Ahad, 31 Julai 2011

Taman Desa Sri Qaseh 29/07/2011

Pada pagi jumaat, kami pergi ke rumah kami di Taman Desa Sri Qaseh untuk mengetahui perkembangan terkini rumah kami. Keadaan jalan yang becak di tapak projek perumahan kami ini disebabkan hujan yang lebat di waktu awal pagi sedikit pun tidak melunturkan semangat saya untuk meninjau perkembangan terkini. Kasut saya yang tebal dengan tanah merah menemani kami disepanjang kunjungan kami pada kali ini.

Khamis, 28 Julai 2011

Malaysia Vs Singapore

Pada hari khamis yang bersamaan 28 Julai 2011 aku yang bersama syafiq dan rakan-rakan sekerja telah pergi ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan bolasepak antara Malaysia dengan Singapore. Ternayata memang ramai sekali orang ramai bersesak-sesak ke Bukit Jalil dari awal-awal lagi. Dari highway MEX susur keluar ke Kesas Highway sudah mengalami kesesakan lalulintas tahap mee udang. Perlahan-lahan aku menyusuri kesesakan tersebut menuju ke Stadium Bukit Jalil. Aku perhatikan sudah mulai ramai pemandu yang meninggalkan kereta mereka di tepi bahu jalan Kesas Highway dan berjalan kaki beramai-ramai ke stadium sambil terlompat-lompat bersimpang-siur bagaikan layang-layang terputus talinya.

Rabu, 27 Julai 2011

Selamat Hari lahir Hanis Syafiqah..

Salam Semua...
Hari ini nak cerita Syafiqah punya Hari lahir.........
Selamat Hari Lahir tuk anak mama yang sorangni...
Xder gambar terbaru..... al maklumlahkan belum ada lagi pennganti barang yang telah rosak dan hilang...
kena think "+" dengan setiap qada' dan qadar allah tentu ada hikmah disebalik kejadian...

Selasa, 26 Julai 2011

Sambutan Pesta makan buah di FOE

Sambutan pesta makan buah di Fakulti Kejuruteraan yang di adakan bermula pada 5:00 ptg amat meriah. Buah durian , rambutan dan cendol menghiasi pesta buah-buahan pada kali ini. Seluruh staff berhimpun untuk menikmati kelazatan buah durian secara beramai-ramai. Dari awal lagi staff yang ke dusun durian sudah bersiap-sedia mengutip durian di dusun emak Norafizah di Beranang. Ternyata sambutan pada kali ini meriah dirasakan.

Makan tengahari bersama FOE

Jam telah menunjukkan pukul 12 tengahari, waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba...Jamuan makanan Fakulti Kejuruteraan akan bermula sebentar lagi. Sedang saya memikirkan jamuan tengahari, kawan-kawan pun sampai untuk pergi ke Restoran Nyonya Valley di Cyberjaya. Kami pun berkumpul beramai-ramai untuk ke sana bagi meraikan kenaikan pangkat staf-staf Fakulti Kejuruteraan kami pada tahun ini. Setelah semua hadirin sampai ke sana kami semua mengambil tempat masing-masing di meja yang disediakan. Sekumpulan demi sekumpulan tiba dengan berkongsi kereta bersama rakan-rakan.


Isnin, 25 Julai 2011

Minggu Sedih

Salam Semua...
Hari ini aku nak menceritakan pasal hari2 yang kami lalui sepanjang minggu lepas....
isnin mulakan hari yang baru di minggu yang baru... tiada apa yang begitu penting sangat untuk diceritakan cuma balik dari kampung kerana menghadiri kenduri doa selamat merangkap kenduri arwah abah, atuk,nenek khususnya dan umat islam umumnya... sempena menyambut puasa. Ups lupa pulak kami telah berjunjung ke rumah Amal Limpahan Kasih dan kami telah terbitkan cerita tersebut bertajuk kunjungan ke dua di rumah amal limpahan kasih. Terdapat beberapa rintangan yang kami hadapi untuk sampai kesana, di antaranya barang yang kami beli untuk dibawa ke RALK tidak dijual di beberapa kedai dan yang paling tidak disangka apabila tertinggal kunci kereta didalam kereta yang enginenya masih hidup.

Tamatlah Perkhidmatan Digital kamera dan Handphone kami

Pada minggu lepas kami melalui saat-saat sedih kerana kamera digital kami telah di rosakkan oleh anak bongsu kami si adam. Apalah yang si adam tahu jika tidak kerana kecuaian kami ibubapanya. Sedang kami berkira-kira untuk membeli digital kamera baru kami dikejutkan dengan kehilangan handphone isteri pula. Selama ini handphone itulah penyambung nyawa menara kehidupan untuk meneruskan catatan perjalanan sebuah kehidupan. Tetapi apakan daya bahawa takdir itulah yang kami terpaksa terima dengan hati yang tabah dengan harapan bahawa suatu hari nanti kami dikurniakan perkara-perkara yang mengembirakan kami.


Khamis, 21 Julai 2011

Aktiviti BBQ Di rumah Fahmi bersama FOE

Aktiviti BBQ pada kali ini dilakukan di rumah Fahmi di Taman Bunga Raya di Salak Tinggi, Sepang. Majlis yang berlansung pada sebelah malam tadi selepas pulang dari kerja di tepi kolam tadahan hujan sungguh meriah untuk kami semua. Riuh rendah juga dibuanya kami di tepi kolam sambil membakar ikan, udang, kerang dan sosej. Gelak ketawa dan usik mengusik sesama rakan menambahkan lagi seri keakraban kami semua. Satu persatu makanan disiapkan sambil menunggu rakan-rakan yang tiba secara berperingkat mengikut kelapangan waktu masing-masing.

Rabu, 20 Julai 2011

Artikel mengenai blog dan laman sosial boleh menjana pendapatan

"Berblog dan Facebook boleh menjana pendapatan"


Pada awalnya kami memang tidak menyangka langsung untuk menerima imbuhan daripada setiap karya dan catatan yang kami terbitkan tetapi memang Allah Maha Berkuasa di atas setiap apa yang Ia kehendaki. Dari cadangan isteri untuk meletakkan ruang pengiklanan memang mendapat bantahan dari saya kerana tidak berapa percaya boleh mendapat sedikit imbuhan dari penerbitan blog menara kehidupan ini. Tujuan asalnya juga penubuhan blog ini adalah untuk merakamkan perkembangan rumah kami di Taman Desa Sri Qaseh dan sekitar liputan peristiwa yang berlaku di sepanjang laluan kehidupan kami jua.


Selasa, 19 Julai 2011

Perjalanan Blog Menara Kehidupan

Pada hari ini rasanya ingin berkongsi cerita mengenai sejarah blog menara kehidupan ini kepada semua. Pada awal kemunculannya hanyalah untuk menunaikan hajat isteri yang ingin ada blog sendiri dan menyimpan gambar-gambar kenangan hidup untuk diingati oleh kami tetapi pada akhirnya menjadi rutin harian yang seronok untuk dilakukan dan yang terbaru pula berblog boleh menjana pendapatan. Pada awal kemunculannya kami terfikir apakah isi-isi yang hendak dimuatkan di dalamnya tetapi setelah dua bulan berlalu rupa-rupanya pelbagai isi boleh kita coretkan. Sokongan dari rakan rakan sekerja warga MMU di Multimedia Universiti serta pelayar-pelayar bebas yang lain dalam halaman blog kami ini memang kami amat berterima kasih tidak terhingga.

Kunjungan ke dua di Rumah Amal Limpahan kasih

Pada petang semalam selepas pulang dari kerja kami berserta rakan pejabat kami membuat lawatan kali kedua untuk menyampaikan sedikit sumbangan yang diterima dari rakan dan keluarga kami. Sesungguhnya di bulan syaban ni kepada sesiapa yang ingin membayar fidyah kerana tertangguh puasa ganti atau ingin membayar zakat bolehlah berbuat demikian. Kalau sahaja teringin untuk membuat amalan sedekah pun bolehlah juga dilakukan terutama kita yang menghampiri bulan ramadhan ini.


