Khamis, 1 Mac 2012

Piawaian Wang Kertas Yang boleh Diterima Pakai

Masa balik kampung minggu lepas kami melihat duit lama yang mak simpan sampai sekarang.... Tak tahu apa tujuannya tapi sekadar nak syer kepada rakan-rakan blogger mengenai duit lama ni... Pada tahap manakah duit-duit yang terdapat di Malaysia ini boleh di edar bertukar tangan atau sebaliknya.... Garis panduan ini telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia... Jadi sama-samalah kita berkongsi pengetahuan mengenai duit-duit ini......




Wang kertas Malaysia dianggap sesuai untuk edaran semula apabila memenuhi semua kriteria berikut:-

• Tulen dan bukan palsu
• Tidak berlubang, koyak, bertampal atau hilang beberapa bahagian daripadanya
• Bersih secara keseluruhannya dan tidak terlalu kotor
• Warna yang tidak luntur, terutamanya pada potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
• Tidak berconteng

 
Ciri-ciri yang menyebabkan wang tersebut tidak lagi sesuai untuk diedarkan atau bertukar tangan kepada yang lain :- 

1. Kotor / Lusuh Kekotoran yang menyeluruh atau tompokan yang terdapat dipermukaan wang kertas

2. Lembik Lipatan berlebihan yang menyebabkan kerosakan pada struktur atau tekstur wang kertas

3. Renyuk Lipatan secara rawak yang banyak meliputi keseluruhan wang kertas yang (Pengecutan menyebabkan keadaan visual wang kertas itu terjejas teruk (termasuk Wang Polimer) pengecutan wang polimer akibat terlalu terdedah kepada kepanasan)

4. Conteng Wang kertas yang mempunyai perkataan, tanda-tanda, simbol, lukisan yang dilakarkan di permukaan wang kertas dengan sengaja

5. Luntur Warna Luntur warna pada sebahagian atau keseluruhan wang kertas seperti telah dibasuh atau terkena bahan kimia

6. Koyak Wang kertas yang terkoyak sebarang saiz atau dari mana-mana hala yang melebihi saiz 5mm pada mana-mana bahagian wang kertas

7. Berlubang Wang kertas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu lubang yang saiznya melebihi 5mm (lubang dawai kokot dan lubang jarum boleh diterima)

8. Ubah suai Bahagian-bahagian wang kertas yang sama dicantum semula dengan menggunakan pita perekat atau glu

9. Lipatan bucu Lipatan bucu yang kekal dan tidak boleh dipulihkan, yang menyebabkan panjang atau lebar wang kertas tersebut berkurang melebihi 5mm

10. Terbakar / Kerosakan yang disebabkan terbakar atau dimakan anai-anai pada mana-mana bahagian yang melebihi saiz 5mm 

11. Cantuman Wang kertas sama yang terpisah kepada beberapa bahagian dan hanya wang kertas beberapa bahagian dicantumkan; atau beberapa bahagian daripada wang kertas yang berlainan yang dicantumkan

12. Hilang ciri-ciri Salah satu atau lebih ciri keselamatan didapati hilang atau rosak apabila keselamatan diperiksa secara manual (visual) 


Begitulah serba sedikit mengenai KEADAAN  wang yang boleh kita terima atau tidak ketika kita berurusan untuk berjual beli. Kita boleh menolak dan meminta penjual menukarkan duit tersebut jika kita dapati duit tersebut tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan.....  HAK PENGGUNA  harus dijaga supaya kita tidak menerima kesulitan di lain hari jika duit tersebut orang lain tidak mahu menerimanya.... Sekian dari kami untuk hari ini.... 



17 ulasan:

  1. kzue pernah tukar duit lama dan terkoyak di bank negara. kena isi borang...kena tunggu..baru dpt duit baru.

    setengah2 kedai x mahu duit yg brconteng dan trkoyak sikit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu laa... memang kena hati2x... kalau dapat duit koyak bank dgn kedai pun tak nak...

      Padam
  2. ada note 100 tu..skrng dh takde 100 lagi kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. duit rm100 tu ada lagi sampai sekarang.... yg tak de kalau tak silap duit RM500 dengan RM1000 yang di hapuskan...

      Padam
  3. duit 5 ringgit sekarang mudah terkoyak..kadang2 menyusahkan jerr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. heee3x... betul tu... kalau terbasuh kenkadang hilang warna dan tulisannya...

      Padam
  4. mak kazman punya hobi cam saya nmpknya..
    suka simpan duit lama...
    balik johor boleh jumpe..:D))

    BalasPadam
    Balasan
    1. lama dah tak tgk duit lama ..rindu nk pegang pulak...pinjam boleh..hihi

      Padam
  5. kalo duit syiling lama mcmna ekk?? arwah atok byk smpn duit syiling zmn dolu2..

    BalasPadam
  6. suka tengok duit lama. banyak makna . hehe..

    BalasPadam
  7. waaaaaaaaaaaaa lama tau tak tengok duit lama2 ni bang .. masih ada lagi family abang simpan yer ..cayalahhh!!

    dengar kata kalau tukar kat bank negara ..besar harganya kan bang?

    BalasPadam
  8. wahh klasik tu suka tengok koleksi lama mcm tu... tak suka bila kedai bg duit buruk huhu, taoi duit skrg ni mcm sensitif sket kan cepat betul koyak esp duit rm 5 tu...

    BalasPadam
  9. Salam Kazman,

    Info yang sangat baik nih...terima kasih Kazman...Kak Ros selalu termasuk duit dalam mesin basuh he.he.he....

    BalasPadam
  10. gud info.. semalam sy baru dpt duit rm2 yg lama tue.. lusuh & memang nampak dh buruk sgt.. tp sy tetap amik sbb nak jadikkan koleksi.. leh simpan wat kenangan.. hiks..

    BalasPadam
  11. bagus info ni...slalunye kalau naik bas bg diorg duit besar lepas tu dapat duit tukar selalunye mesti ada ciri2 yg dekat atas tue...lepas tu mntk tukar duit lain mcm2 bunyi nye..huhu..

    BalasPadam
  12. saya pun ade simpan duit kertas tu utk kenangan... kecuali duit 100 tu jer x simpan... hehe

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini