Khamis, 23 Februari 2012

Taman Desa Sri Qaseh 22/02/2012 Gambaran Keseluruhan Projek Rumah Yang Hampir Siap ....Part 1

Semalam kami berkunjung ke Taman Desa Sri Qaseh dan meninjau keadaan dan perkembangan projek perumahan tersebut. Ketibaan kami sekeluarga di sambut dengan pelangi yang menghiasi kaki langit.... Semoga menjadi petanda kebaikan kepada pembeli-pembeli rumah di sini.....

Pelangi menghiasi petang

Rumah contoh pula sudah semakin siap untuk dikunjungi dan yang pasti rumah contoh ini juga merupakan bakal jiran kita juga sebab rumah ni ada pembelinya cuma pihak pemaju hendak siapkan di baris hadapan ni cepat sikit supaya kita mudah untuk melihat contoh rumah yang bakal kita mendiami nanti... Jadi kami paparkan juga gambar2x rumah contoh seperti di bawah ini....

Gambar dari sudut Luaran.............
Rumah yang telah di cat luaranya

Pandangan hadapan masuk untuk unit tengah

Pandangan hadapan masuk untuk unit tepi

Pandangan belakang 

Landskap taman yang akan di bina. Kata Encik Jef
di sini akan di tanam rumput 

Tembok pintu merangkap peti surat

Pintu utama tapi belum cat lagi.

Gambar dari sudut Dalaman................

Pintu dapur belakang

Tingkap dan pintu bumbung di atas bilik nombor 2.

Pintu bilik air

Ruangan dapur dan soket plug dan
 suis lampu telah terpasang.

Dinding dapur yang bersebelahan dengan tandas

Siling atas dapur yang dibina ruang untuk
masuk ke dalam bumbung

Pintu bilik 

Siling atas yang di cat putih

 Plan taman rumah Desa Sri Qaseh yang telah hampir siap........


Lepas meninjau tetiba anak kami yang kecil si Adam pulak tetiba melabor lah pulak.... adehhhh ..... nak tak nak kena la cuci dulu.... kira adam la yang pertama dalam keluarga kami yang melepaskan hajat besar dan mandi si taman ini.... Agaknya dia serasi betul dengan rumah ni......heee3x



Begitulah serba sedikit Perkembangan perumahan Taman desa Sri Qaseh ini yang bermula pada bulan mei 2011 dan di jangka siap pada September 2012.... Bersambung lagi esok untuk Perkembangan rumah kami dan jiran kami esok... nak letak gambar macam dah banyak sangat la pulak... heee3x



18 ulasan:

  1. semoga rumah tu siap dengan cepat dan selamat untuk diduduki...

    boleh lah adam buat iklan dengan berak.. apa pun adam tu cuhmey..hehehe..mungkin dia tak sbr duk rumah baru tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la rasanya..... dari aktif main sekeliling rumah contoh tu tetiba dia diam berdiri tegak.... ahhh... sudah... dia melepas dahhh...

      Padam
  2. Salam Kazman,

    Cantik reka bentuk rumah ni...Tak lama lagi dah kan Kazman....boleh masuk rumah baru....

    Gambar yang last tu mandi seksi sangat la he.he.he.....

    BalasPadam
  3. salam perkenalan... terima kasih kerana sudi menjengah pondok saya yg x seberapa....
    semoga rumah baru cepat siap & selamat berpindah in advance... :)

    BalasPadam
  4. bestnya duduk rumah baru..

    ceria mcm pelangi..

    BalasPadam
  5. wah dah makin terserlah kecantikannya gmbr first tu terbaik siap ada pelangi lg…

    BalasPadam
    Balasan
    1. moga masa cepat berlalu, tak sabar nk tgk cerita selanjutnya...

      Padam
    2. terima kasih sahabat blog kami....

      Padam
  6. best dapat duduk rumah sendiri... macam2 nak dibuat rasanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang pun .... nak2x si isteri punya idea nak decorate rumah tu.... layannnn......

      Padam
  7. cantiknya pelangi.. :)
    besh la kt halaman dh siap pasang mozek.. dh x payah nk renovate.. rumah sy simen je kt depan tu...

    BalasPadam
  8. wahh..tak sabo nak bepindah rmh baru ekk..pelangi tu cantik la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pelangi tu yg susah mahu snap gambar tu... kena tunggu hujan baru ada... heee3x

      Padam
  9. heee...mmg serasi dah adam tu..:)..siap mandi lagi..heee

    BalasPadam
  10. kawasan landskap tu. semua rumah ker akan ditanam rumput.

    BalasPadam