Khamis, 5 Julai 2012

Tanda Tanda Nikmat Keberkatan Hidup di Tarik

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga. Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah. Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan menuju ke jalan yang di redhai Allah kembali....
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Di mana ada kecacatan entri ini adalah dari kelemahan diri saya sendiri dan ambillah yang baik. Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah. Sekadar ingin memperbetulkan diri sendiri dan menyampaikan untuk kita sama-sama menuju ke jalan yang di redhai oleh Allah S.W.T. Aminnn....

17 ulasan:

  1. nauzubillah...peringatan berguna yaa sohabi syukran....

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas nasihat yang abang n sis berikan ..kadang2 kita terlupa dan leka dengan apa yang kita buat kan bang .. hrmm .. peringatan n nasihat yang berguna sekali (^_^)

    BalasPadam
  3. minta jauhkan dari ditarik nikmt keberkatan...

    BalasPadam
  4. terima kasih atas entry ini

    BalasPadam
  5. semoga berkat rezeki yang diperolehi..

    BalasPadam
  6. terima kasih atas entri ni.. mmg ada yg tersangkut sikit pd diri..

    BalasPadam
  7. terima kasih kerana saling mengingatkan..
    semoga kiter dpt perbaiki diri kiter ke arah yg lebih baikkan..

    BalasPadam
  8. Mohon kepada Allah, semoga kita diilhamkan dengan kebaikan, ditunjukkan keburukan,keaiban diri, diberi kekuatan agar kita dapat mengubatinya dan diberi pertolongan untuk suka berterima kasih kepada orang yg mengingatkan kita tentang kesilapan kita..

    BalasPadam
  9. Insyallah.. Rezeki yg ada ni semunya digunakn sebaiknya... Memng besyukur, dan berkar..

    BalasPadam
  10. Terima kasih atas peringatan bersama buat kita semua.....

    BalasPadam
  11. Minta dijauhkan..moga Allah lindungi hati kita dari kelalaian.

    BalasPadam
  12. semoga dijauhkan dari perkara sebegitu, peringatan yg sgt bgs..

    BalasPadam
  13. thanx kerna mengingatkan ye kak..(^_^)

    BalasPadam
  14. satu peringatan yang berguna...
    kekadang kita selalu terleka
    sesekali mengingatkan...
    dapat memberikan kesedaran kepada kita semua...

    BalasPadam
  15. haah kadang2 kita selalu terleka...sama2 kita memperbaiki diri..terima kasih kerana memberi sedikit peringatan..hehehehe...

    BalasPadam
  16. mmg kita selalu terleka ... bila musibah menimpa baru nak ingat. kena selalu tanamkan dalam diri... MUJAHADAH ITU PAHIT TAPI SYURGA ITU MANIS..

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini