Khamis, 12 Januari 2012

Myvi Terbang


Giler dahsyat driver ni terbang.... memang sesuai dengan cogankata Air Asia " Now Everyone Can Fly"...
Tergelak je pun ada... kesian pun ada.... hairan bin ajaib...... Hari ni tak larat nak taip bebanyak cuma nak pi merayau-rayau melihat blog rakan-rakan yang baru dan lama....  bukan lah sebelum ni tak merayau tapi hari ni segala pintu... tingkap... lubang angin aku nak terjah dalam blog ngkorang semua... Hari ni MOOD nak berjalan - jalan sambil membaca dan klik iklan nuffnug ngkorang untuk isi tabung.... haaa...3x 


Jom baca cerita gambar di atas ni....



KOTA BHARU 11 Jan. - Seorang jurujual lelaki melalui detik-detik cemas apabila kereta Perodua MyVi yang dipandunya terbabas akibat tayar pancit sebelum 'terbang' dan mendarat di atas sebuah van yang sedang berhenti di Jalan Long Yunus dekat sini, hari ini.

Berdasarkan keadaan MyVi itu yang 'melekat' betul-betul di atas van, pasti ramai yang menyangka berlaku kecederaan atau kematian, namun pemandu kereta itu yang berusia lingkungan 30-an tidak mengalami kecederaan serius.

Lebih melegakan, ketika kejadian, tiada sesiapa berada di dalam van itu yang diletakkan berhampiran deretan kedai di jalan itu.

Mangsa sebelum itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan difahamkan, kenderaannya hilang kawalan apabila tayar kiri depan tiba-tiba pancit.

Ketika cuba memberhentikan kereta itu, pemandu MyVi terbabit terlanggar longgokan batu dan pasir menyebabkan kereta itu terbang dan mendarat di atas van.

Seorang saksi, Su Fatimah Ismail, 26, berkata, dia berada di pejabat yang terletak kira-kira 30 meter dari tempat kejadian apabila terdengar bunyi hon sangat kuat.

"Saya segera turun dan tiba-tiba ternampak sebuah kereta berada di atas bumbung sebuah van. Pemandunya tidak mengalami kecederaan serius dan dibantu orang ramai untuk keluar dari kereta," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

"Polis mendapati, kereta itu merempuh longgokan batu dan pasir menyebabkan ia melompat dan terbabas di atas sebuah van. Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan dibantu orang ramai untuk keluar dari kenderaannya," katanya. Sumber Bahan Utusan Malaysia

28 ulasan:

  1. ooooooooooooo kecian die bang ...tak sengaja die langar longgokan batu dan pasir kot ..hilang kawalan kali ..cian die

    cian jugak kat owner van tu ..tak pasal2 kemek bumbong van huhu :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan kawalan hilang tapi kawalan melayang... heee3x... tak pe insurans kan ada...

      Padam
  2. mak aiii..kat mana jadi tuh??dasyatlah bleh naek ataih van plak

    BalasPadam
  3. dia pki lesen terbang kot bro hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa3x... betul2x lesen terbang ni...

      Padam
  4. Myvi superman...
    Kesian van tu tak pasal2 remuk...huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sayat atas bumbung myvi tu yang power sampai boleh terbang... heee3x

      Padam
  5. uishhhh, tu bawa kereta, mata tgk mana jer lah tuh kan...hope pemandunya selamat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pemandu selamat dan terkejut berok jee...

      Padam
  6. kejadian yg tak disangka.. bkn salah pemandu juga sbb kereta tu terbangkan.. kebetulan je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang tak sangka sangat.... kadang-kadanggg...

      Padam
  7. lucu pun ada, terkejut pun ada..
    hihi betul2, blogwalking ni nak kena ada mood jugak kan, time rajin semua blog kita rasa nak terjah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya.. betul tu... tapi memang suka juga terjah blog orang ni... heee3x

      Padam
  8. ya ampun mcm mana boleh terbabas, dah tu siap terbang lagi.. nasib baik cedera ringan je. teruk jugak van tu cermin pecah dan kemek...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekali terbang macam citer p ramli seniman bujang lapok daa... yg motor atas bumbung... haaa3x

      Padam
  9. wahh..banyakla myvi tu kene kuar bajet pasne..(^_^)

    BalasPadam
  10. isyh... ginipun terjadi yerk.. nasib takder yang meninggal dilanggar myvi terbang kot idak menyusahkan nak masuk court bagai....

    BalasPadam
  11. bahaya..nasib nyawa ndak melayang


    jomlah singgah ke blog Kancil...nak taw jawapan WW 22 Kancil...

    http://kancil8349.blogspot.com/2012/01/jawapan-daripada-wordless-wednesday-22.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami memang selalu singgah blog di sana...

      Padam
  12. Salam Kazman & Sue,

    Wah myvi boleh terbang ye...dasyhat tu lepas ni kena buat landasan terbang untuk myvi je...anyway nice info & blog Kazman & Sue..

    BTW kami dah follow blog Kazman & Sue, jangan lupa singgah & follow blog kami lepas ni ye.. :-) TQ

    www.mylovely-cats.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih... kami dah follow juga...

      Padam
  13. adeh la macam2 kan.. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa..

    BalasPadam
  14. Salam kazman,

    Hebat betoi la....boleh ambik jadi starman nih....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni aksi terbang mahal ni kak ros kalau nak kena bayar... haaa3x

      Padam
  15. Dasyat giler la kereta malaysia bleh terbang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu nasib baik sayap atas bumbung kecik... kalau lebar lagi jauh tu dia terbang... haaa3x

      Padam

Terdapat ralat dalam alat ini