RM 8K sahaja iaitu harga trade in sekarang untuk usia kereta waja aku adalah RM17K... setelah aku pakai 4 tahun.... tanpa kerosakan besar.... kira macam menang memakai laa!!! Sebab jangka hayat ketahanan kereta ini cuma 10 tahun untuk enjin dan gear box yang bergantung dengan cara penggunaan kita seharian.

Inilah kereta yang aku servey...

Begitulah pandangan aku untuk membeli kereta terpakai dan semua cerita di atas ada bersebabnya... Antaranya :-

Pinjaman Loan bank - Untuk kereta bawah 5 tahun loan boleh pergi ke 9 tahun ; Kereta 5-7 tahun loan boleh pergi ke 7 tahun dan kereta 7-10 tahun loan kereta boleh pergi hanya 5 tahun .... selepas itu bank sukar untuk memberi loan lagi. Di sini kita boleh melihat kenapa usia kereta pada 5 dan 10 tahun akan mengalami kesusutan nilai yang besar. Kerana disebabkan pinjaman loan bank. Anda boleh bayangkan jika bulanan anda hampir sama dengan bulanan bayar kereta baru... tentu anda akan ambil kereta baru jika harga bayaran kereta second hand hampir sama....

Keluar Model Baru -  Kebanyakan Syarikat pengeluar kereta akan mengantikan model mereka setiap 5 ke 6 tahun sesuatu model keluaran mereka. Ini kan menyebabkan harga kereta second jatuh mendadak juga... Cuba anda bayangkan jika anda ada kemampuan membeli baru... tentu anda beli baru dan tak nak yang second hand.... 

Ketahanan Jangka hayat Kenderaan - Ketahanan jangka hayat kenderaan biasanya 5 tahun free maintanance kerana semua kenderaan biasanya ada warranty dan kalau tak de warranty pun untuk komponen asli memang jangkahayatnya lebih 5 tahun. Dan juga kalau pemanduan berjaga-jaga maka ketahanan kenderaan juga akan lebih lagi. Selepas 5 tahun atau 100,000km maka bermulalah episod menganti alatan sokongan kenderaan seperti Timing belt, Brek, Panel alatan dalaman dan lain-lain.... Selepas 10 tahun pula maka bermulalah episod menukar alatan yang mencecah ribuan ringgit. Biasanya kita boleh tahu melalui jarak perjalanan yang tercatat pada meter perjalanan di dashboard kereta. Jika sudah lebih 200,000km maka memang banyak yang akan perlu di tukar. Pada masa ini kenderaan itu pula akan menjadi bebanan kita pula setelah dia berkhidmat selama 10 tahun. Maka jika hendak gunakan kereta yang lebih 10 tahun pastikan sudah tiada hutang... baru tiada beban nak memperbaiki kerosakan....

Keadaan Kenderaan - Jika kereta tersebut catnya masih elok, Tiada kemalangan, Tiada kerosakan kekal pada body kenderaan tersebut maka nilai susutannya tidak akan jatuh mendadak. Tetapi Jika kenderaan tersebut pernah mengalami kemalangan yang serius dan besar maka susut nilai akan menjadi besar.

Penama Kenderaan - Biasanya Jika nama Perempuan kenderaannya ada harga lebih sikit... memang tidak dinafikan perempuan kebanyakkan bawa kereta cermat tapi perlu diingat.... Jika pemandu perempuan ni biasanya kerosakan yang ada adalah pada stering rod... drive shaft dan gear box namun yang lain biasanya elok. Namun tidak semuanya begitu....

Jenama dan Model Kenderaan - Jenama kenderaan yang mempunyai susut nilai yang tinggi setakat ini adalah Naza..... Proton.... dan seterusnya diikuti oleh Perodua.... Toyota...Honda dan Nissan penurunan nilainya kira perlahan.... Kadang-kadang orang terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan nilai ketenangan penggunaan produk. Namun tak semua model kenderaan begitu....
Antara kereta yang aku lihat di Seri Kembangan lepas tengok di Mudah

Begitulah serba sedikit mengenai pengalaman aku yang sering bertukar kereta dan kereta sekarang ni pun  dah ke 7 dah aku menukar kereta.... heee3x... Masa yang sesuai untuk memakai kereta second hand hanya dari usia 4 ke 9 tahun je... ini semua membabitkan kefahaman mengenai KEJURUTERAAN.... Namun apa-apa pun masing2x ada pendapat sendiri untuk masing2x dan setiap kaedah ada baik dan buruknya..... sekian dahulu dan kita berjumpa lagi dalam episod "Panduan Membeli Kereta Second Hand " pula di entri yang akan datang....

P/S : Sampai sekarang aku masih dilema nak beli yang mana satu keretanya... banyak kretiria kenderaan yang aku fikir sebelum membuat keputusan....



29 ulasan:

  1. kancil pun suka pada Avanza nie...namun ndak suka pada second hand...sebab ndak pandai mendengar bunyi enjin...hehehe

    BalasPadam
  2. Baru faham, rupanya ada kebaikan juga beli kereta second hand ni kan..

    BalasPadam
  3. Harga avanza 2012 nie kat Malaysia mesti 60K keatas, mane boleh lebih murah dari kereta tempatan.

    BalasPadam
  4. Saya tak pernah beli kereta baru... semua sekenhen.. selalu cari yang tak de value tapi cantik lagi... spectra... n kalau ada rezeki tunggu 2-3 tahun lagi nak rembat chery pulak..

    BalasPadam
  5. wah...info yg menarik ni untuk sesiapa ygnak beli kereta second hand... kereta second ni memang murah tapi kena servey dulu. ada yg cakap kalau nak beli kereta second ni kena bawa mekanik dulu, baru beli...hehehe

    BalasPadam
  6. kancil - tak pe...kalau nak beli keter second bawaklah member mekanik sekali...

    kak mid - banyak kebaikan tapi jangan sampai tersalah pilih kak... nanti jadi bebanan pula...

    fazdliza - Toyota dan honda antara jenama paling rendah susut nilainya....

    ija - wahhh,,, nak ambik chery yee... cari keter yg guna version enjin mitshubishi... sebab low maintanance....

    santri - betul tu cadangannya....

    suraya - suka berkongsi maklumat bersama pembaca...

    BalasPadam
  7. lawa nya avanza baru.... terasa nak rembat sebijik

    BalasPadam
  8. Wahhhhhhhhhhhh ada benar apa yang dicakap bang kaz n sis sue :). Info yang berguna .. ada bakat bang ni dalam dunia permotoran hihi

    BalasPadam
  9. waa bagus tip ni, kadang2 tak terfikir macam ni.
    Avanza tu cantiklah, teruskan niat, hehe..

    BalasPadam
  10. wan habibah - ha'ah... lawa tu...

    umi - heee3x... suka berkongsi ilmu... kalau dah tahu jangan la boring baca yee...

    ummiross - niat dah tetap tapi untuk buat pilihan tu yg sukar... heee3x

    BalasPadam
  11. wow..manyaknyee smpai keta ke 7 dh...merasalah beli byk jenis keta...hihihi

    BalasPadam
  12. sorang ajer pon tak suwai kot avanza ni besar sgt huhuhu


    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/www-11-wild-captured.html

    BalasPadam
  13. salam..adik mama pakai avanza..selalu turun naik bukit putus..m/mertua dia org pilah.nampak teguh buatannya..adik kata ok je..he2x..kalau ank ramai sesuai pakai n kalau gi nilai 3 senang nak isi bunga & pasu..ha2x..thanks kazman..

    BalasPadam
  14. gud info.. tq for sharing.. avanza baru tuh cantik la..

    BalasPadam
  15. ohh gtu...ira pon igt nak cri keta 2nd tp perodua la..mybe myvi lama tu kot..sbb ira x expert lg bw keta..bf ira ckp rugi beli keta bru sbb takut ira bw langgar2 tembok ke..hehehe..;p..

    ok ke ek kak?

    BalasPadam
  16. c'axoera - kalau sorang boleh jadi rumah bergerak...heee3x

    mama aini - memang nak MPV ni nak senangkan anak isteri... heee3x

    rahani - Avanza baru memang cun... pasang niat siap2x dah ni... haaa3x

    Ira - kalau baru nak belajar memang elok lah pakai yg second dulu... bijak2x....

    BalasPadam
  17. keta avanza kt seri kembangan npk elok dan cun tu

    BalasPadam
  18. Kkereta makin murah..p rumah makin mahal...ada gak terpikir nak beli umah ni....=]

    BalasPadam
  19. waduh...kalau bingung nak pilih ni..
    kenalah wat sembahyang istiqarah..

    BalasPadam
  20. wah bagus info ni betul2 mestilah menang memakai semoga mendapat avanza idaman...

    BalasPadam
  21. berkunjung sob..salam blogger
    salam kenal dan sukses selalu ..:)

    BalasPadam
  22. mmg lawo anvanza baru tapi nak tunggu exora baru plak nie=)mmg dah anak 2 nak tukar keta mpv plak

    BalasPadam
  23. hee..tu la..ira da ada lesen..dah nak dpt full lesen da tp dah lama xbw keta..haha..tu y igt nk beli 2nd je..abg kazman n k.sue sll survey kat mn?ira dok puchong, bf ira ckp kat serdang raya byk ea used car?

    BalasPadam
  24. Saya nak cari Toyota Camry 2.0 tahun 2001 - 2002 camtu... Agak2 tuan, berapa harga terendah yang saya boleh dapat berdasarkan dari pengalaman tuan? Terima kasih.

    BalasPadam
  25. Sy ada kereta proton saga blm, baru bayar 3tahun lebih selama 9tahun nak tukar alza baru tapi nak tread in proton sy tapi risau nilai harga proton susut

    BalasPadam
  26. Sy ade toyota camry tahun 2000 utk dijual 0173863622

    BalasPadam
  27. avanza sesuai utk family yg besar...klau seorang dua ambil yg kecil je

    BalasPadam
  28. Beli kereta banyak terlibat dengan riba lor.berhati-hatilah agar tidak menyesal dikemudian hari.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini