Isnin, 9 April 2012

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?

Solat (bahasa Arabصلاة‎; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?





WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.



Subhanallah saya dapat info ni dari Fb dimana bolehlah dijadikan sebagai rujukan dan iktibar supaya mengerjakan solat diawal waktu.


Nukilan : mama sue.






22 ulasan:

  1. Balasan
    1. sama2x... sama2x kita menuju keredhaan pencipta...

      Padam
  2. bagus info ini. dlm erti kata lain, kalau solat dilewatkan, kita jadi malas, buat asal tunaikan solat saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap suruhanNya pasti ada kebaikannya...

      Padam
  3. terima kasih sudi kongsi info ni..

    BalasPadam
  4. TQ kongsi info dr FB yg amat bererti ini....

    BalasPadam
  5. bagus info ni... selalu gak solat lambat

    BalasPadam
  6. sgt best info ni..tq sharing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sharing is caring.... untuk kebaikan bersama...

      Padam
  7. Tq atas maklumat ni... tak pernah tahu lak sal kepentingan perubahan waktu ni main peranan penting dalam kesihatan

    BalasPadam
  8. baca info ni.seterusnya amalkan..

    tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... sama2x la kita mengamalkannya...

      Padam
  9. Banyak sebenarnya kelebihan solat awal waktu.. Nice info ;)

    BalasPadam
  10. Wow... first time saya baca perkara seperti ini. AGak menarik. Nampaknya perlu improve diri supaya solat di awal waktu.

    BalasPadam
  11. terima kasih dengan maklumat....

    BalasPadam
  12. Info yang sangat bererti dlm hidup ..pandainya mam sue cari info ..suke umi bace :)

    BalasPadam
  13. wahhh tq tq mmg nurul takpernah taw tahu sbb apa kena solat awal=)yang waktu subuh2 mmg ada dengar rezeki takdok tapi takder supporting statment kenapa.so mmg dengan entrinie dapat ilmu=)tq

    BalasPadam
  14. banyak hikmah dia..kita jer tak tahu..lepas subuh boleh tidur balik pulak.huhu

    BalasPadam
  15. terima kasih atas info yang sangat berguna ini... saya yang kini sedang mendalami ilmu perubatan juga baru bertemu dengan artikel sebegini... ini sememangnya berfaedah untuk pengetahuan saya... izinkan saya share bersama rakan2 lain... ]

    P/S; kiranya sudi, bolehkah berkongsi link dari fb yang saudari/saudara adaptasikan info ini... terima kasih.. :)

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini