Selasa, 20 November 2012

Pasar Awan Batu Pahat

Pasar Awan Batu Pahat ini sudah banyak berjasa kepada masyarakat setempat dan terutama kepada warga penduduk Batu Pahat. Daripada usia kecil sampailah sekarang pasar ini masih menjadi tumpuan pengunjung walaupun terdapat saingan dari pasaraya besar seperti Carrefour dan sebagainya. Semasa kecil apabila mengikut emak ke pasar memang ambil tander bahagian mengangkat ikan dan sayur la jawabnya... Cuma rasanya kemeriahannya ada berkurangan la jika dibandingkan seperti dahulu.

Harganya memang berbeza la kalau dibandingkan dengan 10 tahun dulu dan amatlah jauh berbeza ketika aku masih kecil pada 30 tahun dulu...  Tapi lokasi dan tempat jualan masih sama.... Bangunan lamanya juga masih sama seperti dahulu.... dan lokasi pasar ini juga sebenarnya bersebelahan Sungai Batu Pahat.


 Penjual ni la yang menjual ikan mengikut pinggan tu... RM5 untuk 4 pinggan tu... apa2x jenis boleh pilih...


  Antara jenis ikan yang terdapat di pasar awam Batu Pahat, Johor.


Adam dah jeling je kat kerang ni... dia memang suka betul kalau makan kerang bakar.... yang letihnya tentu la abahnya yang kena kopekkan kulit...



Ni pun sama... 4 pinggan RM5 aje... termasuk sotong tu pun boleh pilih.... Pi mana-mana pun semua penjual asik cakap " 4 pinggan RM5 ajeeee ".  harga borong nak tutup jualan katanya...



Yang ini pula antara deretan kedai lama yang menjual rempah ratus bahan  masakan atau pun keperluan dapur yang diperlukan.


   Yang ni pula bahagian sayur-sayuran.... memacam adaaa...




Yang ini pula tempat pembelian borong... semua beli main kira bakul.... 2 bakul keee... berbakul2x kerr...


Macam tu la Pasar Awam Batu Pahat.....

14 ulasan:

  1. murahnya 4 pinggan rm5.. byk jugak tu sepinggan pun.. :)

    BalasPadam
  2. KALAU PEGI PETANG RABU LAGI MURAH, SEPINGGAN RM1.00 SEBAB ESOKNYA PASAR TUTUP, HARI KHAMIS... LAGI LA MURAH. KADANG SAMPAI TAK LARAT NAK BAWAK.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa3x... tu kak eton... aritu irul pergi dok borong ingat dah murah... sekali ada lagi murah....

      Padam
  3. Kazman/Sue...Murahnya tu, barulah seronok beli macam2..

    BalasPadam
  4. pasar awam dgn pasar ibrahim tu sama tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak sama tapi bersebelahan... tak silap pasar ibrahim tu nama lain dia pasar karat... kat pasar tu jual barang antik atau minyak2x...

      Padam
  5. Wehhh belum pernah jumpa lagi 4 pinggan RM5 gitu, banyak plak tu dalam pinggan tu..

    BalasPadam
  6. kalo ikut keseronokan membeli..semestinya di pasar.. meriah & segar2+ harga leh runding ... tp yela.. skarang ramai y memilih utk ke pasaraya je beli brg2 basah...

    mcm lya lak..kalo ke pasar mmg leceh sket, sbb ade ank kecik.. ssh berasak + lntai licin... jd... mbeli j kat pasaraya...

    BalasPadam
  7. sy klu balik kampong mesti pegi pasar pagi2...sbb nak beli brg dapor untuk mak ayah...

    InsyaAllah...klu xmenghalang sy akan berkahwin dgn org BP...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak kawin dengan orang batu pahat kena pandai ngomong jowo....

      Padam
  8. seronok pergi pasar besar pagi2 .. ikan dan sayur2 semua fresh2 kan ;)

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kazman sue......seronoknyakan kalau dpt pi pasar pagi2 sebab banyak ikan n sayur yg masih fresh lg....

    BalasPadam
  10. wahhh!!suma fresh2..harga pun agak murah...

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini