Isnin, 19 Mac 2012

Tip Menghadapi Kekecewaan...

KECEWA........ Ramai antara kita mudah berputus asa apabila apa yang diusahakan atau diharapkan menemui jalan buntu. Lebih-lebih lagi setelah kita meletakkan usaha yang difikirkan sehabis-upaya atau meletakkan harapan setinggi-tingginya. Namun tatkala ditakdirkan kita tak perolehi, gagal atau impian hancur berkecai, semangat kita hilang begitu sahaja. 


Siapa yang tak pernah jatuh. Jatuh dalam kehidupan yakni diuji atas perkara-perkara yang sukar untuk kita hadapi. Soalnya bukan bagaimana kita jatuh, tetapi bagaimana kita bangun semula dari kejatuhan itu......

Andai kita kecewa dan terus berputus asa, maka kita terus dalam kedudukan jatuh. Walhal jika kita masih ada keyakinan yang kuat serta menidakkan sifat putus asa, maka kita sangat mampu untuk bangun semula. Bukan sekadar bangun malah turut mampu berdiri lebih tinggi dari sebelumnya. Maka kita hendaklah jangan berputus asa dengan ujian yang mendatang.....


Sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran, berputus asa bukan sifat seorang muslim.

‘Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.’ ~ Surah Yusuf.

Maka hadapilah kekecewaan itu dengan cara :-

1) Sentiasa ingat bahawa setiap ujian itu adalah untuk menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya....

2) Sentiasa meminta pertolongan dan bertawakal kepada Allah S.W.T kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya...

3) Bersabar dan sentiasa kita bersikap pro aktif serta tidak reaktif apabila kita menghadapi ujian yang sedang kita tanggung.

4) Dapat memuhasabah diri tentang kelemahan yang terdapat di dalam diri kita.

5)Dapat mematangkan lagi diri kita untuk membuat segala keputusan di dalam kehidupan.

Jadi buanglah jauh-jauh sikap mudah kecewa dan berputus asa. Bangunlah dari apa jua ‘kejatuhan’ yang kita alami. Kerana rahmat Allah maha luas. Jika dahulu kita pernah jatuh, ia bukanlah selama-lamanya. Dengan usaha dan keyakinan yang kuat kepada Allah, kita mahu menempah kejayaan yang mungkin tak terfikir oleh kita. Yakinlah hal itu.



Amat benar. "Putus asa bukanlah sifat orang muslim."




8 ulasan:

  1. berputus asa bermakna, kita tidak redha dengan apa yang telah Allah tentukan..kerna, Allah itu sangat teliti dengan apa yang dirancang-Nya..

    BalasPadam
  2. betul2...kita kene sentiasa berdoa & berusaha...

    BalasPadam
  3. Umi baca entri ni rasa nak nangis je sebab kan umi kalau kecewa turus lemah semangat ..


    baca entri ni macam menaikkan semangat yang hilang je la .. terima kasih bang n sis :)

    BalasPadam
  4. betullll.....

    hihi....mcm2 gaya posing kucing tu..Hope kita tak sampai begitu kecewanya kan...

    Syaitan lagi suka kalo kita lemah!

    BalasPadam
  5. Haa... kalau tak berjaya pun janganlah sedih semacam macam kucing-kucing yg no. 1-2 tu... Usaha macam kucing yg last gigih sampai terkepit lidah hihi...

    Islam membimbing kita sentiasa muhasabah dari setiap ujian yg diberikan...

    BalasPadam
  6. tersengeh aku tgk kucin tu :)

    BalasPadam
  7. Salam Kazman,

    Betoi tu Kazman..kak Ros setuju sangat...TQ ya dengan peringatan ni...

    Lawak betoi gambar kucing2 tu he.he.he.....yang atas sekali tu,tuan dia india kot,tension ja hantuk kepala kat dinding he.he.he.....

    BalasPadam
  8. betul tu a.kazman.. klu kecewa kiter kena cepat2 bangkit.. :)

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini