Selasa, 10 April 2012

Panduan Memilih Pinjaman Kenderaan

Biasanya jika kita ingin membeli kereta idaman pasti kita akan membuat pinjaman dengan pihak bank. Tidak semua yang di antara kita mampu membayar tunai keseluruhannya apabila kita ingin membeli kereta idaman kita terutama untuk membeli kereta baru. Harganya yang tinggi pasti kita akan membuat pinjaman melalui pihak bank. 
Ambank - Salah satu bank yang menyediakan
 perkhidmatan pinjaman  kenderaan


Di sini kami ingin berkongsi beberapa tip atau panduan untuk memilih tawaran pinjaman ( Hire Purchase ) yang terbaik untuk pembeli memilih yang ditawarkan oleh pihak bank. Antaranya adalah seperti berikut :-



1) Pilihlah Bank yang menawarkan kos pemprosesan pinjaman yang terendah... Biasanya setiap proses pinjaman kenderaan akan dikenakan duit proses pinjaman.

2) Pilihlah "interest rate per annum" yang terendah yang dapat ditawarkan oleh pihak bank. Biasanya pihak bank akan memberi interest mengikut :-

        i) Berapa lama kita ikat pinjaman seperti 5 tahun, 7 tahun atau 9 tahun. Semakin lama kita ikat pinjaman       
           maka semakin tinggi nilai interest yang akan dikenakan.

       ii) Berapa lama usia kenderaan yang kita hendak beli. Semakin lama usia kenderaan yang anda hendak     
           beli maka makin tinggi interest yang dikenakan.


       iii) Berapa kekuatan kewangan (pendapatan sebulan ) untuk membeli kenderaan tersebut. Semakin besar 
           gaji yang anda perolehi dalam masa sebulan maka biasanya pihak bank akan memberikan semakin  
           rendah interest yang diberikan.

      iv) Berapakah bebanan pinjaman hutang yang sedia ada dalam tanggungan anda. Semakin banyak anda 
           membuat pinjaman lain dalam satu-satu masa maka semakin tinggi lah interest yang akan dikenakan. 
           Dan pada satu tahap ( tingginya pinjaman sedia ada) pihak bank tidak akan memberikan anda  
           pinjaman kenderaan yang anda mohon.

       v) Belilah waktu "Promosi". Pada waktu ini pihak bank akan menawarkan interest paling rendah dan  
           biasanya pada hujung tahun. Ini kerana mereka perlu kejar kuata nilai pinjaman yang ditetapkan oleh 
           pihak majikan bank mereka maka mereka ingin memenuhkan kuata tersebut

Format surat perjanjian biasanya sama
antara bank di Malaysia kerana dikawal selia
oleh Bank Negara.
        vi) Jenis pengeluar kenderaan tersebut seperti Toyota, Honda, Proton dan sebagainya. Biasanya makin
             mahal kenderaan tersebut maka makin rendah interestnya...Begitu juga kalau kereta yang di import 
             pun mendapat interest yang rendah.

3) Pilihlah "interest Annual Percentage Rate of Term Charges" yang terendah yang dapat ditawarkan  
    oleh pihak bank. Biasanya kadar interest ini berkadar terus dengan interest rate per annum .  Apa yang  
    pentingnya dengan interest ini? Interest ini digunapakai apabila kita hendak membuat penyelesaian pinjaman 
    lebih awal dari perjanjian asal. Kalau dalam bahasa pihak bank adalah "Full Settlement". Di sini selalunya 
    apabila kita cuba hendak menyelesaikan pinjaman tiba-tiba kita rasa terkejut kenapa hutang di bank ada 
    banyak lagi jumlahnya. Ini kerana interest yang dikenakan jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan 
    interest tahunan.

Perbezaan interest full setlement dan interest tahunan
pada kadar yang tinggi 
4) Pilihlah tawaran pinjaman dari pihak bank yang tidak menetapkan syarat-syarat yang banyak seperti  
     jika ingin mengambil loan dengan pihak mereka kita kena ambil pakej insurans laa... atau pakej kad kredit 
     laa... atau pun pinjaman ekspress laa....yang mana itu semua bukanlah satu keperluan pun untuk pengguna.
     
Maka dengan sedikit ilmu kehidupan ini kita dapat berkongsi untuk membuat beberapa keputusan yang  
lebih baik sebelum kita melakukan sesuatu tindakan itu. Panduan ni mungkin ada kekurangan kerana panduan ini adalah dari pengalaman hidup kami yang dah 8 kali tukar kereta... heee3x... paling lama 3 tahun... pas tu dah tukar keter lain dah...Jadi kami kongsi lah bersama kepada yang nak berkongsi...

Salam ceria dari kami sekeluarga....




39 ulasan:

  1. Jadi, Menara Kehidupan buat loan dgn bank mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. heee3x... bank public itu je yg paling rendah interestnya ketika masa beli keter...

      Padam
  2. waaa banyak yang nak kena baca n faham ni .. ummm umi kena baca balik ..umi ni jenis lambat nak faham bila baca bab2 mcm ni hihi ..apapun ..info abang beri ni memang terbaik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. nama pun info umi... cuma nak pastikan apa yang kita beli berbaloi dengan bayarannya...

      Padam
  3. Dulu saye beli kereta men bedal je..asal boleh je...tak tau ape2...

    Info yg berguna untuk mase akan datang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe.. pengalaman yg kami rasa boleh dikongsi bersama....

      Padam
  4. Kakak punya semua abang uruskan - kakak drive aje.

    BalasPadam
  5. Hasben settle semuanya,tapi kawan n family mmg ramai keje bank,mmg slalu mtk advice diorang.gud tips,mekasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahh... kalau macam tu senang la nak mintak tolong luluskan pinjaman..heeee3x

      Padam
  6. wow perkongsian yang bagus!

    BalasPadam
    Balasan
    1. balik malaysia nanti hanis bawak keter jepun aje... guna ap pelajar... lagi murah...

      Padam
  7. saya pun tak berapa pandai hal2 mcm ni..selalunya asben jer yg berurusan hal2 mcm ni...

    BalasPadam
  8. assalamualaikum kazmansue....info yg menarik buat semuanya...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk sama2x dikongsi... perkara yg tak bestnya kami pun pernah kena tipu dgn salesman keter... cakap kena bayar itu dan ini... tapi bila berurusan sendiri tak de pun nak kena bayar sebanyak tu.... tak pe laa... nama pun pengalaman hidup....

      Padam
  9. nurul tak pernah beli keta.so tips nie mmg terbaik.bleh jadik guide pd nurultaklah main belasah jerk=)

    BalasPadam
  10. Klu bab keta semua hubby yg uruskan,tq kongsi tips....

    BalasPadam
    Balasan
    1. heee3x... betul tu.... sama la dengan isteri di sini....

      Padam
  11. good info.... mekasih sudi berkongsi...

    BalasPadam
  12. terima kasih berkongsi ilmu..

    BalasPadam
  13. saya bt loan keta kat Maybank..alahaii..sengal la walaupun cekap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi kami pun pernah buat dengan maybank... interest untuk full settlement dia rendah... bila nak tutup loan punya la seronok ada extra duit...

      Padam
  14. wah....panduan yg baik ni en kazman, terima kasih atas perkongsian ini.

    BalasPadam
  15. Assalam...
    8 kali tukar kereta? wow, banyaknya. Hubby saya tak tukar tapi kumpul kereta, tak muat di halaman, pass pada adik pulak..Silap2, boleh buat tukun nanti..

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Kazman,

    Bagus sangat info ni Kazman...terima kasih ya....

    BalasPadam
  17. panduan yang baik...semua Kancil dah amalkan...walaupun ndak sedar pada mulanya...hehehe

    BalasPadam
  18. tips berguna untuk kami2 yang belum berkereta lagi nih..hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi sekarang nak beli keta syarat sikit punya ketat bank kenakan...ni kes Bank Negara tak nak household byk sgt pinjaman...huhu...

      Padam
    2. betul tu... 1/3 dari gaji untuk bayaran ansuran kereta

      Padam
  19. salam.

    terima kasih atas perkongsian.. saya nak pendapat skit la kalo tak menyusahkan la ye..
    saya cadang nak amik persona elegance tahun depan kalo masih ada lagi la.. dan agak2 nye kalo saya ada peruntukan rm 1000 sebulan utk installment, ade ke bank yg bg loan bwh dari 3 tahun..? sbb saya tak minat loan lama2.. huhu.

    harap ada la skit utk bukak idea saya nih.. hehe. sekian terima kasih (^^,)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada je bank yang boleh bagi... kita kan berurusan dengan manusia.... semua kita boleh minta dengan berbincang bersama pihak bank...( tapi biasanya bank akan bagi alasan yang pelbagai supaya pihak meminjam membuat tempoh pinjaman yang lebih lama )

      Tapi kalau dah kemampuan bayar tinggi baik buat personal loan bank islam utk 3 tahun bayaran balik aje ... Lagi senang dan banyak jimat...beli keter cashhh... tak yah bayar duit proses yg banyak ketika nak daftar kereta tu nanti dan geran kereta hak milik kekal (takde cop hak milik dituntut oleh... )

      Padam
  20. bank apakah yg boleh bagi intres rendah?

    BalasPadam
  21. Hari ni saya baru sahaja dpt pgilan dr publicbank..utk loan kereta.saya dapat intres 3.4%..adkah intres ni ckup baik utk kereta second??pinjaman dibuat 9tahun..

    BalasPadam
  22. Admiring the dedication you put into your site and in depth information you present.
    It's great to come across a blog every once in a while that isn't
    the same out of date rehashed material. Wonderful read!
    I've saved your site and I'm adding your RSS feeds
    to my Google account.

    Also visit my web blog cellulite treatment

    BalasPadam
  23. I visit every day a few websites and information sites to read articles, but this webpage gives quality based content.



    my webpage :: laser cellulite treatment

    BalasPadam
  24. TERIMA KASIH SEMUA DI ATAS PERKONGSIAN

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini