Rabu, 18 Januari 2012

Menteri Pendidikan mengalah dengan selera makan anak anak di sekolah !!!

Hari ni kami nak bercerita mengenai anak-anak kami yang liat hendak berserapan di rumah. Sebenarnya kami cuba untuk memahami tingkah laku anak-anak apabila hendak pergi ke sekolah. Biasa la kan... mood belum betul lagi agaknya bila bangun tido... so anak2x pun mood nak serapan pun susah..... tapi sebagai ibubapa pastilah hendak beri yang terbaik untuk anak2x mereka.... Tak mahu anak2 lapar di sekolah....


Walaupun duit poket untuk waktu rehat dan serapan pagi telah dibekalkan namun menu yang kat kantin juga jadi pilihan mereka daripada menu di rumah... Sian mak dia bangun pagi2x siapkan pakaian sekolah dan serapan tapi anak2 suka juga nak makan di kantin.... begitulah selere anak2x yang sedang nak membesar...


Tapi bila balik sekolah.... selera mengalahkan selera gajahh..... bila dah order makanan.... macam tak makan sehari punya orang... Mungkin bila diorang penat belajar mereka jadi bertambah selera makan.... Kalau makan tengahari pun sama punya banyak macam makan di waktu malam....  Tapi bila kita tengok anak2 selera makan kita pun jadi selera sama....

Itulah agaknya sebab timbul isu  waktu rehat yang fleksibel untuk anak2x murid di sekolah... seperti yang terpapar di dada akhbar pada awal sessi kemasukkan pelajar ke sekolah tempoh hari....


KUALA LUMPUR 4 Jan. – Semua sekolah rendah disaran menyediakan waktu rehat khas yang fleksibel untuk murid tahun satu pada minggu pertama sesi persekolahan ini bagi memastikan mereka mempunyai tenaga mencukupi untuk belajar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, waktu rehat khas tersebut boleh diadakan pada pukul 8.30 atau 9 pagi berbanding 9.45 pagi seperti yang diamalkan.

Katanya, tinjauan beliau mendapati ramai di kalangan murid tahun satu yang memulakan persekolahan hari ini tidak mengambil sarapan sebelum meninggalkan rumah masing-masing.

Menurut beliau, keadaan itu mungkin disebabkan ibu bapa serta penjaga sibuk bersiap untuk pergi bekerja sebelum menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

“Keadaan ini tidak boleh kita pandang ringan kerana boleh menjejaskan proses pembelajaran. Saya sendiri pun kalau ke pejabat tanpa sarapan pagi akan lesu, kita semua pun begitu, apatah lagi anak-anak kecil.

“Namun, penyediaan waktu rehat fleksibel ini saya serahkan kepada kebijaksanaan pengurusan sekolah,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian selepas melawat murid-murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai di sini hari ini sempena permulaan sesi persekolahan tahun ini.

Beliau meluangkan masa selama kira-kira 45 minit untuk bertanya khabar murid-murid serta ibu bapa mereka dengan diiringi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta Guru Besar, Sopian Mokhtar.

Seramai 145 murid tahun satu mendaftar di sekolah itu pada sesi kali ini. Sumber - Utusan Malaysia



23 ulasan:

  1. anak2 yang sedang membesar & aktif ni memang suka & kuat makan...

    BalasPadam
  2. anak sy yg no 2..badan jer kecik..makan mengalahkan saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaaa3x... kami anak no 1 yg kuat makan...

      Padam
  3. huhu..anak sy sumenye kuat mkn!!!hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak2x yg sedang membesar... selera pun besar... heee3x

      Padam
  4. Anak2 saya pun suka makan..penat agaknya..cuma kantin anak saya ni pekerjanya suka baling2 duit dan agak kurang mesra..so anak2 lebih suka bawa bekal tapi duit belanja nak gak sb nak shopping kt book shop plak..
    anak2 kan..macam2 ragam..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah... betul tu ... layan ragam dia pun boleh jadi pening kepala... heee3x

      Padam
  5. diorg ni aktif.. sebab tu memerlukan makanan dan tenaga yg lebih

    BalasPadam
    Balasan
    1. yee betul... tadi baru balik sekolah terus dia cakap dia menang dalam pertandingan walk-run anjuran sekolah... suka dia... pas tu makan satu pinggan tahap tak ingat... haa3x

      Padam
  6. betul2,adik-adik saya balik dari sekolah bersemangat makan nasi,tak cukup sepinggan tambah lagi,padahal kecik je badan.:)

    BalasPadam
  7. Bebudak tak suka makan pagi takut sakit perut kat sekolah. Tapi kena bagi gak supaya tak lapar.. heheheh (pengalaman masa sekolah dulu)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang wajib serapan..... kena paksa... haaa3x

      Padam
  8. betul tuh.mmg kena bagi masa makan sarapan..kesianlah dorg tak makan..nnt nak belajar perut lapar kan kesian??

    BalasPadam
  9. bagus jugak waktu rehat awal.. sian anak2 yg x amik sarapan.. anak sy pun susah nk mkn pagi2.. tp selalunya sy bg dia susu utk tenaga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yee... susu memang baik untuk tenaga...

      Padam
  10. zaman ceq mudamuda dulu pon jarang makan pagi, dah tua la ni, makan pagi petang siang malam.haha

    BalasPadam
  11. Salam Kazman & Sue,

    Selalunya anak2 ni,memang depa suka makan makanan yang kena beli dari makanan yang ada kat rumah...mungkin pasai banyak pilihan kot...

    BalasPadam
  12. Bagus jugak saranan TPM tu. Kalo pagi-pagi masa bersiap nak pergi skolah, jgn kata anak2, orang dewasa pun mcm feel nak makan tu kurang. Kena makan laju-laju lagi la takde feel.

    Makanan kat kantin skolah anak2 suka sebab suka makan ramai-ramai dan beratur beli makanan.

    BalasPadam
  13. Kancil no komen mengenai perkara nie...sebab yang pening kepala adalah pendidik tu sendiri

    BalasPadam
  14. Hahaha ..bahgia tengok keluarga bang kaz and sis ni .... suke la tengok diorang makan tengahari tu ..sungguh berselera :)

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini