Khamis, 30 Jun 2011

Nasi Kukus Ayam Dara Berempah

Selepas kami melihat perkembangan projek perumahan kami maka kami berkunjung ke gerai Nasi Kukus Ayam Dara Berempah untuk menjamu selera. Kalau ke sana pasti anak2 kami ingin makan di situ. Mungkin kelembutan nasi yang telah di kukus itu menambat selera anak2 kami. Begitu juga ayam goreng berempah yang lazat berserta kuah kari yang pekat menambahkan lagi selera anak2 kami.


Berkunjung ke Taman Desa Sri Qaseh

Balik kerja ni kami nak pergi ambil gambar perkembangan taman perumahan kami iaitu Taman Desa Sri Qaseh. Rasanya sudah seminggu lebih kami tak menjenguk perkembangan taman perumahan kami sambil menjamu selera di bandar baru salak tinggi. Nasi kukus Ayam dara begitu sinonim dengan selere kami walaupun lauknya sekadar ayam, timun dan kuah kari.




Rabu, 29 Jun 2011

Cabut Gigi

Salam Selasa...
Harini nak cerita pasal cerita semalam. Aku x kija semalam sebab utama adam kena demam campak tapi jenis yang halus2, Syafiq dan syafiqah x sekolah sebab ganti cuti hari sabtu dua beradik tu bersukan...(nanti kita cerita bab sukan masa lain)  dan satu sebab lg nk gi cabut gigi anak al maklumlah anak nak membesar dan akan menukar dari gigi susu kepada gigi kekal.....

Isnin, 27 Jun 2011

Mutiara Damansara pesat membangun

Pada hujung minggu lepas kami meluangkan masa untuk pergi ke Mutiara Damansara . Di pusat bandar tersebut mempunyai pelbagai gedung untuk membeli belah. Pada kali ini kami tertarik untuk ke Ikea untuk meninjau dan menimba ilmu untuk menghias rumah. Memang kami selalu berkunjung ke Ikea untuk mencari idea dan sedikit perabot untuk dipadankan di kediaman kami.

Ahad, 26 Jun 2011

Hari sukan anak-anakku di Sekolah Cyberjaya

Pada sabtu lepas, sekolah anak-anak kami mengadakan temasya sukan sekolah. Maka para ibubapa dijemput hadir untuk memeriahkan suasana temasya sukan sekolah. Kami sekeluarga melapangkan masa untuk bersama anak2 dan memberi semangat yang jitu supaya mereka memenangi pertandingan yang mereka sertai. Majlis yang bermula pada pukul 8:30 pagi dan berakhir pada 1:00 tengahari  cukup memberi kepuasan kepada anak2 kami membawa medal hadiah yang diterima.

Sabtu, 25 Jun 2011

Cerita Western Food

Salam Jumaat......
Hari ini saya nk bercerita xtvt petang semalam...... memasak masakan barat, huh 3 shoping compleks saya rayau sebab nk beli bahan tuk recepi benda alah nih beef stik, tesco, giant ..... carefour. Nih 1st time nk buat sendiri, saja2 nk belajar dan save cost sikit... al maklumlah dah hujung bulan tapi selera boleh tahan anak beranak, jadi kena lah masak sendiri.

Jumaat, 24 Jun 2011

Puchong

Sudah 4 hari kami tak update blog kami, Kerja yang banyak di tempat kerja memaksa kami melupakan seketika blog menara kehidupan ini. Jadual kelas makmal kejuruteraan untuk pelajar first year sehingga tahun akhir yang padat perlu disiapkan dengan segera dan begitu juga audit asset makmal kejuruteraan cukup memberi tekanan untuk disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Ini semua berlaku setiap kali bermulanya semester pembelajaran setiap semester pengajian.

Sejarah Hidup kami di Puchong,

Kali ini kami ingin berkongsi cerita perkembangan pesat Bandar Puchong yang telah 10 tahun kami mendiami di sini. Tahun 2001, bandar puchong hanya ada 2 mercutanda iaitu IOI Mall dan Highway LDP yang siap dibina. Beberapa dereta kedai dan pusat perniagaan selepas itu terus berkembang pesat hingga kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Deretan bangunan baru

Isnin, 20 Jun 2011

Perkembangan Taman Desa Sri Qaseh

Pada Petang jumaat 17 jun 2011 pukul 6:15 petang kami sekeluarga pergi untuk melihat perkembangan projek perumahan kami di Taman Desa Sri Qaseh, Bandar baru salak Tinggi. Kebetulan pada hari tersebut merupakan hari yang cerah dan indah untuk ke sana.


Jumaat, 17 Jun 2011

Kisah Adam Faris

Adam Faris merupakan anak ke-3 kami..... Seorang yang periang.... sedang meningkat membesar dihadapan mata kami. semoga Adam menjadi anak yang soleh dan berguna untuk semua.

Isnin, 13 Jun 2011

Keajaiban Buah Betik

Seketika pulang dari kerja, kami sekeluarga bersiar-siar di pasar malam Taman Putra Perdana untuk membeli makanan. Salah satu makanan tersebut ialag buah betik yang hampir masak. Setelah penat berjalan kami pun pulang ke rumah bersama-sama hasil belian kami.

Setibanya di rumah kami pun memotong buah betik yang kami beli. Setelah buah betik itu dipotong, alangkah terperanjatnya kami sekeluarga kerana mendapati di dalam buah betik ada buah betik lagi. Seumur hidup kami memang tidak pernah berjumpa fenomena buah betik tersebut.

Khamis, 9 Jun 2011

Jalan-jalan di pasar malam Bandar Baru Salak Tinggi

Setelah penat bekerja dan balik, kami singgah sebentar di pasar sebelah bus stand BBST. Nampak seperti meriah jadi kami pun singgah dan berbelanja barang dapur... Walaupun rumah di puchong tetapi semangat nak tengok perkembangan rumah baru kami menggagahkan diri ke sana.

Selasa, 7 Jun 2011

Sepetang di Taman Desa Sri Qaseh

Mahligai yang kami impikan semakin menjadi kenyataan.....


Semoga menjadi tali pengikat kebahagiaan kami sekeluarga selamanya. Walau menghadapi pelbagai rintangan tetapi insyallah akan berjaya dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Rumah Teres setingkat 4 bilik tidur ini sudah memadai untuk kami sekeluarga berehat seisi keluarga dengan selesa mengikut kemampuan kami..

Sepagi di Kuala Selangor......


Sepagi di Kuala Selangor
Menikmati Pemandangan Pekan Bersejarah

Sepintas Sejarah

Nama Selangor bermula dari Kuala Selangor, sebuah pekan di pinggir Sungai Selangor. Nama Selangor (Kuala Selangor) ini juga telah wujud lebih awal dari Kurun Masehi 15, kerana sebelum Melaka dikalahkan oleh Portugis dalam tahun 1511, Kuala Selangor pernah ditakluk oleh Melaka.

Dalam Sejarah Melayu menyebut zaman Paduka Seri Maharaja memerintah Singapura ada seorang Pasai bernama Tun Jana Khatib mahir Ilmu Khayal Lillah dan Tauhid mempunyai dua orang sahabat iaitu seorang pergi ke Samarlingga (Selangor) dan seorang lagi ke Bungoran sementara Tun Jana Khatib pergi ke Singapura.

Berhenti di hentian kedua di Bukit Melawati

Ahad, 5 Jun 2011

Kenangan menaiki Feri dan meronda-ronda di sekitar Putrajaya

Kenangan menaiki Feri di putrajaya dan meronda-ronda di sekitar putrajaya mengamit hati kami sekeluarga. Putrajaya sering menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik dan berguna untuk penduduk di sekitarnya mengisi masa lapang seisi keluarga. Kami rasa gembira kerana dapat membesar di persekitaran yang membangun dan menarik untuk dikunjungi. Keindahan putrajaya membuatkan kami sering tertarik untuk sentiasa berkunjung di sana.

Sepintas lalu Mengenai Putrajaya

Putrajaya menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, mengambil alih ibu negara dari Kuala Lumpur dan meninggalkannya sebagai pusat ekonomi dan komersial negara. Perpindahan pentadbiran negara dari Kuala Lumpur ke Putrajaya adalah sejajar dengan polisi kerajaan untuk menyediakan pembangunan yang lebih seimbang daripada sebelumnya. Perkembangan kehidupan di Kuala Lumpur telah mendorong keputusan ini diambil serta memastikan perkembangan kemajuan di seluruh Lembah Klang.



Sabtu, 4 Jun 2011

Gambaran Hari Kiamat

Gambaran Hari Qiamat


Selepas Malaikat Is rafil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


Sekadar gambaran kejadian kiamat di mukabumi

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


*Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jumaat, 3 Jun 2011

Mentarang di sepanjang Jalan Tanjung Karang ke Sungai Besar Selangor

Pada kali ini kami ingin bercerita mengenai mentarang iaitu sejenis hidupan laut yang hidup di selut tepi pantai. Badannya lembut dan seakan mirip dengan kupang. Setiap kali kami pulang ke kampung kami di Tanjung Karang , kami akan mencari mentarang ini untuk dijadikan santapan makanan kami. Rasanya yang enak dan lemak pasti menambat selera kami. Biasanya mentarang ini di masak dengan pelbagai cara dan antaranya masakan pedas, tomyam atau dibakar.

Mentarang

Khamis, 2 Jun 2011

Berkunjung ke Air Papan Mersing

Pada Cuti Hari Raya Cina yang lalu kami sekeluarga sebelah pihak suami bercuti bersama-sama untuk merapatkan lagi ukhuwah sesama keluarga di Johor. Sempena hari cuti kami pun menyertai kunjungan ke air papan, mersing walaupun mengikut berita bahawa laluan dari Batu Pahat (kampung suami) ke Mersing terputus akibat banjir di Felda Kahang. Oleh kerana resort sudah di tempah maka kami gagahkan juga konvoi beramai-ramai ke sana walaupun mengetahui kami akan melalui laluan yang banjir untuk ke sana. Setelah memulakan perjalanan dan tiba di Felda Kahang kami berasa bersyukur kerana air banjir telah pun surut sedikit dan kenderaan ringan boleh melalui jalan tersebut walaupun pada awalnya laluan tersebut telah di tutup untuk semua kenderaan.

Rabu, 1 Jun 2011

Malam Sambutan Tahun Baru di ICT Shah Alam

Malam Sambutan tahun baru 2011 pada kali ini kami sambut di ICT Shah Alam, Selangor. Pada malam tersebut lautan manusia memenuhi dataran ICT semata-mata hendak melihat pertunjukkan bunga api dan persembahan artis yang memeriahkan suasana malam sambutan tahun baru. Ribuan pengunjung duduk di atas dataran seisi keluarga sambil menikmati keindahan pokok-pokok yang berlapu menambahkan lagi keceriaan malam tahun baru.

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.