Rabu, 30 November 2011

Tip Pemanduan di Highway

Kira entri ni macam sesi luahan pendapat aku jugak la... Statistik dari Plus menyatakan faktor kecuaian manusia dikenalpasti sebagai punca utama berlakunya kemalangan kenderaan berat di lebuh raya PLUS pada tahun 2007. Berdasarkan kajian oleh Jabatan Keselamatan Trafik PLUS, 38 peratus kemalangan kenderaan berat berpunca daripada pemandu yang mengantuk, manakala 33.4 peratus pula melibatkan pemandu yang memandu terlalu laju. 14 peratus kemalangan pula disumbangkan oleh pemandu yang hilang kawalan ke atas kenderaan mereka.7.7 peratus dan 5.8 peratus pula berpunca daripada masalah teknikal seperti kegagalan brek dan tayar pecah atau pancit.

Daripada fakta ini boleh kita simpulkan bahawa penyumbang utama kejadian kemalangan ini adalah dari :-

1) Memandu dalam keadaan Mengantuk - 38 %
2) Memandu dalam keadaan Laju - 33.4 %
3) Pemandu Hilang Kawalan - 14 %
4) Masalah Teknikal pada Kenderaan - 7.7 %
5) Masalah Tayar pada Kenderaan - 5.8 %

Jadi, pada hari ini saya ingin berkongsi mengenai punca-punca kemalangan yang berlaku di Highway. Walaupun statistik adalah untuk kenderaan berat tetapi faktornya hampir serupa. Semoga sedikit sebanyak boleh kita manfaatkan bersama.

Selasa, 29 November 2011

Peristiwa di Bulan Muharram

Pagi ni kami bangun untuk bersiap2x untuk kembali ke bumi Cyberjaya. 4 hari kami bercuti termasuklah hari ini. selesai sudah segala majlis perkahwinan anak buah kami dan kami akan siarkan pada entri yang akan datang. Sambil bersiap kami ini berkongsi cerita sejarah yang terjadi di bulan Muharram ini yang kami ambil dan kongsi dari siri bacaan dan siri ceramah di pagi hari di TV9. Syok juga dengar ceramah pagi ni... tenang je... kami pun olah dan tuliskan sebahagian ceritanya dalam entri hari ini.

Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.


Isnin, 28 November 2011

Salam Takziah

Kami sekeluarga ingin mengucapkan salam takziah di atas kepergian ibunda rakan kami Puan Hasnah Binti Abu, yang telah pergi mengadap ilahi pada  1 Muharam 1433 hijrah bersamaan 27 November 2011 setelah sakit dan terlantar di Hospital Serdang selama  lebih 50 hari...  Kami juga memang mengenali ibu rakan kami ini dan masih teringat keceriaannya ketika beliau masih sihat. Kunjungan kami yang terakhir  ada kami siarkan pada entri yang lepas di  hospital serdang .  Semoga di cucuri rahmat ke atas rohnya....alfatihah...

Semoga rakan kami Mohd Fazly tabah menghadapi ujian yang amat berat ini.. Ibunda rakan kami ini ketika di rawat di  Hospital Serdang telah pergi mengadap ilahi kerana sakit strok .... Alfatihah...

Ahad, 27 November 2011

Azam Tahun Baru 1433 Hijrah

Semuanya pasti ada azam kan setiap kali menjelang tahun baru... namun sesungguhnya berbuat baik memang dituntut tidak kira waktu... Begitu juga jika terbuat silap..lekas2x kita memanjat doa mohon keampunan... dan juga kita hendaklah berbaik2 dengan sekeliling kita...


Pada awal muharram ini kami ingin berkongsi mengenai satu hadis yang mana kami sematkan di hati ini sebagai azam untuk sesama insan di muka bumi Allah seperti di bawah ini :-
‎" Barangsiapa melepaskan kesulitan saudaranya di dunia, maka Allah akan melepaskan kesulitannya di akhirat. Barangsiapa memudahkan saudaranya yang dalam kesukaran, Allah akan memudahkan urusannya di dunia & akhirat.
Barangsiapa menutupi aib saudaranya, Allah akan menutupi aibnya di akhirat. Allah akan selalu menolong seorang hamba selama ia selalu menolong saudaranya."(H.R.Muslim) ..

Dan juga doa yang baik untuk diamalkan.......

Selamat menyambut Maal Hijrah semua........

Sabtu, 26 November 2011

Bunkface di bumi Cyber

Nak cerita panjang pun tak reti sangat tapi kira macam promosi TM untuk Unifi jugak la.. so dia ada buat siri jelajahan dan salah satu lokasi di MMU pada khamis lalu... Dan Artis yang hadir untuk mejayakan program tu ialah Bunkface...

Diorang ada la buat konsert dalam hampir sejam kot dalam cuaca yang panas terik sebab buatnya pukul 12-1 ptg... mahu tak mencacak matahari atas kepala... heee3x... So .... Kita layan gambar je la di sana...Tak tahan panas terik matahari dahh...

Jumaat, 25 November 2011

Hospital Serdang

Semalam kami pergi melawat ibu kepada rakan kami yang sakit di Hospital Serdang..... Lama dah ibunya berada di hospital...hampir 50 hari sudah... tapi biasa la kan... bawak budak kecik tak leh naik ke dalam wad so kami bergilir2x jaga adam ni kat bawah. Mula-mula dengan mak nya...pas tu barulah dengan abahnya... Kami tiba pada waktu petang lepas kerja.

Hospital Serdang

Khamis, 24 November 2011

Harimau Muda...

Malam tadi kami terpaksa dan di paksa untuk menyaksikan pasukan Harimau Malaya kecundang di tangan Syria.... Walaupun pada 2 malam yang lepas kami kegembiraan melihat skuad Harimau Muda merangkul pingat Emas di sukan Sea di Indonesia....


Aku rasa terpanggil untuk mengibau kenangan ketika aku berkunjung di Stadium Bukit Jalil ketika Harimau Malaya bertemu Singapore dalam merebut tempat kelayakan Piala Dunia.......Cukup seronok dan bersemangat dan aku abadikan dalan entri aku yang lalu di malaysia-vs-singapore.  Walaupun aku terpaksa menyaksikan keputusan seri pada ketika itu....

Begitulah turun naiknya Kejayaan pasukan Harimau Muda dan Harimau Malaya yang merupakan skuad pelapis kepada skuad Harimau Malaya ....... dari awal kita ketahui bahawa Syria dan Jepun adalah jauh lebih tinggi rangking kedudukan dalam FIFA. Dan pula negara kita bersama 4 negara dalam satu kumpulan iaitu Syria, Jepun, dan Bahrain. untuk merebut tempat ke Sukan Olympik Namun begitu kita adalah NOMBOR 1 di Asia Tenggara.... kerana merangkul pingat emas di Sukan Sea.....Syabass.... Harimau Muda....

Rabu, 23 November 2011

Mood Demam melanda...

Hari ni buat cerita ringkas je... sebab... kami suami isteri demam selsema...(demam rindu anak kat kampung kut) semalam bercuti mc pun rehat2x... tapi dalam rehat pun sempat gak pi sign perjanjian pemilikan tanah rezab melayu di lot Taman Desa Sri Qaseh ni depan Assistant DO sepang... heee3x... 


Selasa, 22 November 2011

Taman Desa Sri Qaseh 19/11/2011 Kedudukan Sambungan Elektrik

Yeesss...entri khas untuk Perkembangan Desa Sri Qaseh muncul kembali hari ini untuk setiap minggu... Pada kunjungan yang lepas sebelum kami pulang ke kampung di Johor kami sempat singgah dan melihat perkembanganya. Memang betul la andaian kami... pada kali ini rumah kami tiadalah perbezaan ketara sangat namun daripada tinjauan kami ialah rumah bakal jiran2x kami yang dah banyak berubah...rumah kami cuma yg kami boleh cerita hanyalah perkembangan wiring dalaman rumah kami...  Jom... mari kita berkongsi tentang pendawaian rumah pula pada minggu ini.

Inilah drawing untuk menunjukkan kedudukan pemasangan peralatan elektrik, kedudukan suis, kedudukan plug kuasa dan sambungan wayar ke kotak fius utama.

Isnin, 21 November 2011

Cuti sekolah di kampung!!!!

Ni la kisah perjalanan meng"POS" anak ke kampung.... Sebenarnya ni9 lah kali pertama seumur hidup mama pisah dengan Syafiq dan iqa jauh... dekat batu pahat, selalunya paling jauhpun kat Tanjung karang. Ni dah menyeberang beberapa negeri barulah sampai....Sedih ooooo anak2 jauh. On the way balik tu kami singgah kat hentian kecil di tangkak... kami berhenti sebab nak mandikan pagi si Adam yang telah bangun tido... Almaklum gerak pagi....sian pulak nak mandikan dia pagi2x....  bila kami berhenti kat perhentian kami jumpa la keter power Lotus ni... apalagi si adam pun posing la depan keter ni lepas mandi ... Sapa la owner keter ni agaknya...sepanjang setengah jam kami melepak tak jumpa langsung ownernya.


Sabtu, 19 November 2011

Cuti Sekolah menjelma kembali

Yeee... pasti anak2x teruja pada hari ini kerana pada hari ini mereka semua memulakan hari pertama cuti persekolahan mereka. Pasti ibubapa padat menyusun jadual untuk anak2x mereka dan tak kurang juga yang hendak menghabiskan cuti tahun bersama anak2x... Pastinya aktiviti bersantai bersama keluarga menjadi pilihan utama. Maka kami ingin berkongsi keindahan Tugu A Farmosa di melaka pada kunjungan baru-baru ini dan di sana terdapatnya pameran antarabangsa artifak peninggalan Islam dan China... Tiket promosi sekarang ni untuk pameran tersebut dengan harga cuma RM5 ( harga biasa RM20 )... inilah dia rakaman suasana di hadapan A Farmosa, Melaka...
video

Jumaat, 18 November 2011

Serapan Nostalgia

Tetiba pepagi ni aku teringat serapan nostalgia aku zaman aku hendak pergi sekolah tahu awal 80an dulu.... iaitu jemput-jemput ikan bilis....Bahan-bahannya pun mudah... tepung + ikan bilis + garam secukup rasa + air = siap dah ....kalau nak ada perisa pisang bubuh je pisang... kalau nak rasa kelapa pun bubuh je kelapa...senang jee.... Bab uli tepung tu memang aku suka tolong mak aku dulu masa kecik2x... pas tu bahan tu di uli semua sehingga pekat dan di goreng dalam kuali. Itulah mak aku buat pepagi kalau aku nak pi sekolah... pas tu menu serapan untuk seminggu tu akan diselang selikan dengan ubi rebus... lempeng.... keledek .... kalau hujung minggu mesti mak buat menu special macam nasik lemak kee... nasik goreng kee... atau lain-lain...

Inilah dia yang aku panggil Jemput-jemput

Khamis, 17 November 2011

Kari Kepala Ikan di Uptown Damansara

Malam yang lepas rumah kami kehabisan gas dapur memasak.... Maka secara rasminya isteriku tutup dapur untuk seketika... Apa lagi... terpengaruh dengan membaca blog rakan-rakan di alam maya tetiba teringat Kari kepala ikan merah... Pikir punya pikir kami sepakat untuk ke Damansara Uptown untuk menjamu selera di sana. Seterusnya.... aku juga yang kena redah memandu di jalan jem di Highway LDP dari Cyberjaya ke Damansara menuju ke sana selepas pulang dari kerja. 

Inilah menu kami pada malam ini

Rabu, 16 November 2011

Asalnya ikan di Tesco / Giant / Carrefour dan Pasar borong

Kali ni kami hendak bawa pembaca bersiar-siar di muara Sungai Tengi.... Bila kita bercakap mengenai Muara Sungai Tengi mesti ada yang mengaru kepala di mana lokasinya tetapi kalau dinyatakan Muara Tanjung Karang mesti ada yang boleh ingat atau mengagak lokasinya... Entri ini juga merupakan sambungan daripada kisah Tanjung Karang . Kali ini kami nak berkongsi aktiviti nelayan menaikkan hasil tangkapan di Muara Sungai Tengi yang dinamakan Bagan Pasir.


Selasa, 15 November 2011

Tip untuk bakar Kambing Golek

Pada hujung minggu lepas ibu kami mengadakan kenduri dan menu utamanya ialah kambing golek. Kami pun bersembang-sembang sambil berkongsi tip cara-cara nak bakar kambing golek ni. Pelbagai perkara dia ajar tapi bab cara nak buat kuah BBQ tu dia tetap rahsiakan sebab dia kata hanya kuah sahaja yang membezakan rasa masakan kambing golek bakar ni dengan yang lain... Maka kami ingin berkongsi tip-tip cara untuk bakar kambing ni... Sebelum itu kambing ini telah diperam semalaman sebelum hendak di bakar.....


Isnin, 14 November 2011

Taman Desa Sri Qaseh 12/11/2011 Saluran Air

Kali ini kami nak berkongsi perkembangan Taman Desa Sri Qaseh mengenai sistem saluran air pula. Sebenarnya pada kunjungan kali ini kami perhatikan unit lot 3806 hinggalah lot 3822 telah habis di plaster dinding bahagian luar dan untuk bahagian dalam pula masih ada beberapa rumah lagi yang belum dihabiskan. Rasanya minggu ini habis semua di plaster luar dan dalam agaknya. Manakala Lot 3738 - lot3751 kebanyakkan sudah naik bumbung dan dinding. Untuk lot 3780 hingga 3805 pula masih siap kerangka dinding dan bumbung sahaja. begitu juga yang lain masih di peringkat yang sama.

Beginilah rumah kami yang siap proses plaster luar dan dalam

Ahad, 13 November 2011

Ular pun guna GPS !!!

Sejarah GPS

Sistem Kedudukan Global atau Global Position System (GPS) adalah berasaskan ruang Global Navigation Satellite System (GNSS) yang membekalkan maklumat lokasi dan masa dalam cuaca semua, di mana-mana bahagian atau berhampiran Bumi, di mana terdapat talian tidak terhalang penglihatan kepada empat atau lebih satelit GPS . Dikekalkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan boleh diakses secara bebas oleh sesiapa yang mempunyai penerima GPS dengan beberapa batasan teknikal [kejelasan] yang hanya dikeluarkan untuk pengguna ketenteraan.



Ular pun guna siput sebagai GPS...heee3x

Jumaat, 11 November 2011

Sejarah Kolam Air Panas Sungai Gerisik

Sejarah kolam air panas Sungai Gerisik ini bermula dengan pembukaan Kg Sungai Gerisik pada tahun 1883 oleh Orangkaya Ali dari Muar dan para pengikutnya yang menyusuri pantai Selat Melaka setelah berlakunya perselisihan keluarga. Penemuan Kolam Air Panas Sungai Gerisik ini merupakan satu-satunya kolam yang airnya sentiasa panas secara semulajadi yang terdapat di Daerah Muar khasnya dan Negeri Johor.


Khamis, 10 November 2011

Korban Rambut Adam



salam semua......semoga hari ini hari yang ceria buat anda sekelian.....
Harini nai cerita pasal Adam.... Sempena Raya Haji. Orang lain pi haji. Adam pun korban kan rambutnya juga..... Pertama kali dalam sejarah hidupnya dia potong rambut kat kedai... selalunya mama yang trim rambutnya..... jumaat lepaslah rambutnya dipotong... mula2 cam cuak juga sebab takut dianya x mahu... sebab pernah dulu pi kat barber dia melompat takut. Tapi kalini ok pulak bila digunting dengan Ah so. Jum kita tengok gelagat budak kecik tu....


Rabu, 9 November 2011

Sibuk dengan Audit EAC

Sibuk sangat minggu ni dengan audit... malam tadi pun balik kerja jam pukul 1 pagi... pepagi dah bangun nak hantar anak ke sekolah... gitulah kehidupan kami untuk minggu ni... nak diringkaskan cerita .... inilah je cerita yang kami boleh catatkan buat sementara waktu...

Apa yang disibuk-sibukkan dengan EAC Audit ni???...mari kita kongsi apa itu EAC ( kalau nak tahu laa )...

EAC bermaksud ENGINEERING ACCREDITATION COUNCIL MALAYSIA

Selasa, 8 November 2011

Berangan yang membawa kebaikan

Tetiba mata aku tertarik pulak tengok gambar ni.... kreativiti mamat ni tak kurang hebatnya.... nasib baik la kat skrin TV tu tak kuaar muka doremon kerr..naruto ker... upin dan ipin atau juga boboboi... Kekadang tu terfikir juga dengan gelagat manusia untuk mencipta sesuatu...


Isnin, 7 November 2011

Ngauman Sang Lembu di Pagi Aidil Adha

Setiap tahun pada 10 Zulhijjah pasti semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban...Pada tahun ini abng kami yang berada di Batu Pahat ada membuat korban...Kemeriahan Aidil Adha jua yang kami nantikan sekeluarga... Lepas sembahyang Sunat Aidil Adha di Masjid Simpang Lima, kami bergegas ke tempat penyembelihan lembu di Parit Warijo, Sri Medan yang akan dijadikan korban..... Semoga korban daripada abang dan keluarga mereka di terima oleh Allah S.W.T....




Sabtu, 5 November 2011

Lampu raya version baru....

Assalammualaikum....
Syukur alhamdulillah sampai juga di bumi Batu Pahat , sebab turn kali ni di sini.... Sepanjang 10 tahun kami tidak pernah mengingkari giliran jadual balik kampung..... sebab kalau I langgar perjanjian nanti U pulak nak langgar perjanjian tersebut...so kami sama2 akur dengan giliran yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Jangan makan daging banyak sangat, jaga kesihatan. Berhati2 di Hari Raya  di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.....Kami nak berkongsi pengalaman Raya kami ketika ini di waktu senja di rumah bonda kami di Batu Pahat... Panorama senja kami rakamkan sebagai tatapan kenangan sambutan menjelang malam raya....

Lampu raya yang menyinari rumah bonda kami....

Jumaat, 4 November 2011

Pam Minyak Waja

Selamat pulang ke kampung semua..........Kali ini aku nak berkongsi pengalaman mengenai ragam kerosakan pam minyak waja. Jika alat ini rosak...alamatnya berkemah di tepi jalan la jadinya... Maka aku ingin berkongsi pengalaman untuk mereka yang memerlukan sedikit ilmu ketika menghadapi kecemasan ini. gambar di bawah ini merupakan pum minyak waja yang selalu dikatakan rosak oleh sesetengah pihak. Sebenarnya tidak semua perkara jika enjin tidak boleh start disebabkan oleh kerosakan pam minyak ini. Memang benar pam minyak ini mudah rosak jika penjagaannya kurang memuaskan.


Khamis, 3 November 2011

Ragam Proton Waja

Menjelang Raya korban yang hampir tiba ni maka eloklah kita memeriksa keadaan kenderaan kita sebelum memulakan perjalanan yang jauh... Paling wajib servis enjin.....Jadi aku sekadar nak berkongsi dengan pembaca mengenai masalah-masalah kereta proton waja aku ni.....Waja aku ni waja tahun 2002, so boleh boleh kira dah 9 tahun dah usia kereta ni. Aku beli waja ni secondhand pada tahun 2008, sejak dari beli (mileage 80k++) hingga sekarang ( mileage 235242Km ) kereta waja aku ni selalu juga gagal nak hidupkan enjin disebabkan  bateri, altunator, camshaft sensor dan wiring soket yang semakin reput....namun enjin rosak kat tengah jalan pernah sekali juga disebabkan camshaft sensor rosak... pun aku tukar sendiri tepi jalan.... minyak habis tepi jalan pun pernah....Boleh kira enjin dia memang tiptop lah jugak. Cuma alatan sokongan enjin yang sudah sampai masa untuk diganti satu persatu.....



Rabu, 2 November 2011

Fitness First di IOI Puchong

Inilah ceritanya bila isteri dah bersemangat nak kuruskan badan... heeee3x... tak pee..sebagai suami mestilah kena beri semangat.... Nak dijadikan cerita maka kami pun pergi lah ke Fitness First di IOI Puchong.... Ok gak tempat ni.... Banyak kemudahan yang disediakan samada untuk mereka yang inginkan bersenam atau mereka yang menunggu seperti aku ni....

 Kaunter Pendaftaran di Fitness IOI Puchong.

Selasa, 1 November 2011

Taman Desa Sri Qaseh 30/10/2011 Plaster Dinding Rumah

Pada Ahad lepas kami pun seperti biasa meninjau perkembangan perumahan kami ini. Nampaknya hari minggu pun mereka bekerja seperti biasa untuk menyiapkan taman perumahan ini dan terfikir... agaknya waktu malam je mereka ni berehat setiap hari kerana pada kunjungan yang lepas pun mereka bekerja di hujung minggu. Jadi pada kali ini kami ingin berkongsi mengenai plaster dinding rumah. Rumah kami yang telah siap di plaster di sebelah dalam menambahkan lagi rupabentuk kediaman kami ini.

Inilah lot rumah yang telah di plaster dinding dan tiang di bahagian luar ...
Terdapat ralat dalam alat ini