Khamis, 28 Jun 2012

Kemalangan Tragik Meragut 2 nyawa

Di bawah ini ada sedikit petikan mengenai kisah dan kejadian yang berlaku di Persimpangan Cyberjaya semalam. Kemalangan yang telah meragut nyawa pemandu rapidKL dan pemandu kenderaan 4 roda telah dirakanmkan oleh CCTV Cyberjaya yang beroperasi 24jam. Ceritanya pula boleh dibaca di Utusan Malaysia dan Harian Metro keluaran hari ini. Sepanjang 11 tahun bekerja di Cyberjaya aku sudah banyak kali melihat kemalangan maut di Cyberjaya ini kerana Jalanraya di Cyberjaya ini terlalu banyak persimpangan yang hanya menanti kecuaian pemandu untuk dihukum. Walau kita pada kedudukan yang betul dijalan raya tapi pastikan kita sentiasa berwaspada kerana kemalangan tidak berbau.

video
Petikan dari Akhbar Utusan Melayu....

PUTRAJAYA 27 Jun - Dua lelaki terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda mereka dirempuh sebuah bas yang memecut untuk melepasi lampu isyarat yang bertukar merah di simpang empat Persiaran APEC di Cyberjaya. Kenderaan pacuan empat roda dipandu Foo Hong Kam, 55, yang baru bergerak selepas lampu isyarat bertukar hijau dirempuh bas RapidKL yang dipandu Ismail Ahmad, 54.

Gambar dari sumber Utusan Malaysia
Akibat rempuhan kuat itu, Hong Kam maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala Ismail disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Putrajaya di sini, kerana cedera parah di kedua-dua belah kaki.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Supritendan Zaldino Zaludin ketika dihubungi berkata, kejadian pukul 11.30 pagi dipercayai akibat tindakan pemandu bas yang melanggar lampu isyarat.

Ini pula petikan dari Akhbar Harian Metro pula...

PUTRAJAYA: “Saya bawa dua keping pajeri nanas ke hospital untuk diberi kepada suami kerana ingatkan dia hanya sakit atau demam biasa sebab sebelum ini suami pernah sakit di tempat kerja, tetapi tak sangka pula dia terbabit dalam kemalangan maut,” kata Khalijah Saari, 60, isteri kepada pemandu bas RapidKL yang maut dalam kemalangan di simpang empat lampu isyarat Persiaran Apec, di Cyberjaya, semalam.

Khalijah berkata, kelmarin, suaminya, Ismail Ahmad, 54, membawa pulang beberapa jenis buah-buahan termasuk mangga dan nanas, sebelum memintanya memasak pajeri nanas kerana teringin menikmati masakan itu.
Gambar dari sumber Bernama
Hari ini (semalam) saya masakkan pajeri nanas seperti diminta suami, selepas masak, saya menghubungi suami untuk memaklumkan masakan itu sudah siap dan saya ingin menghantar ke tempat kerjanya.
“Tetapi panggilan saya disambut kakitangan hospital yang meminta saya datang ke hospital, dengan segera. Saya datang bersama anak perempuan dan lelaki dengan membawa dua keping pajeri nanas, tetapi sebaik tiba di hospital saya dimaklumkan suami sudah tiada,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Putrajaya (HPJ), di sini, semalam.

Turut berada di situ beberapa rakan dan pegawai RapidKL yang kelihatan sedang mententeramkan keluarga mangsa manakala anak bongsu mangsa hanya dikenali sebagai Lokman kelihatan tersandar di dinding sambil sesekali mengesat air mata.

24 ulasan:

  1. Sedihnya tak sempat makan pajeri nenas.

    BalasPadam
  2. x tau nak komen apa.. walau kita berhati2 but kalau dah ajal!

    BalasPadam
  3. Risau kalau ia terjadi kpd kita... Sedih, tak dpt dibayangkn

    BalasPadam
  4. Yg lagi sedih keluarga yang tak pasal-pasal kena langgar pemandu bas tu!

    BalasPadam
  5. macam laju sgt je bas tu... moral of the story jgn langgar lampu isyarat..

    BalasPadam
  6. malang mmg x berbau..sbb tu kt kna sentiasa berhati-hati.. tp adakanya.. kt dh berhati-hati..tp kecuaian drp pihak lain

    BalasPadam
  7. itulah...lampu isyarat dah kuning je saya berhenti dah...biarlah lambat asal selamat..

    BalasPadam
  8. assalamualaikum kazman sue....memang berbaloikan suka sgt langgar lampu isyarat...:)

    BalasPadam
  9. Laju giler bas tu. Nampak sgt langgar lampu merah. Camner nak hukum? Sebab nak cepat, 2 orang mati. Aishh

    BalasPadam
  10. MasyaAllah, gerun tengok, kegopohan yang dibayar dengan nyawa.

    BalasPadam
  11. ingatlah org yg tersayang masa memandu..lagi2 pemandu bas yg bawak banyak nyawa dalam tu..

    BalasPadam
  12. berhati2 di jln ry...agar x melibatkan nyawa pengguna jln raya lain
    even org kata dh ajal..tp sikap memandu secara berhemah dpt diamalkan oleh setiap org..

    BalasPadam
  13. malang tidak berbau.. berhati2 d jln raya..

    BalasPadam
  14. yang melihat kemalangan tu depan mata mesti lagi trauma agaknya..

    BalasPadam
  15. huhhh... seram ....
    kadang2 rasa takut bila kat jalanraya... tapi terpaksa lah...
    ajal maut kat mana saja...

    BalasPadam
  16. Jalan Raya umpama medan peperangan..

    BalasPadam
  17. sedih la aku baca bro...x sanggup nk tgk clip tu

    BalasPadam
  18. bas selalu kejar masa...tapi bukan bas je,ramai pemandu sekarang yang tergesa2,nak cepat,tak sabar,pentingkan diri.attitude masa memandu teruk...minta dijauhkan,tkt tapi kena juga drive.

    BalasPadam
  19. asalamualaikum... Ni nak perjelaskan sikit cerita ni.. Kat syarikat pemandu bas tu berkerja kalau mc sebanyank 2hari elaun pemanduan rm300 akan dipotong.. So dalam keadaan yang tak berapa sihat si pemandu bas tetap datang bekerja kerana elaun sebanyak rm300 tu tak akan dipotong.. Demi penat lelah nak mencari rezeki.. pemandu bas mungkin hilang kawalan atas faktor kesihatan.. Sedangkan isterinya slalu lihat dia dalam keadaan tak sihat sebelum itu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih di atas penerangan di sebelah pihak pemandu bas..... mungkin "tanpa nama" rakan bas juga... kami selalu serapan di bus stand cyberjaya mungkin pernak terjumpa tanpa mengenalinya....

      Padam
  20. memang x dinafikan. sepatutnya ini jadi pengajaran buat GMO dan MD. renung-renungkan lah. harap dibulan mulia ini kesedaran timbul dihati insan seperti anda berdua. kita semua akan dinisab di kemudian hari. w. alam.

    BalasPadam
  21. kaji semula pemotongan rm300 tu. ingat setiap titik peluh pemandu itu akan dihisab di akhirat nanti. didunia kita gembira di bayar gaji rmxxxxx.xx tapi macamana jika ini kena anak dan cucu cicit GMO dan MD. insaflah. semuga cahaya ramadan memberi keberkatan kepada anda berdua.

    BalasPadam
  22. x kanlah MC terlebih sehari ditolak elaun RM300.00 cuba pikir 10 hari pemandu tu kerja senang-senang saja syarikat tarik balik. kalau pemandu x halalkan semua orang yang makan duit itu HARAM hukumnya. di akhirat esok tanggunglah aku tidak HALALKAN.

    BalasPadam
  23. kepada yg berkenaan..jgn main TERJAH jer klu xtahu apa crita kisah kehidupan seorang Pemandu Bas Rapidkl..n kehidupan bas rapidkl yg digunakan setiap hari tu..

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini