Isnin, 16 Julai 2012

Taman Desa Sri Qaseh 15/07/2012 Selesainya kerja memperbaiki kerosakan

Pada hari semalam kami meninjau lagi perumahan di Taman Desa Sri Qaseh. Nampaknya kerja-kerja membaik pulih kecatatan dan kekurangan  yang ada pada binaan rumah kami telah selesai. Mungkin selepas ini kerja-kerja mengecat semula akan dilakukan untuk menutup bekas tampalan dan kecacatan yang ada. Kami pun parking kereta kami untuk melihat keluasan lot parking di rumah kami ini.


Nampaknya bahagian bonet kereta akan terdedah pada keadaan panas dan hujan. Mungkin ada penambahan yang harus dilakukan atau pun bonet kereta kami tampal sahaja dengan sticker hitam... ala-ala racing sikit laa... heee3x...

Gambar di bawah ini merupakan bekas kerja-kerja menampal keretakan menggunakan simen putih dan hanya perlu di cat semula untuk menghilangkan kesan penampalan tersebut. Seronok la juga bila kesan penampalan tersebut nampak sempurna dilakukan. Terima kasih kepada penyelia projek yang memantau dan memastikan rumah kami berkeadaan baik.






Ini pula adalah sekitar pemandangan Taman Desa Sri Qaseh sehingga 15 Julai 2012. Nampaknya progress rumah kita telah habis dilakukan dan hanya kerja membina landskap dan jalan raya yang akan dibuat selepas ini. Mari kita lihat perkembangan bergambar Taman Desa Sri Qaseh ini.


Pemandangan lorong belakang yang berhampiran dengan
 lereng bukit.

Pemandangan jalan utama yang telah siap diturap dengan
 batu kerikil.

Tangga belakang rumah yang telah siap. Tangga ini akan
pasangkan dengan pemegang besi untuk menuruni tangga.

Di lereng bukit ini telah ditutupi dengan rumput yang
telah kering untuk menghalang hakisan tanah.

Jalan susur masuk ke Taman Desa Sri Qaseh dari laluan
highway Nilai -KLIA. Syukur dapat membeli rumah tepi
highway sebab senang keluarga kami atau kenalan
 hendak berkunjung nanti.

Ini pula merupakan rumput yang ditanam di rumah kami
dan akan ditanam di setiap rumah.

Sedikit panduan apa yang harus dilakukan ketika rumah kita dalam proses pembinaan :

Surat di bawah ini merupakan Surat pernyataan dari pemaju untuk menuntut bayaran setiap progress membina rumah kita setelah siap. Kepada pembeli semua, anda dinasihatkan untuk membuat semakan pada pihak bank ( untuk mereka yang membuat loan dengan pihak bank ) atau loan goverment sama ada pembayaran telah dijelaskan atau belum. Ini kerana jika pihak bank atau pihak loan goverment lambat untuk menjelaskan kepada pemaju maka interest kelewatan akan dikenakan kepada pembeli. Nanti bila hendak serah kunci mulalah pemaju kenakan bayaran lebih dan masa ini kita pula yang terkebil-kebil biji mata melihat bayaran yang dikenakan. Hendak bergaduh dengan pemaju pun sudah tidak berguna kerana akhirnya kita juga yang kena bayar nanti.




Begitulah serba sedikit perkembangan dan panduan yang boleh dikongsi bersama.... Semoga jiran-jiran kami senantias abahagian selalu... aminnnn...


36 ulasan:

  1. seronoklah nak masuk umah baru yek!

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok tahap gaban dah ni...heee3x

      Padam
  2. rumah saya pulak tak dibaiki2 smp sekarang..dah masuk 3 mnggu selepas repot. nak buat renovation pun tergggu. kata developer kena ikut turn..ermm..terus tunggu kalo tidak kena repot semula

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena follow up tu... ada pemaju memang macam tu.... teringat kami masa kami beli rumah dgn pemaju Talam dulu... sampai ke sudah dia tak buat ponnn....

      Padam
  3. Yey. Makin hampir nak duk umah baru ni.

    BalasPadam
  4. tak sabarkan nak masuk rumah baru.. semoga semuanya akan berjalan lancar

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kazman sue...x lama lagi dah boleh berpindah ke rumah baru ek...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aminnn.... cepat pindah pun lagi bagus.... dah tak larat nak panjat tangga tingkat 5 rumah kami sekarang ni....

      Padam
  6. wahhh dah x lama dah tuuu
    alhamdulillahhh semua dipermudahkan
    akk lak xcited ekeke ;)

    BalasPadam
  7. Macam da siaplah Kaz/Sue. Cuma touch-up sikit-sikit lagi. Kalau betul-betul raya haji dah boleh masuk kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah2xhan laa.... harap2x sebelum baby kami ni lahir rumah dah siap....

      Padam
  8. Seronoklah tengok progres rumah macam ni kan, sejuk ja hati. Kat belakang tu tinggi eh, ada tangga bagai, menarik pulak rupanya.

    Akak kecik2 dulu masa nak pindah rumah baru, mak & arwah bapak akak selalu bawak akak pi tengok rumah kami yg sedang dalam proses pembinaan, macam nilah. Tapi akak ingat2 lupa sebab masa tu umur pun antara 3 ke 4 tahun saja, kecik bebenor tapi memori tu tetap ada. Syahdu la pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la kan...... kita sama2x hadiahkan al fatihah.... setiap ibu bapa pasti ingin memberikan yang terbaik untuk anak2x mereka kan...

      Padam
  9. Mesti seronok dapat berpindah ke rumah baru. :)

    BalasPadam
  10. ai pulak yang teruja tengok.. ;)

    BalasPadam
  11. wahhhh, seronoknya kan. sy ni nama ja da beli umah tp...huhuhu.gila lama da tak gi tgk

    BalasPadam
  12. Hari tu g tengok Rumah. Kena sound ngan pak gard. Tak leh masuk.. Nanti barang hilang.... Bengang betul.. Cam kita nak curi barang. Pikir2 balik.. Mungkin Ada kes barang hilang tak.. Sabaq ja la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak sabarkan.....semoga dipermudahkan sgala urusan....

      Padam
  13. sronoknye dh de umah sendiri..cantik halaman umah..ske tgk cemin besar umah tu

    BalasPadam
  14. salam...nampak gaya dah tak lama nak masuk rumah baru. Makin ceria la tuan umah...hehehe

    BalasPadam
  15. wah wah... x sabar2 ni nak naik umah baru... bilaa boleh masuk ni...??

    BalasPadam
    Balasan
    1. akhir tahun... insyallah kami jemput....

      Padam
  16. alhamdulillah selamat udah masuk umah baru..pasnie lehlah buat kenduri n ajak nurul.hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah kami jemput... jiran2x pun ramai yg staff putrajaya...

      Padam
  17. Alhamdulillah semakin hampir nak amsuk umah barukan a.kazman n k.sue.. nak tanya la, sebelum rumah siap memang x kena bayar kt bank ek.. cam sy kena bayar interest kat bank ikut brp % yg siap.. so masa amik kunci nanti x payah bayar apa2 la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah... ada juga bank macam tu termasuk kami yang dah bayar bank sekarang ni tapi kecik je la jumlahnya.... kiranya macam bayar interest aje.... bila rumah siap sepenuhnya dan pemaju dah claim duit rumah penuh baru bayar bulan2x tu bayar penuh ikut perjanjian....

      Padam
  18. kat situ ade kosonag lagi ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum encik yg 'Tanpa Nama' jika berminat sila hubungi 0173155473 k. tq!

      Padam
  19. ade kosong lagi ke...kalau ade inform ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa2x ada agaknya..... Ada sesiapa yang hendak jual rumah DSQ di sini..... ?

      Padam
    2. jika puan eriessya brminat ctc no. ni 0173155473

      Padam
  20. Assalamualaikum.
    Salam ziarah.Utk pengetahuan..sy slalu masuk blog nie.sy tinggal area salak tinggi.lama dh cari umah.akhirnya..ada pembeli loan x lepas kat desa sri qaseh nie.saya pun sambar la.mggu depan sign snp.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah... semoga kita dapat menjadi jiran yang baik2x belakan...

      Padam
    2. abg tgk pada komen terkini yg abg post bulan september.

      Padam

Terdapat ralat dalam alat ini