Selasa, 6 Mac 2012

Berbasikal Di Paya Indah Wetlands

Semalam... Hari Ini dalam sejarah dimana hampir 10 tahun kami tinggal di Puchong, kami sekeluarga pergi  ke Taman Rekriasi Paya Indah Wetlands yang mana penghujung daerah sepang ni . So pada petang minggu kami pun sesajer bawak keluarga beriadah di sini sambil berbasikal.... sewa basikal kat sini RM5 hinggit selama 2 jam... ok la jugak untuk mengeluarkan peluh bersama anak2x. Macam-macam kemudahan ada...

Burung merak yang menyambut kedatangan kami

Paya Indah Wetlands merupakan kawasan utama ekopelancongan di Malaysia meliputi kawasan seluas 3100 hektar yang terletak di Daerah Kuala Langat, Selangor berhampiran dengan Dengkil dan lebih kurang 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Paya Indah menawarkan pelbagai tarikan dengan aktiviti lasak untuk semua peringkat umur. Ia juga sesuai untuk dijadikan tapak perkhemahan bagi pelajar sekolah dan biasa digunakan ketika musim cuti sekolah. Di sini kita boleh melihat badak air berendam di dalam kolam berpaya, buaya terbesar dan juga pelbagai jenis burung air. Lebih kurang 213 spesis burung boleh didapati di Paya Indah Wetlands.
Bergambar di depan kaunter masuk ruang kaunter penerangan
Di sini anda boleh lihat buaya berenang renang bebas dan anda perlu berada 0.5 meter dari sepadan yang memisahkan dari paya ke arah anda....  Tapi kami nak tengok jugak dekat-dekat tu yang ambik gambar tu... best jugak laa... ada  badak... bangau... memang binatang kat sini dah macam dalam zoo safari la pulak rasanya....

Masuk kat tepi paya yang ada buaya...

Antara paya yang terdapat di Paya Indah

Lorong riadah yang terdapat di sekitar paya indah....
Lepas tu kami sekeluarga sambuh mengayuh basikal pusing2x dalam paya indah wetland ni.... pergi pun dah petang ni sedap berkayuh... rasa angin sejuk dan redup jeee....

Semua tengah bersemangat nak kayuh...

Adam duduk kat handle basikal je la.... 

Adam ni takut2x jugak kat handle basikal ni...

Dua beradik yang berbasikal sambil menikmati keindahan
paya indah  dan taman haiwan yang terdapat di sini...

Syafiqah yang baru terjatuh naik basikal...

Meneruskan perjalanan kembali

Muka control ayu selepas terjatuh... haaa3x

Tempat berkayak...

Papan tanda yang terdapat di sini...


Padang yang terdapat di sekitar perjalanan kami

Syafiqah bersungguh kayuh basikal tu...

Papan arah 

Tempat bersantai di tepi paya selepas penat berkayuh

Gambar sekeluarga...

Adam posing manja...

Bersantai menikmati udara petang yang dingin...

Jalan pulang dah nii...











17 ulasan:

  1. seronoklah berbasikal mengelilingi tasik...

    BalasPadam
  2. Nyaman sungguh kelihatannya. Adam duduk kat handle basikal hihi.... kakak pulak yg seronok tengok org naik basikal. Kakak tak pandai tau K&Z. Jeles tengok...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. naik basikal susah tu kalau si syafiqah anak pompuan kami baru nak belajar... tu yg tergolek2x je tu jatuh... heee3x

      Padam
  3. wow...bestnya berbasikal di tepi tasik...Tinggal kat Puchong? saya pernah duk kat Bandar Kinrara, Puchong..last 2006

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo... kami duduk kat Putra perdana... bandar kinrara tu tahu yg ada giant beso tu...

      Padam
  4. mesti bez kan pegi tempat2 yg mcm tu..aman damai je rasa..

    canteknyerr burung merak tuu..:)

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kazman...wah seronoknya berjimba bersama2 keluarga kan...:)

    BalasPadam
  6. haa Ada buaya? bestla tmpt santai tu

    BalasPadam
  7. Salam Kazman,

    Amboi bestnya Kazman.....Beriadah ngan keluarga....cantik sungguh permandangannya....

    Eh..eh...betoi ka kat dalam tasik tu ada buaya Kazman...?kak Ros nampak dok berenag renang ja tu....ish....seramnya....

    BalasPadam
  8. penah gak g situ...tapi malas nak kayuh basikal..jalan2 ngan kete je...hiihii..memang ok la tempat dia...

    BalasPadam
  9. waaaaaaaaaaaaaaaa seronok jugak bang jaaln2 kat cni ... sambil berbasikal ..seronok tu ..


    wahhhh betul ke bang ..kat tepi tu de buaya? uuu seramnyaaaaaaaa ..


    tapi jejalan dengan keluarga kat situ memang best kan?hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah, seronoknya beriadah ngn family...cantik merak tu pose mcm tu

      Padam
  10. buaya...kene hati2 gak la yer...

    BalasPadam
  11. aktiviti riadah yang menarik..nak bli basikal la nanti hihihi..

    BalasPadam
  12. merik gak aktiviti santai riadah bersama keluarga ni... tak pernah tahu kat mana wetland ni... yang selalu nampak signboard jer kt tepi jalan...

    BalasPadam