Rabu, 30 Mei 2012

Trip to Penang Island - Jambatan Pulau Pinang

 Kami ingin menyimpan sedikit memori sepanjang cuti sekolah ini.... Lama kami menyepi dari dunia blog kerana sibuk dengan urusan hal kekeluargaan... Lepas hantar adik bertunang kami teruskan jenjalan mengelilingi Pulau Pinang.... Kami akan sisipkan satu persatu sepanjang perjalanan kami ini sepanjang seminggu cuti  awal persekolahan ini.


Selasa, 29 Mei 2012

Adat Kaum Cina memasuki rumah baru

Meriah dengan bunyi mercun bila orang cina nak masuk rumah baru mereka... rupanya macam tu la agakanya diorang nak masuk rumah baru... Punya la cantik dah renovate pas tu bila dah siap mereka pun masuk la... kami pun snap la video ni... ala... dia bukan jemput pun jadi ambik dari jauh je laa kan.... heee3x...


Lokasi kejadian rakaman video ni berhampiran degan rumah mak di Tanjung Karang, Selangor.... Sebenarnya cara2x adat kaum cina ni boleh je nkorang tanya dengan Prof Google... Tak pun tanya kat Dr.Yahoo pun boleh... heeee3x...



Isnin, 28 Mei 2012

Selamat bertunang Adik kami Jamal & Azira

Ahad lepas selamatlah adik belah isteri bertunang dengan pilihan hatinya... Majlis yang di adakan di Selama, Perak selamat dilangsungkan pada pukul 12:30 tengahari. Majlis yang serba ringkas tapi penuh bermakna untuk ikatan dua kekeluargaan.

Sabtu, 26 Mei 2012

Kesukaran suami kepada isteri yang mengalami tanda - tanda awal kehamilan

Luahan hati suami bila isteri mengalami tanda-tanda awal kehamilan.....Macam ni la yang aku hadapi bila isteri mengandung... lama dah tak rasa semua ni.... dekat 4 tahun yang lalu laaa... dah ingat-ingat lupa pun ada.... haaa3x..... sekarang ni kena menghadap lagi siptom ni semula.... adehhhh....

Ketika mengandungkan Adam 4 tahun yang lalu

Jumaat, 25 Mei 2012

Taman Desa Sri Qaseh 24/05/2012 Pembinaan Longkang Padang Permainan dan Pagar

Peringkat pembinaan perumahan Desa Sri Qaseh ini terus berjalan... Seronok juga bila datang taman ni tengok diorang buat kerja, sekurang-kurangnya kita dapat melihat progress membina taman ini berjalan setiap hari... Pada kunjungan kali ini kami melihat di ruang padang permainan taman ini yang sedang dibina longkang dan kerja meratakan tanah.

Khamis, 24 Mei 2012

Cara Membuat Suap Balas Ulasan di Dalam Ulasan Blog

Assalamualaikum semua.... Semoga ceria di pagi khamis ini.... Semalam saya dapat email dari pembaca Menara Kehidupan. Pengirim tersebut bertanyakan saya bagaimana nak buat suap balas ulasan di dalam blog pengirim seperti blog saya ini.  Jadi, hari ini saya ingin berkongsi dengan semua sedikit ilmu cara setting tersebut bersama-sama dan mungkin juga ada yang dah tahu caranya. Ok lah. Kita masuk terus ke tajuk kita hari ini seperti cara-cara di bawah ini. :-

(Note : Klik pada gambar untuk pembesaran imej)

Langkah Pertama
Selepas buka blog kita ini kita klik pada rekabentuk

Rabu, 23 Mei 2012

Musim Bunga di Multimedia University

Ringkas je nak cerita sekarang ni kat tempat kerja tengah musim bunga berguguran di sini... tenang je datang kerja pada pagi ini... Jom kita layan bunga-bunga yang berguguran sampai hati pun dah berbunga-bunga dah ni... haaa3x....

Isnin, 21 Mei 2012

Cara Penjualan Yang Meragukan

Hari ni kami nak berkongsi mengenai cara penjualan yang pada kami ada sedikit meragukan... Tadi kami call penjual tu untuk menanyakan tentang pembelian Laptop Lenovo yang hanya berharga RM400 sahaja. Murah tuuu.... Pada kami harga laptop Lenovo tu paling murah di kedai kami dapat dengan harga RM920.

Sabtu, 19 Mei 2012

Khasiat Daun Sup

hari ni nak syer mengenai khasiat daun sup. Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini.

Jumaat, 18 Mei 2012

Taman Desa Sri Qaseh 17/05/2012 Mengecat Rumah dan Pemasangan Besi Tembok Pagar

Pada kunjungan lepas kami perhatikan kebanyakkan rumah sudah dicat di setiap lot rumah. Rumah kami pun sudah di cat luar dan dalam cuma catnya adalah untuk lapis kali pertama atau lebih dikenali sebagai cat "undercoat color " iaitu cat putih yang bercampur kapur putih. Selepas itu barulah rumah ini akan di cat dengan warna yang sebenar. Semakin hari semakin terserlah rumah yang kita impikan semua. Syukur perjalanan pembinaan rumah ini mengikut seperti yang dirancangkan pembinaannya.

Khamis, 17 Mei 2012

Genap Setahun Usia Blog Menara Kehidupan

Kami nak ucapkan happy Anniversery untuk Blog Menara Kehidupan yang pertama pada hari ini.... Pejam celik dah setahun menyimpan sejarah perjalanan dalam kehidupan ini. Mana yang baik dan buruk anda yang menilainya dan maaf jika ada tersalah dalam blog ini.... Sekiannn... Salam ceria semua....


Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru...SK Bagan, SM Dato Onn, SM Teknik

Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru adalah antara sembilan buah sekolah teknik asal di Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 16 Januari 1974 dan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia iaitu YB Dr. Mahathir Mohamad pada 26 Jun 1976. Pengetua pertama ialah Encik Omar bin Abdul Rashid. Kemudian diikuti oleh dua orang guru bidang teknikal iaitu Encik Lim Theong Keng dan Encik Wong Kiew Chye. Pada 27 Januari 1974, tiga orang pelajar pertama telah mendaftar di sekolah ini. Pada awal penubuhannya sekolah ini mempunyai dua bahasa pengantaraan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Selasa, 15 Mei 2012

Melihat Bulan dan Bintang Di Kompleks Baitul Hilal Port Dickson

Sekadar pengetahuan am untuk kita semua....

Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang merupakan mercu tanda sebagai pusat kaji bintang kebanggaan umat Islam yang terbaik di rantau ini. Balai cerap tersebut dilengkapi dengan teleskop 609 milimeter yang merupakan antara teropong jauh yang terbesar di Malaysia untuk mencerap bintang, planet, langit dan cakerawala.

Sabtu, 12 Mei 2012

Selamat hari jadi Syafiq Redhuan....

Mama dan abah nak ucapkan selamat hari jadi untuk anak sulung abah dan mama ni untuk kali ke 9 tahun... cepat je anak abah ni membesar dan abah dan mama bersyukur kerana syafiq rajin tolong abah dan mama untuk menguruskan adik-adik....dan yang utama Along selalu menceriakan hidup abah dan mama sekeluarga dengan celoteh dan soalan cepumas along tu...
Along berusia 3 tahun

Jumaat, 11 Mei 2012

Taman Desa Sri Qaseh 10/05/2012 Pembinaan Acuan Lantai Parkir Hadapan Rumah

Semalam kami datang untuk melihat kemajuan projek perumahan Taman Desa Sri Qaseh ini. Syukur dah banyak yang hampir siap rumahnya... Semua gambar ini merupakan proses untuk membina acuan pada lantai parkir di hadapan rumah kita. Banyak jugak rumah yang dah di buatnya dan proses untuk menyiapkan satu2x rumah pun memakan masa sehingga 4 jam jika cuaca panas dan tidak hujan.... Jom kita lihat proses bergambar yang mereka lakukan....


Khamis, 10 Mei 2012

Panduan Penjimatan Minyak Kenderaan Anda

Jom kita sama2x berjimat dengan penggunaan petrol... Selain dapat menjimatkan poket kita juga dapat menyelamatkan alam sekitar kita dari terus tercemar dengan asap petrol. Kita mampu berubah untuk kelangsungan hidup generasi akan datang....

Rabu, 9 Mei 2012

Selasa, 8 Mei 2012

Taman Desa Sri Qaseh 05/05/2012 Tanah Lot Banglo untuk dijual RM120K

Ada sesapa yang ingin membeli tanah lot banglo yang berhampiran dan berhadapan dengan Taman Desa Sri Qaseh ini bolehlah berhubung terus dengan En. Zaini di talian 013-3593747. Tanah lot Banglo ini dijual sekitar RM120 000.00 dengan keluasan 4010Kaki/persegi.


Isnin, 7 Mei 2012

Eksident Panjat Divider di Putrajaya

Salam ceria semua...... Jumaat lepas kami ke Putrajaya untuk berurusan di Tabung Haji. Kerana nak kejarkan masa takut Tabung Haji tutup tinggal beberapa minit lagi maka kami pun berdesup la dari Cyberjaya ke sana. Namun malang memang tak berbau.... sekali sampai di Lampu isyarat di Presint 9, Putrajaya ... Kereta Avanza kami naik divider jalan seperti gambar di bawah ni. Apa lagi... huru hara semua dalam Avanza kami nak terbalik.. kereta dah condong 40 darjah dah ni..........

Lampu isyarat Presint 9, Putrajaya

Sabtu, 5 Mei 2012

Sampai sudah ke Batu Pahat

 Syukur alhamdulillah... sampai sudah kami ke Batu Pahat, Johor.... Terima kasih yang mengucapkan hari jadi aku ni...ramai juga tanya yang ke berapa... heee3x... aku sambut untuk kali yang ke 37tahun dalam hidup aku ni... kejam celik dah 37 dah umur aku ni...Sajer aku nak berehat santai2x selepas penat dan sibuk memanjang disepanjang seminggu lebih yang lalu gara2x ada audit dari EAC ( Engineering Accreditation Council ) . Dan selama itulah isteriku mengambil alih blog menara kehidupan ini untuk meneruskan kesinambungan catatan ini. Hari ni nak berehat dan bersantai jenjalan di kampungku tempat aku membesar sambil menyambut hari Ibu sekali bersama golongan2x ibu... heee3x

Khamis, 3 Mei 2012

Selamat Hari Lahir & Selamat Hari Pekerja tu My Hubby

1 may merupakan hari yang begitu bermakna untuk kami sekeluarga dan semua warga kerja ia dia rayakan setiap tahun terutamaya untuk my hubby yang juga lahir pada 1 may. Kira2nya serampang dua matalah.
Disini mama nak ucapkan  Selamat Hari Lahir tuk Abah semoga hidup abah lebih diberkat olehNya. Takde acara yang istimewa sangat, cuma mama belanja makan2 sekeluarga jer... Biasalah selera bebudak 3 orang tu, maka kalini mereka memilih kanney rogers untuk sambut birthday Abahnya...

Lihatlah wajah orang yang disambut dan yang menyambut dihidangkan pula muffin submerin.

Rabu, 2 Mei 2012

Syukur dapat Bil Air Pertama dari SYABAS

Sabtu lepas, sejarah dalam hidup kami yang menghuni apartmen angerik selama 10 tahun akhirnya mendapat meter individu dan kami telah mendapat bil yang pertama. kami agak takut sebab sebelum ini pernah satu malam paip x tutup gara2 syafik lupa tutup paip. Tah berapa meter padu air yang terbuang untuk malam tersebut....  terasa membazir, tapi nk buat macam mana... sebenarnya selalu juga anak2 kalau lepas menggunakan tandas lupa nak tutup paip, aper lagi tunggu jelah pihak JMB akan kelurkan bil mengikut harga takrif perindustrian.. faham2 sendiri jelah nilainya tentu besar.