Khamis, 14 Februari 2013

Paya Indah Wetland

Masa cuti raya cina yang lepas kami sekeluarga tak balik ke kampung sebab mamanya masih dalam berpantang lepas bersalin lagi. Jadi pada hari cuti yang panjang ni anak2x dah mula la boring tak kuar jenjalan... sampai satu tahap abahnya pun mengalah dan bawa la mereka semua jenjalan ke Paya Indah Wetland main basikal..


Di sini kalau nak sewa basikal cuma RM10 sejam dan RM5 untuk basikal kanak2x. Si kakak dan adik tak reti kayuh basikal jadi abahnya sewa la basikal yang ada tempat duduk belakang tu... berat juga anak abah dua orang ni...

 Sambil pusing2x sambil tengok2x keindahan paya... boleh laa... layan anak2x yang keboringan tu cuti sekolah tak pwergi mana2x....


 Bila dah penat dan kebuluran memasing terus singgah ke cafe untuk pelawat yang tersedia di paya indah wetland ni... bukan main selera memasing nak makan... sesekali makan sambil "tukar angin" memang best jugak kan...



 Ni tengah nak tangkap gambar buaya di kolam buaya tapi buayanya pemalu la pulak... kejap je timbulnya... pas tu dah tenggelam balik...


Pas tu pi kolam badak pula...  layan tengok badak berendam... pas tu layan itik la... angsa laa...Bila dah puas layan kami pun balik... Seronok je tengok muka sensorang anak abah ni... agaknya lepas la hajat mereka nak jenjalan untuk kali ni....

12 ulasan:

  1. berkurun lamanya tak dtg wetland.sekali pegi masa mula2 buka dulu

    BalasPadam
  2. ummi tak pernah lagi ke Wetland ni, thank you for the info.

    BalasPadam
  3. memang best tempat ni..pernah g tahun lepas...

    BalasPadam
  4. sian anak2.. mama berpantang anak2 pun kena pantang juga x keluar rumah yer...

    terpaksalah abah bawa anak2 berjalan tanpa mama.. ;)

    BalasPadam
  5. Nak ke sana laa jugak... bawak anak2 tengok buaya... nk ke zoo malas pulak...

    BalasPadam
  6. Wah seronok budak-budak dapat ke sana

    BalasPadam
  7. hehe... kesiannyee saya... lama dah dok kat selangor tapi tmpt ni pun x pernah pegi......

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini