Isnin, 30 April 2012

Bagan Pinang Port Dickson Layan bersama A Ramlie

Bagan Pinang.... antara salah satu pantai peranginan yang terdapat di Port Dickson. Biasanya kita selalu berkunjung ke Pantai Teluk Kemang tapi kali ni kami bertukar angin ke Pantai Bagan Pinang... Pantai Bagan Lalang pun dah selalu pergi....

Ahad, 29 April 2012

Taman Desa Sri Qaseh 28/04/2012 Pembinaan Lantai Hadapan Rumah

Kali ini kami perhatikan bahawa kebanyakan rumah pula akan di bina lantai hadapan rumah setelah proses membina tembok selesai. Banyak juga yang kami perhatikan bahawa rumah-rumah di sini telah siap tembok hadapan rumah dan di bina pula lantai hadapan. Begitu juga dengan sistem perparitan juga banyak yang telah siap dibina dan juga tiang pagar dibelakang rumah juga telah di pacak berdiri sebagai tanda pembahagian ruang tanah setiap unit perumahan ini.
Lantai Hadapan

Khamis, 26 April 2012

Syukur Alhamdulillah & Teruskanlah melangkah

ALHAMDULILLAH, KITA MASIH MAMPU..::

ALHAMDULILLAH,,
KITA masih mampu MANDI sendiri SEBELUM orang MANDIKAN KITA..

ALHAMDULILLAH,,
KITA masih mampu pergi ke SURAU sendiri SEBELUM orang mengANGKAT KITA ke SURAU..

ALHAMDULILLAH,,
KITA masih mampu SOLAT BERJEMA'AH SEBELUM JEMA'AH yang SOLATkan KITA..

ALHAMDULILLAH,,
KITA masih mampu SOLAT di BELAKANG IMAM SEBELUM KITA diSOLATkan di HADAPAN IMAM..

ALHAMDULILLAH,,
KITA masih mampu memBACA YASIN SEBELUM orang memBACAkan YASIN untuk KITA..

ALHAMDULILLAH,,
KITA masih mampu meLANGKAH menZIARAHI KUBUR SEBELUM orang menZIARAHI KITA di KUBUR..

Rabu, 25 April 2012

Perhimpunan Aman Selamatkan Syria di Multimedia Universiti

Tengahari tadi kami terjumpa sekumpulan pelajar yang mengadakan perhimpunan aman di medan selera Multimedia Universiti. Perhimpunan ini dianggotai oleh pelajar-pelajar dari Asia Barat dan dilakukan secara aman. Mereka menuntut supaya diselamatkan Negara Syria yang sedang dalam pergolakan politik. Beginilah demostrasi aman dijalankan.


Selasa, 24 April 2012

Keter Waja Dalam Kenangan

Hari bila buka Mudah.Com terjumpa lak dengan bekas keter waja kami.... Punya la sayu tengok... Bila dah di solek tepek bedak banyak2x jadi lawa la pulak.... Kira murah la jugak kedai ni jual sebab dia beli RM15K pas tu jual cuma RM18K on the road (RM2K sure dah habis untuk proses tukar nama dan urusan loan bank) ... Ok la gak... Tapi kan kalau diorang niaga mana nak rugi kan... mesti untung punya...


Isnin, 23 April 2012

Jom Mengeteh...

Punya la sibuk kerja hari ni..... dah le hari isnin ni biasanya susah nak dapat mood....so bila dah letih kerja ni petang2x sedap jugak pekena kopi secawan sambil berehat... 


Ahad, 22 April 2012

Taman Desa Sri Qaseh 21/04/2012 Kolam Kumbahan dan Stesyen Elektrik

Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan jiran semua mengenai pembinaan Kolam Kumbahan dan Stesyen Elektrik yang ada di Taman Desa Sri Qaseh ini. Pembinaannya yang hampir siap kami ambil gambarnya untuk rujukan di masa hadapan....


Sabtu, 21 April 2012

Lokas Makana Medan Selera Aneka Pilihan

Kali lepas balik kerja kami berkunjung ke medan selera Lokas Makana di Taman Puchong Utama. Nice jugak tempat ni. Ada pelbagai makanan di sediakan mengikut gerai masing-masing. Antara menu pilihan kami adalah Chicken chop, Mee ketam, Nasik lemak, Burger Bakar dan otak-otak. Untuk air pula kami mencuba Laicikang... Menarik jugak masakan di sini...  Harganya juga berpatutan....Jom kita layan suasana di sana.....

Jumaat, 20 April 2012

Raptai Konsert Diraja Sempena Pertabalan Agong

Kali ni pula kami hendak membawa anda semua ke raptai konsert Diraja sempena pertabalan Agong yang akan diadakan sabtu ini di Dataran Merdeka. Bersungguh-sungguh juga pelajar ini berlatih sampai pukul 12 malam.....


Khamis, 19 April 2012

Detik Detik Terakhirnya Perhimpunan Demo Anti PTPTN

Mari kita meninjau apakah kesudahannya Kempen Perhimpunan Demo Anti PTPTN ini yang telah diadakan semenjak 14 April di Dataran Merdeka yang bermula dari jam 2 petang. Namun sebelum itu mari kita mengimbas daripada awal mengenai Kempen Demo ini. Tujuan Demo Anti PTPTN ini diadakan untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN.

                                                

Rabu, 18 April 2012

First Time dapat hadiah dari rakan blogger

Terima kasih kepada Ummiros yang telah beri kami souvenir dari serawak di atas komen kami mengenai entri " jom pakat-pakat teka ke mana Mr Hubby ummi bertukar" di entri ini.... First time dapat souvenir ni bila berkecimpung dalam dunia blog... seronoklah kami sekeluarga....


Isnin, 16 April 2012

Cara cara menutup blog

Hari ni kami nak berkongsi cara-cara untuk membuang blog yang tidak digunakan dalam akaun kita. Bukan apa... hari bila kami berjalan-jalan melihat blog rakan-rakan maya yang kami kenal atau pun tidak banyak juga kami terjumpa yang seseorang owner blog tu ada sampai lebih dari 3 blog dalam satu-satu masa. Ada yang dah bertahun tak terusik pun ada... Kalau barang antik mesti dah berabuk agaknya... heee3x... Apa-apa pun terpulang pada empunya akaun tu sendiri. Cuma kenkadang bila pengunjung klik blogger untuk ke blog mereka tetiba banyak pulak blog dalam satu akaun... Jadi persimpangan dilema nak masuk yang mana satu... Jom kita lihat cara-cara nak menutup blog yang tidak digunakan lagi dalam sesuatu akaun blogger.

Ahad, 15 April 2012

Syukur rezeki Adam...

Syukur ada rezeki Adam dapat simpanan tawas. Tawas ni adalah singkatan dari Tabung Warisan Anak Selangor... Mama pun sampai dah tak ingat tetiba jer  dapat surat dari Yawas iaitu Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan anak syarikat dibawah bidang kuasa Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan). Almaklumlah masa mama isi borang tu umur adam x sampai setahun lagi dapat jawapan lepas umur dia 3 tahun. Rupanya masa tu mungkin kota dah habis dan baru dibuka semula.



Sabtu, 14 April 2012

Taman Desa Sri Qaseh 14/04/2012 Pembinaan Tembok Rumah

Assalamualaikum di hujung minggu semua... Pada kunjungan di hujung minggu ini pula kami melihat tembok rumah kami telah diruntuhkan dan di bina semula. Syukur alhamdulillah komplen kami telah di terima mengenai tembok rumah kai yang condong. Jadi pada kunjungan kali ini kami nampak tembok rumah di perumahan Desa Sri Qaseh ini telah dibuat secara berperingkat dan sudah hampir keseluruhan rumah di bina tembok pagar hadapan melainkan di lot 3780 hingga 3800 yang masih belum di bina tembok pagar rumah iaitu deretan rumah yang mengadap ke padang.


Jumaat, 13 April 2012

Penangan Kek Coklat

Time hari jumaat ni memang biasanya si isteri ni bershopping waktu rehat hari jumaat sebab lama waktu rehatnya. Lepas balik kerja aku dapati ada pulak la kek coklat dalam keter ni... aiikkk... lepas balik kerja ni memang la lapar jadinya... aku pun tahan je la tunggu sampai semuanya ada.... tunggu anak-anak balik sekolah dan makan bersama ....


Khamis, 12 April 2012

Panggilan Genting Highland

Amacam semalam?.... mesti seronok cuti hari pertabalan agung... Kami sekeluarga sajer berjalan2 pi Genting dengan kawan2 tempat kerja. ok la gak pi sana. Tapi rasanya bayaran permainan dah naik laa... pas tu semalam tu banyak pulak la permainan yang tutup untuk diselenggarakan... rasa macam rugi la pulak bayar tiket tapi tak leh main... Apa2 pun jum kita lihat apa yang ada di sana....

Rabu, 11 April 2012

Taman Desa Sri Qaseh 07/04/2012 Kemasan dalaman rumah contoh

Hari ni nak bercerita mengenai kemasan dalaman rumah contoh yang telah berubah dan lebih kemas. Jadi terlanjur datang kami pun snap la gambar di dalam rumah contoh.... Manakala rumah yang lain masih satu persatu disiapkan pembinaan berperingkat demi peringkat dan paling ketara ialah pembinaan tembok pagar dan longkang saliran air... Hari ni nak syer gambar ruamg dalaman rumah contoh dulu...

Rumah contoh Taman Desa Sri Qaseh dengan 
warna luaran adalah warna hijau dan warna kuning cair

Selasa, 10 April 2012

Panduan Memilih Pinjaman Kenderaan

Biasanya jika kita ingin membeli kereta idaman pasti kita akan membuat pinjaman dengan pihak bank. Tidak semua yang di antara kita mampu membayar tunai keseluruhannya apabila kita ingin membeli kereta idaman kita terutama untuk membeli kereta baru. Harganya yang tinggi pasti kita akan membuat pinjaman melalui pihak bank. 
Ambank - Salah satu bank yang menyediakan
 perkhidmatan pinjaman  kenderaan

Isnin, 9 April 2012

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?

Solat (bahasa Arabصلاة‎; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?



Ahad, 8 April 2012

Kucing kejap ada kejap tak de...

Tetiba hari ni rasa lemau yang amat mendalam untuk buat entri.... mungkin masih letih lepas balik dari kampung agaknya...Jom la kita layan kucing yang wujudnya di rumah kami macam biskut chipsmore..... kejap ada ..... kejap tak de.......

Jumaat, 6 April 2012

TM Career and Education Fair 2012

Kami ini menjemput warga Malaysia yang ingin menjadi ahli keluarga telekom seperti kami ini datang ke TM Career and Education Fair 2012 di TM convention center dari 6 april hingga 8 april 2012. Banyak aktiviti yang akan dilakukan di sana.... Selain untuk mereka yang ingin mencari pekerjaan di sana juga ada disediakan penerangan mengenai pendidikan, biasiswa telekom dan pelbagai lagi....

Khamis, 5 April 2012

Azabnya Penantian 10 Tahun Meter Individu Syabas

Assalamualaikum semua.... kami nak syer mengenai masalah paip air meter pukal yang telah kami lalui selama 10 tahun... Pelbagai rintangan kami hadapi sebelum mendapat meter individu dari pihak Syabas. Mungkin anda boleh renung2xkan jika rumah anda menggunakan meter pukal (kongsi meter air yang masuk ke kediaman). 

Rabu, 4 April 2012

Panggung Wayang sekitar 70an di Batu Pahat yang ditelan zaman

Hari ini nak share mengenai Panggung Wayang zaman dulu2x punya....  Banyak juga nostalgia kat panggung wayang ni.... haaa3x.... Ni nak citer zaman membesar di Batu Pahat la jugak... dulu daerah Batu Pahat ni tak de la power sangat.... biasa2x aje.... Jadi salah satu tempat yang aku nak berkongsi ni adalah panggung wayang REX dan ODEAN... kira popular la jugak satu masa dahulu....


Selasa, 3 April 2012

Makna Simbol Papantanda

Papan tanda ni tiba-tiba menarik minat kami kerana ada memaparkan jenis-jens kesalahan atau perbuatan yang tidak boleh dilakukan di atas Pantai Bagan Lalang ini. Ada 8 jenis kesalahan yang boleh didakwa dan boleh dikenakan denda sehingga RM1000.00 . 

Isnin, 2 April 2012

Taman Desa Sri Qaseh 02/04/2012 Wayar Pembumian

Pada kunjungan yang lepas kami perhatikan bahawa sistem pembumian di setiap rumah telah di pasang di hadapan dan belakang unit rumah masing-masing. Ini merupakan salah satu alat keselamatan yang wajib ada di setiap rumah. Tanpa sistem pembumian yang sempurna maka pihak TNB tidak akan meluluskan penggunaan elektrik di sesuatu tempat perumahan. Maka kami ingin berkongsi mengenai sistem pembumian di perumahan Taman Desa Sri Qaseh ini.

Pembumian di hadapan rumah

Ahad, 1 April 2012

Kena sembelih di Pantai Bagan Lalang...

Pantai Bagan Lalang semakin ramai bilangannya dikunjungi oleh pelawat dari ceruk rantau dunia semenjak terbinanya Sepang Gold Coasr Resort.. Kemeriahan di hujung minggu juga hangat terasa. Pantai yang terdapat muara sungai sepang yang suatu ketika dahulu kami kunjungi hanya dipenuhi oleh nelayan yang memasarkan ikan segar kepada pembeli kini sudah bertukar wajah. Namun yang masih sama adalah pemandangan senja yang indah seperti di syurga.....
Terdapat ralat dalam alat ini