Isnin, 18 Julai 2011

Tanjung Karang merupakan syurga kepada nelayan pantai....

Pada petang sabtu lalu kami bersiap untuk pulang ke kampung di Tanjung Karang kerana pada sebelah malam ibu mengadakan tahlil arwah  di rumah selepas solat isyak. Setibanya kami di sana; isteri dan ahli keluarga yang lain bertungkus-lumus menyiapkan juadah makanan untuk tetamu tahlil nanti. Tepat pukul 9:35 malam tahlil arwah pun bermula dan berlanjutan sehingga pukul 10:40 malam barulah tetamu beransur pulang.
Setelah selesai maka, kerja mencuci dan mengemas pun bermula.

Ahad, 17 Julai 2011

Taman Desa Sri Qaseh 16/07/2011

Sebelum kami pulang ke kampung di Tanjung Karang pada petang sabtu, kami sempat berkunjung untuk melihat perkembangan yang berlaku di sana. Pada hari sabtu juga masih ramai pekerja yang meneruskan kerja-kerja mereka di sana. Keadaan gerai makanan mereka juga meriah ketika mereka berehat sebentar pada pukul 3 petang. Ketika kami sampai mereka semua tengah berehat sebentar melepaskan penat lelah mereka sambil berbual sesama mereka.

Jumaat, 15 Julai 2011

Dah Pandai Mintak dah....

Salam Jumaat Semua...

Harini mama nak cerita pasal Adam lagi.... alamak asyik kisah Adam jer....x perlah sebab biasanya yang abang dan kakaknya tu ceritanya pakej...... Nak jadi kisahnya semalam sebelum makan malan singgah sebentar kat Petronas Pulau meranti sebab nak sembahyang Maghrib....... Harini cam letihjer, Abah baru balik dari Beranang (amik Durian) ade Takpelah Abah sembahyang dulu...., Yang si adam pulak sibok nak kuar juga......Abah nak gi pintu belakan sebab gi surau, dialak gi pintu depan nak masok petronas...... adeh apernya yang dia terjenguk2 kat depantu...... ingatkan saja jer jalan2... rupanya ader benda yang dihajati....

Musim Durian dan Rambutan menjelma

Pada petang khamis 14 julai 2011 saya bersama-sama rakan satu tempat kerja menyerbu rumah Norafizah yang juga merupakan rakan sekerja kami untuk memuaskan keinginan memakan durian dan rambutan di rumahnya di kampung Sesapan Batu, Beranang. Ternyata kunjungan kami tepat pada waktunya. Kedatangan kami disambut mesra oleh ibundanya di sana. Setelah kami berehat seketika. Aktiviti memanjat pokok rambutan pun bermula. Rambutan yang sedang masak ranum merah menyala menyambut kedatangan kami. 

Selasa, 12 Julai 2011

Pesta Flora Putrajaya 2011 "mawar untuk selamanya"

Kami berkesempatan untuk mengunjungi pesta Flora 2011 di putrajaya. Tema “Mawar Untuk Selamanya” menjadi tema bagi Pesta Flora bermula 9 hingga 17 Julai, yang menjanjikan lebih 10,000 mawar pelbagai jenis dipamerkan bertempat di Waterfront Presint 2, PutraJaya. Acara yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 10 malam, setiap Isnin hingga Khamis dan dilanjutkan sehingga pukul 12 tengah malam pada Jumaat serta hujung minggu. Pesta floria kali ini turut membabitkan Kementerian Pelancongan bagi acara ‘Malam Perarakan Flora Pelancongan Antarabangsa 1Malaysia’, yang menyaksikan perarakan 14 bot dihiasi bunga-bungaan pelbagai warna berlangsung setiap malam sepanjang penganjuran floria di Tasik Putrajaya.

Isnin, 11 Julai 2011

Selamat Pengantin Baru Sarah & Bob

Salam Semua..
Hai... banyak tul perkara terjadi pada 09072011... nih satu lagi cerita pada hari bersejarah. Selamatlah sepupu kami Sarah dan Bob disandingkan..... Pada mulanya kami berasa agak susah juga, macam mana kami mahu ke KL pada tarikh 907 sebab begitu banyak sekatan atau Roadblok yang kami akan lalui untuk sampai ke Bandar Tun Razak. Jadi Kami mengambil keputusan untuk Melalui leboh raya MAX untuk sampai ker KL.

Ahad, 10 Julai 2011

Perkembangan Taman Desa Sri Qaseh sehingga 09/07/2011

Selepas kami meninjau perhimpunan BERSIH 2.0 kami menuju ke Bandar Baru Salak Tinggi untuk meninjau sejauh mana kemajuan pembinaan di taman perumahan kami. sepanjang kunjungan kami kali ini kami lihat hampir keseluruhan lot perumahan telah di bina tapak rumah. Kerja-kerja membina tapak rumah, lantai, tiang dan bumbung dilakukan berperingkat-peringkat.


Sabtu, 9 Julai 2011

Perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 09/07/2011

Sepintas lalu mengenai Perhimpunan BERSIH 2.0


Perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan pada 09/07/2011 di Kuala Lumpur, Kami cuba meninjau apa yang berlaku di sana dan merakamkan peristiwa perhimpunan tersebut. Kami juga menghimpunkan gambar yang kami ambil dan juga gambar yang rakan-rakan kami ambil untuk tujuan merakam detik-detik peristiwa yang berlaku di sekitar kami. Kami memaparkan rakaman detik-detik perhimpunan sebagai sejarah bahawa satu ketika ini Kuala Lumpur telah menyaksikan satu lagi perhimpunan yang diadakan oleh rakyat.


Isnin, 4 Julai 2011

Mencari Mee Udang di Kuala Sepetang

Di sepanjang kunjungan kami ke Perak, mencari makanan Mee Udang yang popular dan sering menjadi buah mulut rakan-rakan kami di sini pun bermula. Pastinya ke Kuala Sepetang menjadi destinasi kami seterusnya. Disepanjang perjalanan kami dapat berjumpa dan melihat bangunan Kota Ngah Ibrahim di Matang, Taman Paya Bakau dan jua Pekan Lama Kuala Sepetang.

Laluan di Taman Kayu Bakau Kuala Sepetang




Ahad, 3 Julai 2011

Perjalanan menuju ke Parit Buntar melalui jalan utama dan PLUS pergi serta perjalanan balik

Pada pagi sabtu kami bertolak dari Kepong menuju ke Tanjung Piandang melalui Highway Utara -Selatan PLUS. Perjalanan yang mengambil masa 4 jam untuk tiba ke destinasi penuh diwarnai dengan gelagat pengguna-pengguna jalan raya. Setelah melewati 2 setengah jam perjalanan kami berhenti di Hentian Bukit Gantang untuk berehat seketika sambil menikmati secawan kopi untuk meyegarkan mata yang hampir layu kerana keletihan memandu.


Kereta dengan muatan basikal dengan kelajuan 120km/j meter kereta kami

Bersiar-siar di Tanjung Piandang

Tanjung Piandang

Kawasan yang landai dan disulami dengan bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya begitu menarik perhatian. Bongkah-bongkah batu itu disusun bagi mengekang hakisan ombak. Di sepanjang tebingnya pula, terdapat pohon-pohon rendang menjadikan suasana di situ sentiasa redup dan nyaman.

Pekan Tanjung Piandang

Kunjungan kami ke Kuala Kurau

Sepintas lalu mengenai Kuala Kurau


Kewujudan Kuala Kurau dipercayai bermula dari abad ke 17 dahulu, iaitu pada tahun 1800an masehi.  Nama Kuala Kurau itu sendiri dipercayai diambil dari sebutan kuala iaitu kedudukan sebagai muara sungai dan ikan kurau yang banyak terdapat pada suatu ketika itu. Pada awal penerokaan dahulu dipercayai dilakukan oleh segolongan orang melayu perak yang bertani dan nelayan.


Pemandangan Pekan Kuala Kurau dari atas jambatan

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.