Rabu, 29 Ogos 2012

Taman Desa Sri Qaseh 26/08/2012 Taman Permainan Kanak Kanak dan Landskap Taman

Kami harap tidak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada bakal-bakal jiran kami ini. Jika ada tersalah fakta dan maklumat harap dimaafkan. Rasanya hampir sebulan lebih kami tidak update perkembangan perumahan Taman Desa Sri Qaseh ini. Sepanjang kami tidak update kami ada juga pergi melihat perkembangan pembinaan Taman ini tetapi tidak banyak perubahan yang ada untuk dikongsi bersama. Kebanyakkan kami perhatikan adalah kerja-kerja membaik pulih kecacatan yang ada pada binaan rumah sahaja. Selain itu, kerja  pembinaan landskap taman pula yang giat dijalankan... Jadi kami ingin berkongsi mengenai suasana di sana yang kami ambil untuk tatapan bersama.

Isnin, 27 Ogos 2012

Amalan Doa Ketika Kehamilan

Sekejap je masa berlalu... sudah 5 bulan kandungan membesar.... baby pun dah selalu gerak-gerak dan menegeraskan badan... semoga baby terus membesar dan menjadi insan yang terpuji di dunia dan akhirat... Kiranya nak berkongsi amalan doa yang baik untuk dipraktikan bersama ketika hamil dan juga berkongsi kehamilan dengan anak-anak sedara sekali yang sama-sama hamilkan anak sulong mereka.... Heee3x... makcik mengandung sama dengan anak-anak sedara sekali....

Rabu, 22 Ogos 2012

Berhari Raya di Pantai Teluk Batik Dan Lumut Perak

Sudah beberapa hari kami berhari raya dan pada raya ke empat kami berhari raya pula ke Perak. Negeri Perak ini kira tempat asal usul keluarga sebelah isteri. Di Parit Buntar lah nenek dilahirkan dan emak pula tempat permainannya. Manakala belah keluarga arwah bapa pula di Bagan Datoh, Perak juga...Bila sudah jauh beraya untuk mencari mood anak-anak kembali beraya kami pun singgah la di Pantai Teluk Batik Lumut. Kami lepaskan mereka bermain di tepi pantai pun mereka sudah seronok bermain pasir. Kami sampai pun dah nak senja jadi tak dapatlah mereka bermandi-mandian.

Si Syafiq yang gembira bila sampai ke pantai.
Macam orang terlepas dari penjara.

Isnin, 20 Ogos 2012

Kemalangan Ganas di Hari Raya Ke Dua

Kejadian kemalangan ini berlaku berhampiran dengan pekan Parit Yusuf, Muar pada hari raya kedua yang lepas. Kemalangan yang membabitkan AVANZA, ALZA dan VIOS.... kiranya ketiga tiga kenderaan ini adalah merupakan saudara sebapa iaitu TOYOTA juga laa...  Apa yang hendak direnungkan ialah Alza tu sampai tercabut tayar dengan shaft tayar sekali tu.... akibat di sondol oleh AVANZA.... hebat AVANZA ni.... dah le sondol ALZA... pas tu rempuh pula VIOS pula.... dah macam keter langgar kat funfair la pulak kan.... Namum syukur semua nyawa selamat....


Selasa, 14 Ogos 2012

Kereta Fasha Sandha di Bumi Cyberjaya

Masa bulan puase haritu sebelum nak balik berbuka puasa singgah la Pizza hut Cyberjaya untuk beli pizza bagi berbuka puasa nanti... tetiba nampak la pula kelibat Fasha Sandha menuju ke kereta ini... Dia buka kereta dan seakan mengambil sesuatu... Dia jalan cepat aje untuk menuju ke set lokasi pengambaran filem yang tak jauh dari situ... Maka terlepas nak jumpa Fasha Sandha dapat gambar dengan keretanya pun ok gak.... heee3x...


Isnin, 13 Ogos 2012

Kebesaran Allah dalam diri kita

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

Sabtu, 11 Ogos 2012

Dilema Anak Tidak Bersahur

Salam jumaat..
Luahan Hati Seorang ibu...
Harini merupakan hari ke 21 kita berpuasa.. dan merupakan hari ke 3 kami tidak bersahur untuk tahun ini.... Masa x bersahur yang pertama haritu. Penat sangat dengan aktiviti harian kut,  tak perasan bunyi jam tau2 jer dah azan. Masatu syafiq sakit... tak tahu camner dia kena asama....dugaan jumaat yang minggu lepas... pada awalnya dia x mahu berbuka juga tapi dia disebabkan perlu makan segala ubatan terpaksa dia berbuka....
Ketika mendapatkan rawatan asma  , lelah atau semput

Jumaat, 10 Ogos 2012

Iklan Raya Terbaik 2012

Bila iklan raya sudah banyak disiarkan sempana hari raya yang akan tiba maka kami ingin kategorikan  yang terbaik dari sudut menyentuh hati dan perasaan kami untuk melihatnya pada ketika ini... Syabas kepada pencipta iklan-iklan ini kerana dapat menghasilkan sebuah cerita yang terbaik.... Kepada iklan Hari Raya Bernas merupakan paling terbaik berbanding Iklan Hari Raya Petronas...Manakala kedua-dua iklan ini merupakan iklan yang terbaik secara keseluruhan untuk semua jenis iklan Hari Raya 2012...


Khamis, 9 Ogos 2012

Kambing Golek Bersama Artis Fiza Elite Bell Ngasri dan Amir Raja Lawak

Wah... semalan jenuh juga la nak beratur ambik kambing goleh yang telah siap di bakar... Tapi kami terhibur la dengan lawak yang disampaikan oleh bell ngasri dan amir yang tak kering gusi.... Kira meriah la juga... Si fiza elite banyak tersenyum aje... kontrol ayu laa kiranya sebab redup je mata memandang.... huuu3x... Tu yang ramai kawan2x lelaki lepak kat situ .... pas tu nak ambik la gambar sekali kan agaknya... haa3x...

Fiza Halim Atau Fiza Elite

Rabu, 8 Ogos 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA TV9 DAN MMU 'KAMBING GOLEK KITA PUNYA!'

Pada petang ni semua warga MMU akan berkumpul untuk memeriahkan majlis bersama warga TV9 dan selebriti tanahair yang akan hadir di kampus Cyberjaya. Memang seronok la dapat berbuka puasa bersama artis la pulak kali ini... sebelum ini berbuka bersama Ustaz Fauzi Forum Perdana dan Ustaz Asyraf Imam Muda Astro.... Walaupun tak dapat duduk bersebelahan ketika berbuka... haaa3x...


Selasa, 7 Ogos 2012

Pancing Ikan Zaman Teknologi Semuanya Mudah

Semalam jenjalan ke TESCO Nilai.... sambil beli lauk untuk bersahur sambil jenjalan bawa anak2x... Punyala si Adam ni nak main game pancing ni sebab teruja kot melihat ikan dalam skrin tv game tu... merengek la dia nak main game pancing tu.... sekali dapat token terus tak ingat dunia....Pancing ikan pada skrin je skrg ni kan.... Tak yah susah ke laut dahhh.....



Jumaat, 3 Ogos 2012

Buat Panduan Kita Bersama...

Saya mendapat cerita dan kisah yang di kirimkan melalui email oleh sahabat saya..maka saya kongsikan ia bersama teman alam maya yang lain agar kita mendapat inspirasi dan jalan dalam memilikinya..

..............................................................................................................

Kisah-1


Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar).. Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Khamis, 2 Ogos 2012

Rock Sampai Ke Syurga ......

Semalam di Masjid MMU telah diadakan usrah forum perdana dengan tajuk Rock Sampai ke Syurga. Panelnya pula di hadiri oleh Ustaz Fauzi sebagai pengacara, Sham Kamikaze, dan Imam Muda Asyraf. Seronok mendengah celoteh mereka bertiga dan banyak ilmu yang dapat di manfaatkan. Acara yang berlangsung dari 5:30 petang sehingga berbuka puasa telah dihadiri oleh warga staff dan pelajar Multimedia Universiti.

Rabu, 1 Ogos 2012

Kadar Bayaran Berbuka Puasa Mengikut Ketinggian Anda

 Hari tu kami pergi berbuka puasa di Restoran R&B ataua nama panjangnya Rice & Bistro. Menarik juga kami perhatikan lauk yang disediakan... dah le murah... satu kapala baru RM10... kot anak2x yang rendah lagi untung berganda2x sebab dia kira bayaran bukan ikut umur tapi ikut tinggi.... haaa3x... Kot anak rendah2x macam anak kami ni memang untung la kalau undang-undang macam tu di buat di seluruh kedai makan....
Kadar bayaran mengikut ketinggian...