Isnin, 31 Oktober 2011

2nd sesion @ Menara TM

Assalammuaikum..
Hemmm hari yang di tunggu pun tiba, maka harini 28/10/2011 kami akan mengikuti rombongan Cik Kiah ke menara rebung aka Menara TM untuk menghadiri sesi ke2 bagi menyertai pertandingan 14-days-weight-loss-program...

inilah diantara peserta yang akan ke menara TM.... wow teruja tul dah lama kija sini ni tapi 1st time naik bus MMU.

Ahad, 30 Oktober 2011

Khazanah Kapal Karam Di Muzium Negara

Muzium Negara buat pertama kali menganjurkan pameran artifak kapal karam kepada orang ramai mulai 15 Ogos 2011 hingga 1 Januari 2012. Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail berkata, sebanyak 204 artifak daripada 13 kapal karam yang ditemui dipamerkan. “Tujuan pameran ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan ilmu kepada orang ramai mengenai sejarah silam termasuk yang pernah berlaku di perairan Malaysia,”. Menurut Ibrahim lagi, orang ramai dapat melihat sendiri keajaiban artifak menerusi barang-barang yang ditemui di dasar laut. “Selain artifak, barang-barang penghantaran perkahwinan yang kekal dalam bentuknya walaupun berada di dasar laut selama ratusan tahun juga akan dipamerkan,” ujarnya.

Inilah replika kapal karam yang berada di hadapan pintu masuk ke galeri pameran muzium

Sabtu, 29 Oktober 2011

Waspada dengan sihir pelaris!!!

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Khamis, 27 Oktober 2011

Happy Birthday Imran...

Salam Semua...

Asyik Abah aja yang bercerita kat n3 menara kehidupan nih... Kali nih biar mama pulak bercerita, semalam pi sambut birthday kat umah adik kat Setia Alam, sebab nk sambut Birthday Imran yang 3 tahun...

Tengah tiup lilin... jenuh juga nak meniup keliling tu...

Tugu Negara - Mengingati Pahlawan Negara

Tugu Negara merupakan tempat pelancongan yang terdapat bersebelahan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur. Pembinaan Tugu Negara di ilhamkan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1963 sebagai memperingati semua pahlawan yang gugur dalam peperangan mempertahankan kedaulatan negara termasuk mereka yang terdahulu. Kawasan yang di khaskan untuk Tugu Negara meliputi tanah seluas 48,562 meter persegi menghala ke Taman Tasik Perdana. Hujung minggu yang lalu kami habiskan masa bersama keluarga yang datang dari Johor... Kami membawa mereka ke Tugu Negara....

Kecantikan kolam air pancut yang terdapat di Tugu Negara....

Rabu, 26 Oktober 2011

Cashout Rejected by Nuffnang

Hari ini aku nak berkongsi pengalaman mengenai bayaran nuffnang pertama aku yang kena tolak. Nak buat macam mana pun!! benda dah nak jadi... Seperti biasa setiap hari aku akan buka email untuk melihat kerja-kerja yang akan kena buat di tempat kerja ini. Bila tetiba mata aku tertumpu melihat satu email dari nuffnang yang menyatakan claim aku punya iklan kena reject.... Aku baru baca tajuk email je hati aku dah berdebar kenapa pulak la claim aku kena reject ni....Dan seterusnya aku gagahkan hati untuk membaca isi kandungan email tersebut sampai habis.... Aku rasa format email ni sama je kepada blogger-blogger yang lain jika dapat email reject dari nuffnang ni.....


Selasa, 25 Oktober 2011

ICT Shah Alam semakin menarik !!!

Pada malam minggu yang lepas kami sekeluarga jenjalan di ICT Shah Alam... Bukan apa... sajer membawa keluarga yang datang dari Johor ... Last kami pergi awal tahun 2011 namun kunjungan kali ini nampaknya sudah banyak perubahan.... Taman permainan juga dah bertambah banyak... makin seronok la anak-anak kami...Jom kita layan gambar semasa kami berada di sana...

 Gambar yang di ambil di dataran ICT Shah Alam....

Isnin, 24 Oktober 2011

Taman Desa Sri Qaseh 24/10/2011 Saluran Perparitan Rumah

Syukur kerana kita dapat bertemu lagi untuk segmen pembinaan perumahan Taman Desa Sri Qaseh pada kali ini. Kemajuan yang dapat diperhatikan ialah mengenai fasa-fasa pembinaan terus berjalan seperti dijadualkan. Kita juga amat bersyukur dengan progres pembinaan perumahan ini yang tiada terhenti walaupun sekarang ini cuaca sentiasa hujan di sebelah petang atau malam. Seterusnya kami ingin berkongsi dengan bakal-bakal jiran kami dan juga follower entri ini untuk sama-sama meninjau perkembangan taman ini.

Inilah pemandangan kemajuan perumahan Taman Desa Sri Qaseh yang menyambut kedatangan kami sekeluarga.

Ahad, 23 Oktober 2011

Memyekat Komputer ke Web 18SX @ merapu !!

Selamat berhujung minggu....Hari ini adakah kita memantau aktiviti anak-anak kita bila mereka melayari internet ke web-web yang berfaedah?... tentulah kita tidak duduk sebelah dia sepanjang masa bukan?.... Selain dengan didikan agama kita boleh juga menyekat laman sesawang atau web yang tidak berfaedah daripada dikunjungi oleh anak-anak kita. Kaedah ini memang sesuai untuk di amalkan oleh ibubapa yang mempunya komputer di rumah yang mempunyai anak-anak yang sedang meningkat remaja... Begitu juga dengan sistem perisian komputer kita terlindung dari serangan virus kerana laman web sebegini selalunya tempat virus melepak juga... kalau diupload gambar yang tak senonoh ni maka dengan virus2 sekali ikut di muat turun... pas tu komputer pun pening kena virus macam tuannya jugak...


Sabtu, 22 Oktober 2011

Rahsia Di sebalik Air !!!

Bukti penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun.

Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut.



Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak, pada tahun lepas pernah menceritakan penemuan ini. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari Jepun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah ditunjukkan melalui slaid, contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini diambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke ‘hodoh dan mengerunkan” seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.

Khamis, 20 Oktober 2011

14-days Weight Loss Program

Salam bersiaran semua....

Dah lama x berceloteh kat n3 nih... almaklumlah sibok dengan berbagai xtvt kat mmu nih, my hubby jer yang take part untuk menghidupkan blog menara kehidupan nih. Dia pun rajin berwalking dengan rakan-rakan blogger yang lain....Nanti kalau ada masa dan idea sue akan cerita sepanjang kesibukan 2 ker 3 minggu lepas pasal cerita menguruskan pelajar MMU yang convo dan terpilih  menghadiri kursus TEAMING WITH PASSION (2) 12 - 13 OCTOBER 2011 yang lalu dan kerja rutinyang harus dilakukan sepanjang cuti semesta seperti mengfomatt pc student.

Isnin lepas pihak HR ada buat program untuk mencari warga mmu yang agak2 terberat sedikit yang mana BMInya terlebih 23 untuk melayakkan untuk menyertai "14-days Weight Loss Program".

Rabu, 19 Oktober 2011

Pemasangan Papan Utama Komputer

Hari ini saya ingin kongsi teknik pemasangan komponen dan papan utama komputer. sekadar nak kongsi kerja harian di sini.. Apa apa pun mari kita lihat bahagian-bahagian di dalam komputer dan susunannya seperti di bawah :


Papan induk/papan ibu (motherboard)
- papan litar elektronik utama dalam sistem komputer
- pilih papan induk jenis Acer

Selasa, 18 Oktober 2011

Taman Desa Sri Qaseh 17/10/2011 Pemasangan Siling

Syukur alhamdulillah semuanya masih berjalan lancar hinggalah ke saat ini. Nampak gayanya kalau tiada aral melintang maka kita semua akan dapat kunci rumah seperti yang dijadualkan atau lebih awal lagi. Dengar cerita dari penyelia perumahan pula mereka jangkakan sehingga akhir tahun ini semua rumah akan siap di plaster dinding dan kerja-kerja pemasangan bumbung juga akan selesai. Selepas itu pada tahun hadapan pula kerja-kerja landskap taman akan di bina di sekeliling taman. Begitu juga selepas itu mereka akan pula memasang insfrastruktur kemudahan taman tersebut seperti bekalan elektrik, talipon dan air. Berbalik pada topik perkembangan perumahan pula kami pada kali ini ingin berkongsi mengenai siling yang berada di atas bumbung ini. setelah proses pemasangan bumbung selesai maka proses memasang siling pula dilakukan. Kunjungan kami di petang hari membuahkan hasil. Ikutilah kerja-kerja tersebut seperti gambar-gambar di bawah ini.


 Siling yang dipasang di ruang tamu.

Isnin, 17 Oktober 2011

Tasik Titiwangsa

Tasik Titiwangsa merupakan antara tasik yang yang terdapat di ibukota Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Pada 1 Februari tahun 1980, Perdana Menteri Datuk Hussein Onn telah mengisytiharkan Taman Tasik Titiwangsa sebagai nama baru kepada Taman Jalan Kuantan yang merupakan satu lagi tempat beristirehat di Kuala Lumpur. Beliau memilih nama itu dari beberapa nama yang dikemukakan kepadanya memandangkan Titiwangsa adalah banjaran gunung yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia dan nama itu sesuai dengan taman tersebut kerana pemandangan tanah datar kawasan taman itu serta kehijauannya menggambarkan suasana pemandangan dan iklim banjaran gunung itu. 


Sabtu, 15 Oktober 2011

Projek Perumahan PR1MA


PUTRAJAYA: Kerajaan akan menambah lebih banyak projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dalam masa terdekat supaya lebih ramai rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana, berpeluang memiliki kediaman berkualiti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata fasa pertama program PR1MA di Putrajaya mendapat sambutan hangat dan luar biasa sehingga menerima lebih 7,000 permohonan dan memperoleh langganan lebih 13 kali.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Stadium Merdeka

Staduim Merdeka ini telah dibuka oleh Yang Berhormat Ketua Menteri Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra pada 30 Ogos 1957. Itulah ayat yang tertera pada papan tanda peringatan di Stadium Merdeka. Banyak sejarah negara tercatat di sini iaitu salah satunya ialah Pengistiharan Kemerdekaan Tanah Melayu dari Penjajah Inggeris. Tanah Melayu telah di jajah dari 1511 ( kejatuhan Melaka ) hinggalah 1957 ( Hari Kemerdekaan ). Terlalu lama untuk Tanah Melayu ini di jajah oleh kuasa asing. 

 Seterusnya saya ingin membawa anda semua untuk melawat ke dalam Stadium Merdeka ini dan mengimbau kembali nostalgia yang ada di sini.

Rabu, 12 Oktober 2011

Uptown Shah Alam

Uptown Shah Alam di Seksyen 24 merupakan pusat penjaja yang pesat di kunjungi oleh orang ramai di sekitar Shah Alam. Dibuka dari Pukul 6 petang sehinggalah larut malam. Di sini banyak gerai-gerai dengan pelbagai jualan sedia untuk di kunjungi. Di kelapangan masa, kami sekeluarga berkunjungan bersama-sama anak kami untuk melihat perkembangan dan kemajuan pusat jualan penjaja kecil di Uptown Shah Alam ini. Pada awal kemunculannya aku pernah membantu rakan sekerja aku untuk berniaga di sini. Memori yang terpahat di gerai jualan seluar jeans rakan aku masih kuat terpahat di fikiranku. Sambil berniaga aku dan rakan-rakan berbual dan melayan kerenah pelanggan. Kalau mata sudah mengantuk mulalah aku meronda-ronda di sekitarnya sambil menarik perhatian pelanggan untuk berkunjung ke gerai rakan aku.

Namun semuanya  sudah berlalu dan rakan aku pun sudah tidak berniaga di situ lagi. Bila aku berkunjung pada kali ini aku rasakan bilangan pengunjungnya bertambah berkali ganda ramainya. Kemeriahannya juga turut bertambah dengan pelbagai kemudahan yang tersedia. Semuanya aku rakamkan di sini sebagai koleksi peribadi yang mana aku pernah lepak menolong rakan aku berniaga.

 Pentas utama untuk mereka yang hendak berkaraoke sambil menghiburkan pengunjung yang datang.

Isnin, 10 Oktober 2011

Taman Desa Sri Qaseh 10/10/2011 Pemasangan Genting Bumbung

Selepas pulang dari kerja kami menyinggah ke Taman perumahan Desa Sri Qaseh untuk melihat tahap sejauh mana kemajuan pembinaan rumah kami ini. Syukur alhamdulillah segalanya masih berjalan dengan lancar. Walaupun hari mendung dan waktu pun dah nak magrib kami gagahkan juga melangkah untuk melihat kemajuannya. Keadaan jalan yang becak selepas hujan menyukarkan sedikit perjalanan kami untuk menuju ke rumah yang sedang di dalam pembinaan. Ikutilah kemajuan Taman Desa Sri Qaseh melalui cerita bergambar kami.

 Antara rumah jiran kami yang telah siap dipasang genting bumbung berwarna kelabu gelap. Berkilat-kilat kami perhatikan dari bawah apabila melihat bumbung genting tersebut siap di pasang.

Ahad, 9 Oktober 2011

Misteri dan Sejarah Batu Putih

Sekadar berkongsi info mengenai misteri dan sejarah kewujudan Batu Putih yang terletak di Batu Pahat, Johor. Seingat aku masa kecil-kecil dulu tahun awal 80an batu ni tidaklah terlalu banyak seperti sekarang ini. Batu Putih ini terletak antara jalan utama dari kampung aku ( Simpang Lima) ke arah Parit Sulong. Pelbagai cerita dan misteri yang pernah aku dengar mengenai kewujudan Batu Putih ini. Yang paling aku ingat iaitu ketika suatu senja hendak magrib aku merempit naik motor berseorangan baru balik dari rumah Labu ( kawan sekelasku) tetiba aku terdengar letupan yang kuat ditelinga aku. Aku pun berhenti di tepi jalan terpinga-pinga. Aku ingatkan motor aku yang rosak bunyi meletup dan bila aku periksa motor aku ok jee.. last2 bila aku pandang tempat yang aku berhenti tu di kawasan Batu putih terus aku jalan semua. (moralnya : jangan nak magrib baru nak balik rumah)
Cerita ini adalah daripada gambar catatan bekas ketua kampung Batu Putih iaitu Allahyarham Hj Sulaiman Bin Onn yang aku pun petik dari blog dan aku tukarkan dari tulisan jawi  ke tulisan rumi. Gaya bunyi dan nahu bahasanya aku kekalkan seperti yang termaktub di dalam tulisan jawi di dalam gambar tersebut.
 Inilah dia Batu Putih yang masih diselubungi misteri.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Air Terjun Jeram Kedah

Air Terjun Jeram Kedah terletak antara Lenggeng dan Semenyih di Hutan Simpan Lenggeng. Pengunjung boleh ikut laluan dari Kajang menuju ke selatan, Sememyih dan belok kiri untuk ke Lenggeng. Sebelum anda mencapai Ulu Berenang, anda akan melihat jalan untuk Kg Jeram Kedah. Ikut jalan ini melalui kawasan desa yang indah dan permai sehingga ke penghujung kampung. Air terjun ini terus mengalir menjadi Sungai Beranang yang mana Sungai beranang ini berpunca dari Bukit Ulu Beranang yang mempunyai ketinggian 2654 kaki dari aras laut.

Khamis, 6 Oktober 2011

Giliran Syafiq

Salam Semua...

Hari ini nak cerita pasal syafiq pulak. Hampir sebulan syafiqah cabut gigi iaitu pada 8/9/2011. He he kini giliran syafiq pulak gigi depannya goyang.... Maka harus kena cabutlah.... x der tempat lainlah yang nak dituju.. klinik kesihatan Putrajaya yang jadi pilihan....

Syafiq nak menenangkan diri dengan cara membaca risalah yang disediakan di klinik..

Rabu, 5 Oktober 2011

Gigit Jagung Tanpa Gigi

Hari ni aku nak mencatat peristiwa anak perempuan aku yang baru mula tanggal gigi susu. Biasalah... kalau nak membesar maka tercabut la gigi susunya. Diringkaskan cerita kami sekeluarga pergi ke pasar malam berhampiran rumah untuk membeli juadah makan malam kami sekeluarga. Ketika berjalan-jalan di pasar malam maka si Syafiqah terjumpa jagung bakar yang sedap baunya ketika dibakar. Apa lagi, dia pun minta la jagung bakar dengan abahnya. Aku pun seperti biasa belikanlah jagung bakar tersebut.  Bila dah sampai rumah teruslah kami sekeluarga menikmati juadah yang dibeli di pasar malam tadi. Jadi 3 beradik ni terus hendak makan jagung bakar dulu. Kami pun makan la seperti biasa sehingga baru aku terperasan kenapa la si syafiqah ni lambat habis makan jagung berbanding dengan abangnya. Bila aku tengok jagung tersebut aku hendak marah la anak aku tu sebab makan main-main... Last-last baru aku terperasan yang gigi anak aku dah rongak sebab dah kena cabut tempoh hari yang lepas....terus tak jadi aku nak marah dan aku tergelak bila tengok si syafiqah sengih menunjukkan giginya yang rongak.....

Ini la rupanya perbezaan untuk jagung yang dimakan dengan gigi yang cukup dengan gigi yang rongak. Sebelah kiri untuk gigi rongak (Syafiqah ) dan sebelah kanan untuk gigi yang cukup ( syafiq )

Selasa, 4 Oktober 2011

Aktiviti Berbasikal Di Putrajaya

Aktiviti berbasikal.....
Aku rasa aktiviti berbasikal ni dah banyak yang dilakukan di Putrajaya.... Bagus juga untuk mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan. Ramai kawan-kawan di tempat kerja sudah memiliki basikal mereka sendiri. Bila kawan-kawan mengajak berkayuh mulalah aku terjebak mengayuh sekali. Biasalah... penat jugak berkayuh ni... Kami mulakan kayuhan dari rumah kawan kami di Persint 16 sampailah di PICC iaitu laluan mendaki paling semput aku nak mendaki... Selepas mendaki kami pun melaui trek laluan taman-taman yang indah di Putrajaya ini sambil melapangkan fikiran.... Lama dah aku tidak berkayuh kembali dan seperti biasa kawan-kawan sekerja mengajak lagi aku berkayuh....

 Berehat sebentar melepaskan lelah.... Penat wooo...

Isnin, 3 Oktober 2011

Jalan2 Cari Makan....

Salam semua...,
Semalam kan 2/10... lepas tengok rumah DSQ, kami pun merayaplah ke sekitar BB Salak Tinggi..... Ingat nak repeat makan nasi kukus ayam dara..tapinya pukul 3 petang masih belum bukak lagi kedainya...maka kenalah pi ke gerai sebelahnya, dapatlah makan mee celup dan sup perut campur.... huh sedap sampai lupa nak amik gambar... Ok lah harganya berpatutan. Kanak2 yang 3 orang tu macam x bersemangat nak makan sebabnya mama sebelum keluar rumah dah buat nasi goreng, tu yang diaorag x berapa nak lapar... makan acuh x acuh jer...., mama bukan apa, kesian kanak2 yang 3 orang tu kalau lapar.... mama kan sayang dengan anak2 mama....
Mama pun tanya kat diaorang, camner nih nak gi mana lepasnih?.....
-sorang dah tidur, Adamlah tu. yerlah dari pagi dah ligat main, macam dibuatnya, sampai kul 3 petang dah x tahan mengantuk....
-Iqa-" ikut jer mana-mana tapi lagi bagus kalau balik sebab nak tengokTV, biasalah cerita katoon di TV9.
-Syafiq pulak, "nak balik...... nak main game..." x habis2 main game.
-Abah biasalah "nak jalan-jalan"
-Mama- kenalah sesuaikan kehendah anak dan suami...... so, jom kita makan Ice cream. Ke Ice Room Bandar Baru Nilai lah kami tuju . Acara tangkap2 gambar tu biasalah... moh kita tengok:

Ahad, 2 Oktober 2011

Taman Desa Sri Qaseh 02/10/2011 Struktur Tanah

Hari ni kami menyiarkan gambar-gambar mengenai kemajuan pembinaan Taman Desa Sri Qaseh hingga kini. Sekarang ini, sudah 3 blok yang telah di naikkan dinding rumah dan secara keseluhurannya rumah sudah disiapkan sehingga ke peringkat struktur konkrit tiang dan bumbung. Kami bawakan anda bersiar-siar ke tapak projek untuk bakal jiran-jiran kami menilai sendiri sejauh manakah rumah-rumah mereka telah siap dibina. Pada kali ini kami ingin berkongsi mengenai struktur tanah di Taman Desa Sri Qaseh ini.

 Deretan rumah yang telah siap dinaikkan dinding....

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.