Ahad, 25 Mac 2012

Tapak Kaki Manusia Tertua Di Dunia...

Hari ini kami hendak berkongsi mengenai kesan tapak kaki yang terawal dijumpai... semakin lama dengan kemajuan sains dan teknologi dapat menrungkap sejarah peradapan manusia awal atau lebih di fahami kaum nabi Adam....

Kesan ditemui di utara Kenya dipercayai kedua
 tertua di dunia
 merupakan misteri  tapak kaki
1.5 juta tahun 
   
KAWASAN pesisiran Tasik Turkana, Ileret di utara Kenya menjadi tumpuan ramai baru-baru ini berikutan penemuan bersejarah tapak kaki manusia awal dipercayai berusia 1.5 juta tahun yang menyingkap misteri antara fasa terawal evolusi manusia. Penyelidik, Prof Mathew Bennet menunjukkan kesan tapak kaki di Ileret, Kenya.

Tapak kaki dipercayai milik seorang manusia yang mempunyai ketinggian kira-kira enam kaki itu adalah yang kedua tertua di dunia selepas penemuan sepasang tapak kaki di Tanzania tidak lama dulu yang dikatakan berusia jauh lebih lama iaitu 3.7 juta tahun yang ditemui pada 1978.

Namun demikian, penemuan tapak kaki di Kenya itu menjadi bukti tertua membuktikan manusia prasejarah sebenarnya berjalan menegak atau berdiri.

Biarpun penemuan dua tapak kaki berlainan era ini pada tempoh berbeza, ia mempunyai persamaan iaitu membabitkan kesan yang ditemui pada kedalaman lima meter dalam tanah.

Paling penting, ia menjadi bukti penting yang manusia pada ketika itu sememangnya berjalan menegak dan bukannya membongkok. Ini sekali gus dapat menyanggah Teori Evolusi Charles Darwin yang mendakwa manusia berasal daripada monyet - teori yang biarpun berusia lebih 100 tahun, tetapi masih hangat diperdebatkan kalangan saintis moden sehingga ke hari ini.

Penemuan bersejarah tapak kaki di utara Kenya itu adalah hasil gigih sekumpulan ahli arkeologi antarabangsa daripada Muzium Negara Kenya, Universiti Bournemouth (Britain), Universiti George Washington (Amerika Syarikat), Universiti Rutgers dan Universiti Cape Town di Afrika Selatan.

Kejayaan kumpulan arkeologi itu juga hanya menambahkan lagi bukti kewujudan era prasejarah di bumi Afrika.

Kalangan penyelidik itu menyifatkan penemuan tapak kaki itu membuktikan manusia zaman itu melalui proses evolusi dan menyamai fungsi seperti manusia hari ini.

“Bagi kami, penemuan seperti ini sememangnya amat jarang berlaku dan ia sememangnya amat bernilai bukan saja dari segi arkeologi tetapi juga mendedahkan peradaban awal manusia,” kata salah seorang penyelidik, Prof Brian Richmond, ketua saintis dari Universiti George Washington yang menyertai ekspedisi berkenaan.

Tapak kaki itu ditemui di kawasan lapisan mendapan tanah liat di Ileret. Malah tanah liat itu dikatakan menjadi antara sebab tapak kaki itu masih mampu terpelihara dengan elok biarpun sudah berusia lebih sejuta tahun lamanya.

Ia ditemui dan disahkan kumpulan penyelidik itu yang menggunakan kaedah tiga dimensi bagi menganalisis tapak kaki lama serta membandingkannya dengan tapak kaki manusia hari ini.

Permukaan tanah yang dipijak pemilik tapak kaki misteri itu disahkan berusia antara 1.51 hingga 1.53 juta tahun. Berpandukan data ini, kumpulan saintis itu membentuk model cetakan digital tiga dimensi (3D) yang menepati kiraan pecahan bagi setiap milimeter.

Kumpulan saintis itu akhirnya membuat rumusan yang tapak itu berkemungkinan besar milik Homo erectus - satu spesies manusia yang diketahui hidup di utara Kenya pada era prasejarah berkenaan.

Homo erectus atau Homo ergaster ini sememangnya dikenali sebagai manusia pertama yang mempunyai ciri berkaki panjang dan bertangan pendek, sama seperti Homo sapiens atau manusia moden.

Bukti paling ketara kaitan rapatnya tapak kaki milik manusia prasejarah itu dengan manusia moden adalah ibu jari kaki beserta jari kaki lainnya selain mempunyai buku lali serta tulang kaki.

Berikutan itu, mereka percaya tapak kaki awal yang ditemui di Tanzania itu dimiliki spesies manusia dikenali Australopithecus afarensis, spesies awal manusia yang diketuai mendiami kawasan timur Afrika kira-kira tiga hingga lima juta tahun dulu.

Hasil analisis saintifik saintis yang menggunakan teknologi imejan 3D dan butiran saintifik lain, membuktikan perbezaan tapak kaki di Kenya dengan yang ditemui di Tanzania.

Apa yang pasti, penemuan terbaru di Kenya itu membuktikan manusia awal sememangnya tidak jauh bezanya dengan manusia hari ini dan ia pasti menjadi antara bukti penting bagi menyanggah teori Darwin yang mengaitkan manusia dengan binatang.

Ia juga membuktikan, kemajuan teknologi hari ini bukan setakat mampu mengesan lokasi fosil penting manusia lama, tetapi dapat memberi butiran seperti usia serta peradaban ketika itu. Paling penting, ia mendedahkan satu lagi bukti bagi menyingkap satu demi satu misteri peradaban manusia terawal dunia.

INFO: Sejarah penemuan tapak kaki

2009 - Tapak kaki manusia 1.5 juta tahun di Kenya
2008 - Tapak kaki haiwan 570 juta tahun dipercayai tertua di dunia, di Nevada, Amerika Syarikat.
2007 - Tapak kaki manusia 2 juta tahun di gurun di barat Mesir
1978 - Tapak kaki 3.7 juta tahun ditemui di Tanzania

Sumber : Berita Harian



8 ulasan:

  1. kalau mereka mengkaji tentang sejarah nabi2, tentu mereka tahu peradaban manusia... kan en kazman?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... dalam islam... takrif peradaban manusia ditentukan dengan turunnya nabi2x yg wajib kita ketahui...

      Padam
  2. info menarik neh.. walaupun mereka tau kisah tentang Nabi pun, mereka tetap EGO untuk mengakuinya..

    BalasPadam
  3. huuu.. sejarah mmg besh.=)

    jom tambah ilmu.=)
    sambungan ...
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/babi-puncanya.html

    BalasPadam
  4. Kalau dilihat pada sejarah nabi adam pun berlaku lebih kurang pada 3500 sebelum masihi. Cemana bleh jadi juta2 tahun tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap cerita berdasarkan teknologi semasa pada ketika kenyataan itu dikeluarkan.. jadi saya rasa pun banyak lagi kajian yang kena buat untuk mencari jawapan yg sahih namun Allah maha mengetahui segalanya...

      Padam
  5. Wah...details nya info..;)

    menarik..

    BalasPadam
  6. info yg sgt menarik.. thanks 4 sharing.. :)

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini