Selasa, 9 Oktober 2012

Nostalgia Duit Lama

Pagi ni tetiba jumpa duit syiling lama singgit.... dah tinggal kenangan dah penggunaanya setelah duit syiling singgit dimansuhkan pengeluarannya pada tahun 2005. Jadi nak berkongsi la sikit nostalgia hidup duit syiling singgit ni.... Siri pertama wang syiling sen diperkenalkan pada tahun 1967 dan munculnya wang syiling 1 ringgit (yang memakai lambang $ dan merupakan syiling terbesar dalam siri ) pada tahun 1971. Walaupun berbeza-beza diameternya, namun hampir semua syiling ini ditempa dengan reka bentuk yang hampir sejajar di muka hadapan dan belakangnya sekali. Muka hadapan syiling ini bergambar Bangunan Parlimen Malaysia serta lambang bintang dan bulan persekutuan yang berasal daripada bendera Malaysia. Semua syiling ini dibuat dengan kuprom nikel kecuali syiling 1 sen yang asalnya dibuat dengan gangsa pada tahun 1967 hingga 1972, kemudian dengan keluli bersalut tembaga mulai tahun 1973.

Siri kedua wang syiling singgit diedarkan mulai akhir tahun 1989, tampil dengan reka bentuk serba baru pada kedua-dua muka, tetapi masih mengekalkan reka bentuk sisi, diameter tetapi duit syiling singgit pula mengalami perubahan komposisi dari siri yang terdahulu.  Siri kedua ini direka oleh Low Yee Kheng.


Selain perubahan pada muka-mukanya, syiling 1 ringgit turut dikecilkan diameternya daripada 33 mm kepada 24 mm, dan bahannya ditukar daripada kupronikel kepada aloi tembaga, zink dan timah. Lambang $ turut dibawa ke syiling baru itu, tetapi digugurkan untuk membuka laluan kepada "RINGGIT" bagi syiling-syiling yang ditempa mulai tahun 1993. Pada 7 Disember 2005, syiling 1 ringgit dinyahwangdan ditarik keluar dari edaran. Antara sebabnya ialah masalah berkenaan penyelarasan (ditempanya dua versi berlainan dalam siri kedua ini) serta pemalsuan.

14 ulasan:

  1. wow ada lagi ek simpan bagus2

    BalasPadam
  2. yang pertama mmg xde,yg kedua tu ada la dlm koleksi...

    BalasPadam
  3. wahhh ada simpan lg ek.. bagus kan dpt buat koleksi.. ;)

    BalasPadam
  4. saya ada simpan yg pertama tu (kena selongkar lah tapi)..ada gambar parlimen dibelakangnya kan?

    BalasPadam
  5. kenangan ni..susah dh nak jumpa

    BalasPadam
  6. Anak KA si along skang dok sibuk nak jual beberapa keping duit lama dan syiling lama yg dia simpan hehe

    BalasPadam
  7. Rindu duit singgit emas. Hehehe.

    BalasPadam
  8. boleh juai ni bro ....esok jgn lupa mai sri gombak no

    BalasPadam
  9. simpan buat koleksi.. lama2 nnt bole jual.. :)

    BalasPadam
  10. nice info.. sy ader simpan yg syiling singgit baru tuh..

    BalasPadam
  11. pasal duit, tak kira zaman apa pun menarik.sy pun ada byk koleksi duit lama
    http://kucenmaster.blogspot.com/2012/11/hobi-mengumpul-duit.html?m=1

    BalasPadam
  12. Hi saya ada duit syiling rm1 tahun 1971 sesiapa berminat whatsapps sy 0169151819.

    BalasPadam
  13. Hi saya ada duit syiling rm1 tahun 1971 sesiapa berminat whatsapps sy 0169151819.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini