Rabu, 26 September 2012

Service Aircond Kereta Toyota Avanza

Dalam usia kereta 6 tahun penyelenggaraan sistem penghawa dingin amatlah diperlukan. Ini kerana untuk membuang segala kekotoran debu dan habuk yang melekat di sirip lingkaran penyejuk "Cooling Coil" dan memastikan jangka hayatnya lebih lama bertahan. Bila habuk dan debu telah melekat maka proses pengkaratan akan berlaku dan ini akan menyebabkan kebocoran pada lingkaran penyejuk sistem penghawa dingin kereta anda. Natijahnya, sistem penyejukan udara akan gagal berfungsi. Gambar di bawah ini merupakan sebahagian proses penyelenggaraan sistem penyejuk udara pada kereta Toyota Avanza kami.



Pada permulaannya... Dashboard kereta perlu dibuka untuk mengeluarkan kotak penyejukan udara yang berada di ruang hadapan di bawah dashboard.Setelah kotak penyejukan dibuka maka kita akan dapati kipas penyejukan "blower" dan Lingkaran penyejukan "cooling coil". Kedua-dua alatan ini perlu dicuci untuk membuang habuk yang melekat padanya. Lihat sahaja gambar dibawah habuk yang melekat hampir menjadi seperti tanah yang melekat......


Selepas itu cooling coil itu akan dicuci dengan cecair peluntur untuk membersihkan segala habuk-habuk yang melekat pada cooling coil tersebut.


Begitu juga kotak penghawa dingin juga dicuci untuk memberi kesegaran baunya berpanjangan di dalam perjalanan nanti.


Kotak penghawa dingin ini saya minta pekedai ni menutup saluran udara yang menyedut udara dari luar. Ini dapat mengurangkan habus yang masuk ke dalam sistem penyejukan dan juga dapat mengelakkan bau-bau yang kurang menyenangkan apabila kita terpaksa mengekori lori sampah, lori ayam, lori baja atau lain-lain lori yang membawa bahan yang menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.



Setelah selesai maka proses pemasangan kembali perlu dilakukan dengan teliti. Syukur semuanya selesai setelah menunggu di kedai service aircond selama 3 jam.....

23 ulasan:

  1. detail betul ni.. kalau Queen tgk je xde pun nk buat mcm ni.. :)

    BalasPadam
  2. salam...lamanya menunggu.
    cantik header baru..

    BalasPadam
  3. servis kat mane ni tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni service kat Tanjung Karang, Selangor masa balik kampung....

      Padam
    2. salam, boleh tau berapa kos servis dan selepas dipasang dashboard adakah kemas dan tiada bunyi pada dashboard kerana byk sy baca lepas servis ada bunyi.tq

      Padam
  4. hahahah tingat plak kat kete yang aircond dia sebu² ajer hehehe

    BalasPadam
  5. betul tu, kalau tak diservis, ada aircondpun rasa macam takde, hehe..

    BalasPadam
  6. kereta mmg kita juga makin berumur makin kena dijaga sebaiknyer kan

    BalasPadam
  7. assalamualaikum kazman sue...cantik jer header baru tu cute...:)

    BalasPadam
  8. bersalin kulit? suka header baru...(boleh upah tolong buatkan tak? hee)

    BalasPadam
  9. alhamdulilah.. dah sedap balik kete lepas servis :-)

    BalasPadam
  10. nice info.. klu sy x de nya nak tunggu 3 jam.. biasa hantar bila dh siap kedai tepon suh angkat.. hehe..

    BalasPadam
  11. mesti best je rasa bukak aircond lepas servis....:)

    BalasPadam
  12. kotornya dalam tu... mmg patut kena servis.... mesti sejuk gile pasni...

    BalasPadam
  13. Dieyna berkenan benar dengan design baru toyota Avanza.. harga berpatutan untuk mpv..

    BalasPadam
  14. Waaa lama jugak ni nak servis aircon bang ... umi tak pernah lagi hihi ..apappun memang best info ni .. baru tau kat dlm tu kotor .. n tak sejuk kaalu tak diservis

    BalasPadam
  15. Ingatkan dah salah tadi, rupanya header baru yer...nice one!

    BalasPadam
  16. Service aircon lama kan? Tapi kalo nak service ekon, kena betul2 pilih pakar ekon. Kalo tidak, silap2 ekon yg sejuk boleh je jadi panas kalo org tak pandai buat.

    BalasPadam
  17. Sesuatu yg penting pasal Handbrake Button Avanza yg anda perlu tahu.... saya jumpa di sini:
    http://avanza-handbrake.blogspot.com

    Memang semua model Avanza model terdahulu mengalami masaalah ni.... butang pecah pastu tak boleh tarik handbrake.

    BalasPadam
  18. kalau ada air yang menitik di dalam kereta.adakah cooling coil rosak?.terimamkasih

    BalasPadam
  19. kalau ada air yang menitik di dalam kereta.adakah cooling coil rosak?.terimamkasih

    BalasPadam
  20. Air yg keluar dr box cooling coil adalah biasa. Tp klu banyak dr kebiasaan ada 2 tanda.
    1. Pelarasan sejuk terlampau tinggi.
    2. Cooling coil kotor/sumbat.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini