Sabtu, 10 Mac 2012

Kemalangan di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor

Kecuaian yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah.....

Disebabkan oleh sikap tidak perihatin dengan meninggalkan kereta yg rosak di tepi jalan utama Putra Perdana. Motosikal melanggar kereta tersebut dan jatuh dan dilanggar pula oleh kereta Myvi. Pelajar Tahun 5 iaitu Vilosini A/P Sivamurugan Sk Taman Putra Perdana telah meninggal di tempat kejadian manakala bapanya parah dan kakinya confirm patah. Sebelum tu dah ada kemalangan lain di situ dan budak tu patah kaki.

Inilah kasut yg telah ditinggalkan oleh tuannya buat selama2nya akibat kecuaian manusia. Kejadian yang berlaku pada hari jumaat, 09.03.2012 ini harap dapat diambil iktibar oleh kita semua.... Kemalangan tidak memilih agama... bangsa... dan pangkat....


Jadi walau apa jua situasi kita....apa jua keadaan kenderaan kita...... pastikan kita tidak membahayakan nyawa diri kita dan nyawa sekeliling kita.... hati-hati di jalanraya......


11 ulasan:

  1. Salam Kazman,

    Walau apa bangsa sekali pun...depa ni tetap manusia jugakkan kazman.....

    Kadang2...kita dah beringat,tapi orang lain pulak yang buat hal.....ni lah yang masaalahnya bila duduk kat atas jalan raya ni...kebanyakkannya hanya mementingkan diri sendiri......

    BalasPadam
  2. malang tidak berbau...

    tahniah, jawapan anda betul. Kepada yang berjaya menjawabnya, hadiahnya adalah Top Up Kredit untuk setiap seorang dan sila beritahu pada penulis apa operator yang dipakai sama ada Maxis, Celcom atau Digi dan emelkan pada penulis di : edifadli@gmail.com yer.

    BalasPadam
  3. takutnya..
    x pasal2 org lain pon jadi mangsa

    BalasPadam
  4. haaaaaaaaaaaaa kadang2 kita yang berhati2 ..ada orang lain tak berhati2 .. kecian dengan budak tu ... tapi hari tu mesti sudah ajaalnya .. i merupakan punca kematian ..

    tapi kita pun patut beringat kan bang? huuuuuuuuuuuuuu :(

    BalasPadam
  5. lain kali tinggalkan lah tanda kan?..esp kalau moto tu keluar awal2 pagi..mana lah nak nampak..sia2 je dgn sikap manusia tak perihatin macam ni..:(

    BalasPadam
  6. takut la bro.byk sungguh xciden la ni

    BalasPadam
  7. sedihnyaa...

    kecuaian org lain, org lain y jd mangsa..huu

    ira kena hati2 lebih pasni..

    BalasPadam
  8. kesiannya semua takdir tuhan.... itu kwn sy.... pendek umur dia

    BalasPadam
  9. tuan punya kereta n aku knl sangt2..india n pun teramtlh aku knl..toke besi buruk..abih smua brg kna kbas..jd besi buruk..tuan punya kereta n boleh jmpa kt kedai judi..ari2 pulak tu..nk tau keja ape die kt ctu..g tngoklh seniri..balasan tuhan tu kekadang cash...

    BalasPadam