Isnin, 26 November 2012

Taman Riadah Tasik Y Batu Pahat

Pada minggu awal cuti sekolah kami berkesempatan mengunjungi Tasik Y untuk bersantai-santai membawa anak kami bermain. Taman Rekreasi Tasik Y adalah salah satu lokasi popular dikalangan penduduk Batu Pahat, taman rekreasi ini akan sibuk bila waktu lewat petang dan hujung minggu. Taman rekreasi ini amat sesuai jika bersantai bersama keluarga di waktu petang atau dihujung minggu.


Di sini terdapa tempat permainan kanak-kanak, alatan senaman, kawasan beriadah, pondok istirehat dan sebuah kawasan yang dilengkapi dengan batu refleksi bagi pengunjung menggunakannya, malah ramai juga yang datang untuk berjoging, senam aerobik beramai-ramai dan aktiviti lain. Jika pengunjung menyukai tempat yang tenang dan damai, inilah tempatnya yang sesuai untuk bersantai.



  Kawasan ini terletak di pinggar bandar Batu Pahat maka ia sesuai dari kesibukan suasana bandar disekitar. Berhampiran Tasik Y juga terdapat banyak gerai makanan yang beroperasi dari pagi hingga malam bagi pengunjung yang ingin menghilangkan lapar dan dahaga. Menu yang popular di sini ialah ABC dan Yong Tau Fu, pelbagai juadah lain juga disediakan di sini. Jika anda ingin datang ke Tasik Y, lokasinya adalah jalan menuju ke Hospital Batu Pahat.



Di sinilah asal usul nama Tasik Y tercipta... Tasik yang berbentuk huruf "Y" jika dilihat dari angkasa.....



 Petang ketika kami berkunjung ada pula satu group yang main biola mainkan lagu "rasa sayang"... menarik juga.. jom kita saksikan persembahan kumpulan tersebut....


Ni nenek dah lost control cucu-cucunya... merenung mana la cucu-cucunya bermain dah ni.....





Begitulah kunjungan kami di Taman permainan Tasik Y , Batu Pahat, Johor....

15 ulasan:

  1. dah lama rasanya Queen tak beriadah begini...

    BalasPadam
  2. Kaz/Sue pergi bila nie? Jangan-jangan pada masa yg sama kakak berada di situ juga sebab awal cuti sekolah juga kakak ke sana (18-11-12). Entah-entah kita duduk sebelah-menyebelah tak Sue hihi... tak kenal.

    Anak saudara kakak sampai tak nak balik main. Seronok tapi itulah tasik dah tak boleh main lagi sejak dulu ada yg lemas sampai sekarang dah tak dibenarkan.

    BalasPadam
  3. salam...unik sungguh nama tasik ni...nama tempat paling pendek pernah saya dengar.

    BalasPadam
  4. Wah besar dan canik tu kak.. best..

    BalasPadam
  5. lawa dinosur tu... susah cr skang ni...

    BalasPadam
  6. kazman, tempat saya dating dulu ni (High School)..heeee

    BalasPadam
  7. seronoknya kalau bawak anak2 jejalan mcm ni ..seronok nya mas acuti sekolah ..bahgia jadi budak2 hihi

    BalasPadam
  8. Oo.. tasik tu berbentuk Y ke. Nama tasik tu mcm Tasik Y [bukan nama sebenar].

    Besar jgk taman tasik Y ni. Siap ada dinosaur 2 ekor. Pastu happening jugak kan?

    BalasPadam
  9. baru nak tanya why namanya Tasik Y..ekeke rupanya bentuk Y ye ngee

    BalasPadam
  10. assalamualaikum kazman sue...seronoknya berjimba di sana...;)

    BalasPadam
  11. dah lama x g tasik y... last pegi 2 thn lps.... isk3.... balik pun kejap2 jer... mane nk sempat round sume tmpt... ye dak?

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini