Isnin, 9 Januari 2012

Masalah Cabel Plug pada Waja

Bila Kita nak jual kereta ni mula la dia nak "merajuk" . Ada orang kata begitu..... Tapi yang pasti tetiba kereta kami ni jalan tersenggut-senggut macam orang semput.... Bila ketika berhenti biasa je enjin ni hidup.... tapi bila masuk gear untuk berjalan dia mula terbatuk-batuk.... lepas tu siap meletop-letop pulak tu kat ekzos keter... peerghh.... jalan waktu malam pulak tu... punya la cantik api kuar kat ekzos.... macam keter autoshow main kuar api kat ekzos la pulak.... adehhhh...



Sebenarnya, pilihan wayar palam pencucuh adalah satu pertimbangan yang penting apabila kenderaan menggunakan sistem penyalaan elektronik.Pencucuhan elektronik menggunakan IC (litar bersepadu) atau ECU dalam reka bentuk untuk tujuan pengiraan & masa. Cabel plug atau plug yang tidak bersesuaian boleh menghasilkan bunyi RFI (Gangguan Frekuensi Radio) yang dijana oleh voltan tinggi gegelung untuk menghasilkan percikan pencucuhan. Itu yang kadang2x kita dengan bunyi nyaring pada speaker radio bila kita  menekan minyak yang selaras dengan kenaikan RPM meter.

 Insyarat yang terhasil dari voltan tinggi ini akan menghasilkan Gangguan Magnetic Electro yang menganggu siaran radio atau peranti elektrik yang lain. Cara yang paling berkesan untuk menghadkannya semasa yang dihasilkan dalam pengubah voltan gegelung adalah dengan menggunakan wayar teras karbon palam perintang. Ini akan mengurangkan gangguan pada peranti elektronik kenderaan. itulah sedikit sebanyak yang perlu diambil berat oleh pemilik kenderaan apabila ingin menukar cabel plug dan plug dengan membeli alat ganti yang bersesuaian.

Sekali pada kesokkan harinya aku pun periksa la kerosakan yang terdapat pada sistem enjin.... rupa-rupanya cabel plug dah putusss..... punya la haru...... terus pergi cari kedai spare part beli cabel baru.... terbang Rm35 hinggit pagi tu....


Cabel ni bahagian dalamnya halus tapi boleh mengalirkan kuasa elektrik yang tinggi untuk menghasilkan percikan api pada plug ni....



 Kerosakan ni memang tak nampak jika kita tidak buka cover enjin dan cabel plug. Masa periksa tu kena la cabut satu persatu cabel ni. Bila cabel putus maka enjin kereta seumpama jalan dengan hanya 3 silinder... itu sebab bila kereta tu nak jalan je dia semput tak kuat jalan.




Maka eloklah sudah kereta ku yang "merajuk" ni.... haaiiii.... saat-saat terakhir ni memang dia nak bermanja lebih dengan tuannya.... heeee3x....




17 ulasan:

  1. betol apa hg ckp kazman...keta klu kita nk juai..mmg dia buat perangaii mcm nk merajuk...sakit sana sini...

    BalasPadam
  2. Waaa bang kazman .. abang ke yang bukak semua barang kereta tu? wahhhh terer nya!! leh jadi makenik ni ..abang ni dasyat laaa ..tau selok belok kereta ..waaaa

    BalasPadam
  3. mmg pon, kete ni suka merajuk kalau kita nak buat dia mcm tu..huhu, untungla owner baru nanti, benda dah da tukar..hehehe

    BalasPadam
  4. khairul & Umi & ikatankasihku - gitula yang dikatakan istilah "kereta merajuk" agaknyaaa...

    BalasPadam
  5. Biasa la keter nak kena jual merajuk. Nak manja manja tu. Agak agak kena belanja berapa la tu nak memujuk. Hehehhe

    BalasPadam
  6. hehe manja2 terakhir sebelum berpisah....

    BalasPadam
  7. Salam Kazman,

    Macam makenik pulak Kak Ros tengok....bagus la boleh pomen kereta sendiri ni kan.......

    BalasPadam
  8. lu la jadinya kalau nak jual... tapi dia merajuk sikit2x tu kira adatla... aduh... lama betul tunggu call dari bank ni lulus ke tidak loan yg kami ambil... kalau tak lulus maka panjang la jodoh kami dengan keter ni.... haaa3x...

    BalasPadam
  9. salam bro .. blog bro nie banyak maklumat yang berguna. Nice info bro ..

    BalasPadam
  10. wah...baru taw...kena check nie

    BalasPadam
  11. cabel plug ni jarang rosak.... keter dah 10 tahun baru nak rosak.... tapi kalau plug yg selalu kena check... heeee3x

    BalasPadam
  12. heee..xtau psl kereta..ahha;p

    bagusla la abg kazman ni..susah nak kena tipu sbb tau semua..heeee

    BalasPadam
  13. salam abang kazman,tumpang tanya.yg abang cakap :Cabel plug atau plug yang tidak bersesuaian boleh menghasilkan bunyi RFI (Gangguan Frekuensi Radio) yang dijana oleh voltan tinggi gegelung untuk menghasilkan percikan pencucuhan. Itu yang kadang2x kita dengan bunyi nyaring pada speaker radio bila kita menekan minyak yang selaras dengan kenaikan RPM meter." kalau kereta saya saya matikan radionya adakah bunyi ini tetap terhasil?

    BalasPadam
  14. Waja 2005 semput..apa punca dan mengapa terjadi sebegitu rupa..adakah saya perlu tukar ke kereta yg baru..

    BalasPadam
  15. Waja 2005 semput..apa punca dan mengapa terjadi sebegitu rupa..adakah saya perlu tukar ke kereta yg baru..

    BalasPadam
  16. Salam sy ingin btnye kenapa kereta sy jadi 3silinder dan keluar lmpu check engine sy sdah scan ecu pomen ckp coil plug rosak sbelah sy sdah tuka coil plug 3kali..tapi sy perasan bila sy sentuh wayar soket coil plug enjin akan jerking wayar mcm kne xkne..adkah msalah wayar or socket coil plug???mnte bntuan..

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini