Selasa, 15 Mei 2012

Melihat Bulan dan Bintang Di Kompleks Baitul Hilal Port Dickson

Sekadar pengetahuan am untuk kita semua....

Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang merupakan mercu tanda sebagai pusat kaji bintang kebanggaan umat Islam yang terbaik di rantau ini. Balai cerap tersebut dilengkapi dengan teleskop 609 milimeter yang merupakan antara teropong jauh yang terbesar di Malaysia untuk mencerap bintang, planet, langit dan cakerawala.
Keseluruhan projek tersebut melibatkan kos sebanyak RM30 juta yang dijalankan secara usaha sama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains). Pembangunan semula Kompleks Baitul Hilal itu telah dimulakan sejak Disember 2009 dan siap pada November 2011. Selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan canggih, kompleks ini menjadi pusat astronomi yang terbaik bukan saja di Malaysia malah di rantau ini.

Di sinilah teropong untuk melihat anak bulan
Teleskop untuk melihat bintang
Kompleks Baitul Hilal Port Dickson
Rakan kami yang mencuba teleskop

Kompleks Baitul Hilal menjadi pusat rujukan dan penyelidikan penting bagi pelbagai kegiatan seperti melihat anak bulan, kaji bintang dan planet terutamanya bagi menjana pembangunan dan kemajuan ilmu astronomi. Pada masa sama sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang mempunyai 84 bilik serta tiga pangsapuri turut dibina berhampiran balai cerap tersebut sebagai kemudahan kepada para pengunjung dan pelancong. Lokasi kompleks yang amat strategik dan menarik menjanjikan panorama indah terutama apabila matahari terbenam. Salah satu tarikannya adalah jam matahari yang akan diletakkan di dataran kompleks tersebut di mana menunjukkan masa berdasarkan perjalanan matahari. Kemudahan lain yang terdapat di balai cerap setinggi dua tingkat itu ialah dewan yang boleh menampung 200 orang, surau, pejabat, bilik kuliah, bilik mesyuarat dan bilik pameran.

Sumber Rujukan : (KK11: 11 Oktober 2011 – Oleh: Zanariah Abdullah)
Sumber Gambar : Dari FB rakan sekerja kami fazly yang pergi training di sana.


17 ulasan:

  1. waa canggih jugak ye, tak tau pun ada, tq for the info,mana tau satu hari berkesempatan ke sana.

    BalasPadam
  2. Tercanggih dan termoden di asia.. Buat masa nie bilik teleskop utama tidak di buka kepada umum! Hanya boleh dilawati selepas bulan Jun.. Baitul Hilal nie adalah tempat utama untuk melihat anak bulan.. Ia di uruskan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan.. 21 May 2012 nie kalau sesiapa berminat nak sesama jabatan mufti tgk anak bulan Rejab sila dgn pada 21hb..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku 'kebas' gambar dalam fb kau ni.... nanti ambik gambar yg cun2x lagi yeee.... selamat bertraining la kau yee...

      Padam
  3. Orang awam boleh masuk ke ni? Saya nak gi PD minggu ni. Kalo boleh masuk nak jugak pegi. Saya dgn suami suka astronomy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum dibuka pada orang awam .... tak pasti bila nak buka untuk lawatan...

      Padam
    2. Bilik teleskop utama lom leh masuk.. Tapi tempat lain leh masuk.. Cuma takdo pape la.. Kompleks nie peralatan lom lengkap.. Tu pasal lom di buka kepada umum..

      Padam
  4. canggih jugak.. klu dpt masuk tengok sendiri lg sonokkan..

    BalasPadam
  5. suka tengok bulan dan bintang..
    best kalau dapat p sini..

    BalasPadam
  6. wahh..canggih erk..bile la dpt bekunjung ke sini ne...

    BalasPadam
  7. bangunan dia cantik :-)
    wah... seronoknya blh tgk bintang dr sini kan

    BalasPadam
  8. cantik bangunan tu...

    best tu tengok bintang....

    BalasPadam
  9. waaaaaaaaaaaaaaaaa seronoknyaaaaaaaaaaaaa ...teringin gak umi nak try ni ..bestnya kalau pat tengok kan? best2!!!

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Kazman,

    Wahhh.... bestnya Kazman...Kak Ros memang suka sangat tengok bintang ngan bulan nih...tapi dari bawah ni ja lah,kat atas tu gayat he.he.he....

    BalasPadam
  11. PD..........eyhh kampung saya tu hehe

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah...Amat menkjubkan! Check in di Klanabeach resort pd 29 May & pd 31hb May 2012 kami sekeluarga diberi kesempatan naik ke atas utk melihat sendiri teleskop tercanggih yg ditempah khas dari usa. Terima kasih pd pihak pengurusan hotel Klanabeach resort. InsyaAllah akan kesana lg satu hari nnt. Pemandangan yg amat cantik dipersekitaran hotel disamping dpt melihat keindahan matahari terbenam.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini