Rabu, 11 Januari 2012

Wang Kutu Adalah Dibenarkan

Aktiviti ni memang popular di kampung mahu pun di bandar- bandar. Kami juga pernah main kutu ni... Yang bestnya kalau dapat mula - mula... heee3x.... Tapi yang sebetulnya kena ada niat untuk tolong menolong... pinjam bank kena interest ( bunga )... dah jadi riba.... ni pun salah satu cara untuk menjauhi riba.... kalau nak main kutu siap kena tahu latar belakang ahli tu.... kalau musim sebelumnya dia selalu bayar lambat bulanannya terus kena blacklist dari menyertai skim kutu untuk yang seterusnya... Macam-macam hal pun ada....

Seterusnya mari kita baca petikan di bawah yang mengatakan permainan kutu ni sah di sisi undang-undang Bank Negara.... cuma yang jadi salahnya jika kita mengambil komisen ( wang pengurusan ) dari permainan tersebut..... heeee3x

Aktiviti Wang Kutu yang Tidak Bermotif Keuntungan Adalah Dibenarkan.

Aktiviti kutu yang dijalankan secara tradisi dan berkonsep tabungan serta tidak bermotif keuntungan di kalangan anggota masyarakat di kampung atau bandar dibenarkan atas dasar tolong-menolong di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, (SSM) Datuk Muhammad Redzuan Abdullah berkata, pindaan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 yang diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat Julai lepas hanya berkuatkuasa ke atas orang perseorangan atau syarikat yang mengambil komisen ke atas perniagaan skim kutu.

“Akta itu akan berkuatkuasa dalam masa terdekat bagi mengenakan tindakan lebih tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat penganjur perniagaan skim kutu. - Sumber Bernama

20 ulasan:

  1. ye, boleh main kutu..best kan main kutu ni..tetiba je dpt duit bnyk..hehe

    BalasPadam
  2. aku dh lama x main kutu ni bro

    BalasPadam
  3. Salam Kazman,

    Kat tempat Kak Ros ni ada jugak yang main kutu ni,tapi Kak Ros tak join pun...entah lah..rasa was2 ja...kat sini depa panggil main kut.

    BalasPadam
  4. Oooo umi tak pernah main kutu ..baru umi tau die sah di sisi undang2 bang ..hihi :).

    BalasPadam
  5. kehkehkeh, tu yg best bila main kutu tuh..katanya nak membantu sesama kita..

    BalasPadam
  6. main kutu untuk saling membantu....

    BalasPadam
  7. rupa2nya main kutu pun ada akta jugak..:)

    BalasPadam
  8. ummi pernah main kutu sama rakan2 guru, kalau boleh nak last sekali baru best.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum.

    Untuk permulaan menabung, melalui ini boleh juga menjadi salah satu cara.

    Salam ukhuwwah.

    BalasPadam
  10. salam kunjungan en. kazman...terima kasih kerna sudi mendoakan untuk ibu saya....

    BalasPadam
  11. lain main kutu dalam 2300 heheh sukaaa sukaaa sgt :D mcm menyimpan gak lah kann :)

    http://ch000tz.blogspot.com/2012/01/www-14-wednesday-wild-cute-guest.html

    BalasPadam
  12. saya pun main kutu... tanpa ambil keuntungan.. just menabung sahaja... kalo nak harap simpan sendiri alamatnya makin lama makin berkurg.. smp masa nk guna duit.. semuanya habis.. so kalo main kutu ni boleh tetapkan bila kita nak.. selalunya saya gunakan duit kutu ni utk renew roadtax kereta atau pada musim perayaan atau musim cuti nk g bercuti... hehehe

    BalasPadam
  13. baru la aku tau rpa2nya ada akta gak psal main kutu nie..

    BalasPadam
  14. wah..saya tak penah main kutu ni.....

    BalasPadam
  15. tak pernah main kutu tapi seronok tgk kawan main...

    BalasPadam
  16. best time dapat duit kutu ni...
    kat opis ni pun byk cawangan... tahun lepas main.. tahun ni belum...

    BalasPadam
  17. kalau tak ber kutu kutu bagai mmg payah nak simpan duit taw..ada jer nak belanjer..bila main jutu at les=ast ada gak tabungan..bila time kita besh ooo dapat=)

    BalasPadam
  18. sy selalu gak main kutu nih.. salah satu cara savingkan..

    BalasPadam
  19. Main kutu bagi aku xdelah istimewa sangat, mungkin sbb dalam penyimpanan wang saya amat berdisiplin tp saya join juga main kutu bukan sbb nak duit tp sbb nk bagi group kutu ramai skit org join.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini