Rabu, 24 Oktober 2012

Menaikkan Semangat kerja

Entah beberapa minggu ni semangat kerja turun mendadak... penat... letih... stress... semua ada....tapikan bila rasa tidak bersemangat tu kan.... gambar inilah penawarnya....Bila tengok aje terus sejuk hati dan bersemangat semula..... bila kenangkan anak2x maka dapatlah bertahan lagi untuk menghadapi keadaan yang sedang melanda.... mungkin ini salah satu cara untuk menangani strees kat tempat kerja.... anda pula bagaimana unutk menangani strees di tempat kerja...

Isnin, 22 Oktober 2012

Ingatkan orang jual tilam dengan Surat khabar lama je guna kaedah ini...

Pada hujung minggu  pihak Pembekal air telah memberikan peringatan kepada pengguna2x air yang masih tidak melunaskan bayaran tunggakan bil air. Ingatkan penjual tilam yg naik lori tu atau orang yg nak beli surat khabar lama je guna kaedah macam ni.... kira kreatif la jugak... heee3x


Jumaat, 19 Oktober 2012

Kes Naya dah Niii...

Ada Sesapa yang bawa troli mana2x pasaraya sampai ke rumah???? haaaa3x


Khamis, 18 Oktober 2012

Autoshow Sri Gombak

Tahniah kami ucapkan kepada blogger Khairul Ilhami dari blog gilamodified.blogspot.com yang sekarang sedang meningkat naik di atas usaha beliau sebagai penganjur dalam bidang pemotoran Autoshow.... daripada penganjuran di belah utara sahaja dan sekarang telah meluaskan jajahannya ke Lembah Kelang. Penganjurannya di Sri Gombak merupakan yang pertama untuk penganjuran Autoshow di sini dan pastinya akan ada lagi penganjuran - penganjuran yang seterusnya di kawasan Lembah Kelang nanti. Kami mendoakan yang terbaik untuk beliau meneruskan usaha dengan maju dan jayanya dimasa hadapan....

Inilah dia penganjurnya... nak menganjurkan Autoshow ke nak ke kebun  ni kawan???
siap ada tuala lagi kat bahu tuu... haa3x

Selasa, 16 Oktober 2012

Air Terjun Sungai Sendat Ulu Yam

Hujung minggu lepas kami sekeluarga menyertai konvoi ke Air Terjun Sungai Sendat.... Seronok la anak2x yang dapat tahu kami nak ke air terjun bermandi-manda... kami pergi beramai2x bersama rakan2x sekerja untuk beriadah bersama2x sebanyak 10 buah kenderaan sekeluarga yang bergerak dari MMU Cyberjaya. Sejuk betul air terjun ni tapi memang seronok la mandi kat sini....

Ahad, 14 Oktober 2012

Taman Desa Sri Qaseh 13/10/2012 Pemandangan pembinaan sepanjang awal October

Sepanjang awal bulan oktober ni nampaknya kerja-kerja penyudahan giat dijalankan... antaranya pembinaan Gazebo Taman Permainan, Jalan di taman perumahan ini, penyudahan paip air dan penyudahan kabel elektrik... Gambar-gambar di bawah ini merupakan gambar yang kami ambil semasa kunjungan kami ini...

1) Taman Permainan

Khamis, 11 Oktober 2012

Khasiat Telur Ayam Kampung

Pepagi ni kan layan serapan telur 3/4 masak pun sedap jugak .... Adam ni dia suka bebeno kalau telur yang 3/4 masak tapi kalau setengah masak atau yang masih cair putihnya dia tak suka.... tapi kalau macam ni la punya 3/4  telur masak tu memang dia suka... nak-nak telur ayam kampung macam yang dalam gambar tu.... 2 bijik boleh licin dia bedal seorang....


Selasa, 9 Oktober 2012

Nostalgia Duit Lama

Pagi ni tetiba jumpa duit syiling lama singgit.... dah tinggal kenangan dah penggunaanya setelah duit syiling singgit dimansuhkan pengeluarannya pada tahun 2005. Jadi nak berkongsi la sikit nostalgia hidup duit syiling singgit ni.... Siri pertama wang syiling sen diperkenalkan pada tahun 1967 dan munculnya wang syiling 1 ringgit (yang memakai lambang $ dan merupakan syiling terbesar dalam siri ) pada tahun 1971. Walaupun berbeza-beza diameternya, namun hampir semua syiling ini ditempa dengan reka bentuk yang hampir sejajar di muka hadapan dan belakangnya sekali. Muka hadapan syiling ini bergambar Bangunan Parlimen Malaysia serta lambang bintang dan bulan persekutuan yang berasal daripada bendera Malaysia. Semua syiling ini dibuat dengan kuprom nikel kecuali syiling 1 sen yang asalnya dibuat dengan gangsa pada tahun 1967 hingga 1972, kemudian dengan keluli bersalut tembaga mulai tahun 1973.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Apabila ajar anak makan pedas


Harini mama nak ajar adam makan pedas.... usia adam yg dah cecah 3 setengah tahun tapi punya la penakut nak makan pedas... mamanya ajarlah makan pedas tahap pedas suam2x kuku jee.. Tak pedas mana pun....tapi dia punya jerit boleh terbalik satu alam jadinya.... pastu terus tak nak makan dah.... minum air je yg lebih.... 



Khamis, 4 Oktober 2012

Baby Fair at Jaya Jusco

Syukur Alhamdulillah, hari genap kandungan mama 26 minggu.... perut dah besar maka kenalah persiapkan apa yang patut untuk baby yang akan lahir nanti....  Dah lama juga x pergi JJ tetiba terasa lak nk gi sana, tu yang semalam menyempatkan diri jugak menjenguk JJ. X sangka pulak JJ ader sale termasuk baby fair... berbungalah hati mama untuk memilih keperluan tuk baby.... harga boleh tahan menarik yang penting kena pandai pilih kualiti dengan harga..
gelagat anak-anak

Rabu, 3 Oktober 2012

Taman Desa Sri Qaseh 02/10/2012 Perkembangan Sepanjang September

Dah dekat sebulan tak update perkembangan rumah... Minta maaf sangat2x kat jiran-jiran..... Syukur rumah kita ini dah semakin sempurna.... Masa bayar deposit air dan elektrik pada hujung minggu lepas di tapak taman perumahan Desa Sri Qaseh rasa seronok dapat berkenalan dengan jiran-jiran yang hadir sama. Semuanya ramah-ramah dan baik-baik belaka walaupun berlainan latar belakang kerja. Di ringkaskan, pada kali ini kami uploadkan gambar disepanjang bulan september yang telah kami ambil semasa datang ke Taman perumahan yang masih di dalam pembinaan ini...

Selasa, 2 Oktober 2012

Jalan2 Ikea.. cuci mata dan terapi jiwa...

Isnin lepas, mama kena cirit birit dan berkebetulan anak2 pulak cuti ganti sbb ari ahad lepas ada acara sukan tahunan Sek Cyberjaya.... maka dah kami pun semua lah duduk rumah..... maka keluarlah idea jalan2 ikea... Berbunga sakanlah anak menyokong idea tersebut.... dia orang bukan nk tengok koleksi Ikea terbaru tapi nak main kat Småland.